Sunday, August 28, 2011

SEAWAL 5 am....

Lepas solat subuh tadi terus pungpangpungpang pukul telur & mentega nak buat kek ko.Klu buat siang karang kemain menahan panas tengah puasa ni mcm tak berape nak larat.Jadi seawal 5 am dh start buat kek.


7.09am
Aku jadi penunggu setia sampai kek masak.Iyerr aku buat kek kukus.Semalam dh buat sebiji kek bakar.Jangan aku terlelap sudahhhhhh.

Saturday, August 27, 2011

KEK LAPIS oh KEK LAPIS

Sekarang ni dok menunggu tepi oven tunggu kek lapis masak.Raya kali ni tak beli kek anak2 mak rajin so buat sendirilah jawabnya.Ai rasa tahun ni kek lapis dh kureng 'in' lah. Mak aku sendiri pun tolak2 jer bila aku offer nk beli kek lapis.


Tahun lepas kek lapis lawa2 gnilah dok atas meja,tapi tahun ni xde punggg. Kek Lapis yg kami buat ni lapis2 gtu jer. Takdelah lapis nipis sgt tuh. Banyak sgtlah masa aku nk bertenggek tepi oven ni sampai ke petang. Capek ko!Nak qada tido lagi.hehehe.

Kek lapis aii belum siap lagi karang hari raya aku tepeklah pic kek tue.Nak prepare juadah bukak puasa pulak nih..

Tuesday, August 23, 2011

COKLAT DARI LABUAN..

Sempat lagi update sementara nak tunggu berbuka ni.Hehe.Semalam adik baru sampai dari Labuan.Kami sefamily tunggu sampai tengah malam tau sebab adik dh pesan awal2 jangan tido dulu.Berbaloi tunggu coz adik balik bw banyak coklat.=)


My fav^_^

yg ni lagilah aku telan banyak2.Hahaha

Aku perasan sejak Ramadhan aku asyik post gambar food.Hahaha.Layan jelah dulu yer=P


TINGGINYAAA SUAMI KIM KARDASHIAN!!


First impression tengok gambar suami Kim Kardashian,30,Kris Humphries,26 mak aiii tinggi & besarnya mamat ni(buat muka terkejut).Bila aku diberitahu yg Kris ni bintang bola keranjang NBA memang patut pun die ni tinggi.



Kim Kardashian & Kris Humphries still pengantin baru lagi.Keduanya baru melangsungkn perkahwinan Sabtu lepas di California.Yang bestnye tu gaun perkahwinan Kim rekaan Vera Wang diinspirasi dari gaun Pipa Middleton pada majlis perkahwinan kakaknya Catherine.


Simple & sleek!

Monday, August 22, 2011

POPIA SESSION!

Semalam sesi membuat popia bersama family.Sempat siapkan satu pek popia jer.Yg selebihnya sambuNG esok lusa lak=P


my sis jadi cikgu jap^_^

Bakal digoreng japgi..

Selesai buat popia kami jemaah tido.Penat!


Saturday, August 20, 2011

DAH CHECK PAGERANK??

Aku dah sampai kampung ko..Kedinginan aku tetiap malam.Sejuk sampai ke tulang.Korang dh check Pagerank blog korang?Depa dh update untuk bulan Ogos ni.Aku nyer PR sama jer hampeh nak naik setangga pun payah.


Sampai je kampung aritu mak aku masak my fav acar rebung untuk berbuka,perghhh sedapp giler sampai aku tambah nasi 2x tue.Betul org kata air tangan ibu ni tiada tandingannya.Murah pulak rezeki aku first day puasa kt kmpg ni siap jiran & atok aku hantar lauk ke rumah lgi.Terima kasih banyak2 semua!=)(walaupun aku tau dieorg tak baca blog aku).Malam pulak berborak panjang aku dgn family sampai terlajak ke awal pagi=PTerlepas rindu aku nak hug ma aku...hehe..



Thursday, August 18, 2011

OTW BALIK KAMPUNG!

Harini aku rajin ckit nak update blog coz hati aku manyak suka ini hali.Hari ni aku balikkk kampung kooo.Dah lame aku tak jenguk kampung 7 bulan dah tu.jadi aku dah auto published kan entry aku ni.Sekarang dah kul 10 am.Maknanya aku dah diatas awan dah sekarang ni.Lagi 1 jam gtu sampailah ke airport yg satu lagi.


Yg best lagi harini aku berbuka puasa lebih awal dari biasa.Yehaaa=P


Tuesday, August 16, 2011

SELAMAT TINGGAL CESC FABREGAS=(



Akhirnya bekas kapten Arsenal Cesc Fabregas meninggalkan juga Arsenal untuk ke Barcelona.Perpindahan pemain tersebut dikatakan bernilai £35million.Serious aku berharap sangat die kekal.

Antara kata-kata terakhir Fabregas buat Arsene Wenger

''The relationship was fantastic. I spoke to him on Friday to say goodbye and I got very 

emotional because he’s been like a father-figure to me. I couldn’t even talk at one

 stage when I wanted to say how grateful I was for what he has done for me'' 

=(

=(

REVIEW RISE OF THE PLANET OF THE APES

Hujung minggu lepas aku berkesempatan tengok Rise Of The Planet Of The Apes dengan member aku.Tujuan utama kami keluar nak carik sushi tapi ngak ketemu.Dengan masing2 tak bawak jam agak kelam kabut nak tau pukul berape dah sekarang.


Klu ikutkan selera aku movie ni dapat 3/5 bintang saje.Kenapa?

Intro sangat membosankan.Jalan cerita biasa2 saje dan aku boleh agak aksi selepasnya.Senang citer nothing special lah citer ni.Sangat berlainan dari filem pertama dulu.So aku and member aku balik buat muka boring.


Freida Pinto pun berlakon dalam citer ni namun die tak menyerlah sgt.Cuma kepintaran si Apes tu jelah yg kadang2 buat aku gelak ckit jerrr.

Monday, August 15, 2011

BUKAN REZEKI KITA DATUK LEE CHONG WEI

Inilah gambar LinDan Juara Badminton Dunia 2011 buat kali ke-4

Sob..sob..=(

google

Ini adalah keputusan perlawanan antara Datuk Lee Chong Wei (LCW) dan Lin Dan :

22-20, 14-21, dan 20-22

Korang lihat lah keputusan set ketiga itu aku mmg sah2 akan kecewa.Klu aku dah kecewa ape lagi LCW ye tak.Ckit jer lagi tu.Namun gelaran Juara Dunia masih bukan milik pemain Malaysia.Ape nak buat kan=(

Tapi bila aku pikir balik usaha LCW dalam game tu aku rasa tak adil utk kita rasa down or kecewa dengan die.LCW bermain sgt baik dan nampak di riak wajahnya yg inginkan gelaran Juara Dunia itu.

Malaysia oh Malaysia kene cari pemain pelapis bertaraf dunia selepas ini kerna mungkin LCW takkan beraksi lebih lama dalam dunia badminton lagi.

JOM PACAK BENDERA DI BLOG

Jomlaaa sama2 letak bendera kat blog.Sekarang ni kan bulan kemerdekaan,alah sebulan je pun .Tak dapat nak mengibarkan bendera kat rumah sewa aku ni jadi kibarkan kat blog jelah dulu.



Masa arwah ayah aku ade lagi dulu dielah yg rajin pacak bendera depan rumah kat kampung tu.Tiap2 tahun ko tak pernah miss.Sekarang mak aku tak larat dah nak pacak bendera tu tunggulah anak2 mak balik karang adelah yg rajin tangan tuh.

Thanks a lot kat Amir Izzat memanjang akak carik bendera gerak2 ni baru leh jumpe.Korang nak jugak bendera tu leh copy codenya kat blog Amir Izzat.Free jek..

Saturday, August 13, 2011

MADDOX CHIVAN JOLIE-PITT JADI BINTANG FILEM

Untung betul bila jadi anak artis ni yer.Lebih2 lagi artis Holywood.Ko sebut jer nak buat ape comfirn jadinya.Kali ni anak angkat sulung kepada pasangan Angelina Jolie & Brat Pitt,Maddox Chivan Jolie-Pitt,10 bakal ikut jejak langkah ibu bapanya menjadi seorang bintang filem.

source : MyStar

Dalam tahun depan kita dapat tengok Maddox ni berlakon filem terbitan produksi Pitt dan semestinya memegang watak utama dalam filem itu.Filem itu dikatakan diadaptasi dari sebuah novel bergambar mengenai seorang kanak2 pengembala meninggalkan rumahnya utk bertempur dengan seekor raksasa.

p/s: kak jolie taknak ambik saya jadi anak angkat=P

Friday, August 12, 2011

RICKY MARTIN & PASANGAN GAYNYA


Before ni Ricky Martin dah mengaku yg dirinya adalah gay dan sedang hangat menjalinkan hubungan dengan pemain saham Carlos Gonzalez Abella.Namun Ricky Martin masih lagi menjadi kegilaan ramai wanita.Ayat yg paling aku tak tahan bila Ricky kata:

"Carlos memang tinggal di Puerto Rico, tapi dia datang ke Miami hampir tiap setiap minggu. Dia bekerja sendiri. Apa yang pasti, kami tidak pernah berpisah lebih daripada 10 hari," 

Aku rasa mg patut pun banyak perempuan minat kat die sebab die tu secara fizikalnya umpama lelaki sejati ala2 hero gtu.Dan aku tak pahamlah lelaki2 gay ni pasal pe carik puak sejenis.And lagi satu klu gay banyak yg hansem2 kan.

UNTUK YANG SWEET & FEMININ

Masih tercari2 handbag untuk Hari Lebaran??
Inginkan design yg sweet & feminin

APe kata korang check out this blog


Free Shipping within West Malaysia
Tak perlu bersesak-sesak di kedai
Jimat masa & tenaga anda time2 puasa ni
Harga yg sgt bestttt!!


Boleh lihat banyak koleksi di blog kay

VASELINE HEALTHY SUNBLOCK

Korang kuar rumah pakai sunblock tak?Aku kdg2 pakai kadg2 tak tgk mood akulah.Tu yg kulit macam dah burn jer.Jadinya aku ke Watson 2 hari lepas nak topup Safi Rania aku yg dah habis tu and mata aku nampak bende color oren cerah ni.

Eh2 bila lak Vaseline ade Sunblock nih??

Selama ni pun aku pakai jer produk dari Vaseline nih.Moisturizing lotion & lipbalm nyee.Syiookkk.!!So aku ambik sebotol nak try dulu. 



Dengan SPF30 tu dah cukup bagi aku memandangkan aku bukan dok bawah matahari selalu pun.Klu okeh aku rembatlah beberapa botol lagi.=P

SEJAK BILA FIDA & MAMAT (SEPAH) NI??

Aku tertarik nak tulis pasal ni sebab aku suka tengok Fida dalam citer Kasih Alia tu comel jer dan Sepah pun my Fav dalam Raja Lawak.Sejak bila pulak Fida & Mamat(Sepah)  ni mula berkawan rapat??Sebab dulu aku tengok Mamat ni tengah hot bercinta dengan adik Rody(Kristal).



Maybe tu citer lama kut al aklumlah aku ni dah jarang baca gosip sekarang ni.Komen Fida bila ditanya tentang Mamat.

"Antara ramai artis lelaki, saya tertarik dengan cara dia menandatangani autograf kepada peminat dengan menggunakan tulisan jawi dan selepas memenangi Maharaja Lawak baru-baru ini, dia terus pulang ke kampung untuk bertemu keluarga berbanding mengutamakan orang lain.

Ohh itu sebabnya...See sifat lelaki adalah kunci nak pikat perempuan tau...

Thursday, August 11, 2011

IKLAN RAMADHAN & HARI RAYA YG KONSTROVERSI

Bila tiba Ramadhan pasti kita akan tertunggu2 iklan Ramadhan & Hari Raya.Ntah aku pun tak pasti sejak beberapa tahun ni iklan Ramadhan & Hari Raya sering saje ada konstroversi.Semuanya ade je yg tak kene dimata juri(penonton).


Aku rasa org yg buat iklan pun ade akal untuk berfikir yg setiap perayaan agama pasti ade sensetiviti masing2.Namun mereka sering melakukan kesalahan yg sama setiap tahun.Adekah ini dinamakan nak carik publisiti?

Wednesday, August 10, 2011

SANDBATHING UTK BUBBLE

Semalam sempat ke midvalley jap.Tujuannya nak cari sandbathing Bubble.Aku kan baru je bela hamster ni jadi pengetahuan aku tentang hamster ni kurang ckit.Akak kat petshop tu kata untuk kasi hamster kita bau wangi.



Aha bila aku hidu bau sand tu sedap btullah.Aku pilih bau lavender nyer.Berenang2 Bubble dalam sand tu bila aku hidu bulu die auwww wanginyerrrrrrrrrrrrrrrr.


Elok jer aku letak sand tu sebelah die pegi teraburkan.

''Bubble ko buat gaya ckit aku nak snap ni''

Hah ni gaya Bubble buatkan utk korang


Bubble dh  tido dah tu penat ber''possing''
Hehe

PEMBANGKIT SELERA YG HANGAT

Pembangkit selera aku untuk bersahur.Klu ikan masin ade depan mata aku cepat jer selera makan aku datang.Boleh dikatakan hampir setiap malam aku goreng ikan masin ni.


Makan pulak dgn nasi panas mmg layaaannn lah.Aku dok pusing2 pasar carik ikan masin yg jenis nipis tu takdelah pulak.Tu lagi best krupkrupkrup...=P

Iklan
Nak handbag cantik2 klik banner kat bawah


Monday, August 8, 2011

GAMBAR BABY HARPER BERSAMA DAVID & VICTORIA BECKHAM

Peminat David & Victoria Beckham mesti tertunggu2 gambar ni kan.???Kat cni nak share gambar anak bongsu pasangan DB & VB baby Harper!!!Semua gambar diambil dari twitter VB.

Baby Harper with Daddy!

Baby Harper with mummy!


Dan gambar terakhir ni special coz Baby Harper dah buka mata.^_^


Sunday, August 7, 2011

TAKLEH NAK SALAHKAN SETAN!

Hari ahad ni aku dok rumah jer kebetulan lak hujan kat luar tuh rasa nak tarik selimut balik jer.Korang pernah rasa tak bila bulan puasa ni rasa lemah gemalai nak buat keje.Nak kemas rumah,cuci pinggan mangkuk,basuh baju,sidai bajulah pulak.Alasan sebab aku puasa harini so nanti2lah aku buat.



Baju nak kene basuh tu.Nampak ckit jer kan sebab banyak aku dh masukkn dalam mesin.Sekali harung basuh senang tak bazir air banyak sgt.Bil air rumah aku ni kemain menaik jer.Hah bila malas tu datang nak salahkan setan pun tak boleh jgk dh mmg perangai kita sendiri punnn.Sedar diri jugak akhirnya!

Saturday, August 6, 2011

SOYA PENYELAMAT SAHUR AKU!

Mujur sahur semalam aku tersedar tu pun dah dekat2 nak subuh dah.Apelagi kelam kabut aku cuci muka bukak peti sejuk.Air soya je ade minum jelah dari tak isi perut langsung.Air soya tu tinggal separuh aku bantai sampai habes sekali teguk jer.


Naseb baik sempat..aku mmg biasa bersahur klu puasa paling kurang pun minum air asalkan ade..hope pagi karang aku tersedar siap 2 bjik jam aku kuncikan tu..korang dah berape hari ponteng puasa ehhhhh=P

KEYWORD HOT ''PUTUS TUNANG''

Isu putus tunang Khairul Fahmi dan Elia asyik jadi buah mulut orang jer.Kat telinga aku ni asyik disumbat dengan citer orang ketiga dalam hubungan mereka.Mungkin ade kebenaran sebab Apek tu famous pe ramai lah dok siku2 dia.Dah takde jodoh nak buat macamane kan.Lagipun depa berdua tu muda lagi.Darah anak muda katakan.

Inilah dinamakan dugaan bertunang macam2 yg datang.Aku pasti Tuhan dah rancangkan sesuatu yg terbaik buat mereka berdua.Tentang blog Elia tu aku no komenlah masing2 ade hak dalam penulisan selagi tak melampaui batas kn?

Friday, August 5, 2011

BETUL KE SIMPLY SITI TAK HALAL?







Betul ke produk SimplySiti tak halal???Ade terbaca di blog Abg Ben tadi?Risau jugak bab halal haram ni kan.Namun selagi kita ade rasa ragu2 dihati baik kita hold dululah penggunaan SS ni.Selepas pihak Siti dan JAKIM jelaskan isu tersebut barulah senang ckit hati.

Aku bukanlah pengguna produk SS cuma perlu ambik perhatian kut2 ade family2 kita yg dah guna.Sama macam kes butter utk buat kuih tu.

Ni jawapan Siti Nurhaliza dalam twitternya:

''Semua produk SS & berus yg digunakan dalam produk adalah mendapat kelulusan HALAL daripada JAKIM dan pemeriksaan adalah dibuat sebelum setiap produk dihasilkan & kita akan mengenal pasti dan memperbaikki setiap usaha untuk memastikan setiap produk mendapat kelulusan JAKIM''

Masih ade keraguan lagi?Kita tunggu pengumuman rasmi dari pihak2 yg berkenaan nanti=)

STRESS GILER



omggggg harini terlalu banyak songeh & kerja & masalah
=(

QUICK UPDATE

Tak banyak pulak aku nak update minggu ni yelah buat bende yg sama je malas dah aku nak bebel.Cuma sekarang ni aku tgh menghitung hari nak balik kampung kooo.Aii balik awal tahun ni nak buat kek lapis=PTue diaaaaaaa!!!

Korang nantikanlah kek ahkak di pagi raya nanti yer..auuwwww akak nak buat kerja dulu..chow!

Tuesday, August 2, 2011

BILA BLOGKU DIGUGAT BLOG GAY



Sipi2 jer pun dah ade aura muka menarik gtu.Kira klu gadis2 tengok ni mesti banyak yg minat.Tapi sayangnya si gadis tiada peluang langsung kerana hanya lelaki yg layak mendampinginya.Korang faham maksud aku kan.?

Budak2 ni ade blog jugak(korang carik sendiri),dalam 3/4 entry gtu tp pageview dah ribu riban.Jangan kau mimpi nak sound ke nak bagi nasihat ke kerna No Shoutbox & disable comment.Blog depa tu umpama diary kehidupan merekalah tempat meluah rasa kasih sayang mcmtu.Errrkkkss.

Budak2 lagi tapi kenapa jauh menyimpang dik,Kita tak mampu buat apa2 utk bantu mereka cuma kita boleh berdoa semoga terbuka pintu hati mereka sempena bulan Ramadhan ni.

Monday, August 1, 2011

A DAY BEFORE RAMADHAN

Hari ni first day puasa?Ade yg dah lembik kee??Aiii jangan koranggg awal lagi nih.Dah mmg bajet harini puasa so semalam aku bergagan ke Hero nak carik barang dapur.Puasa tahun ni kene kurangkan ckit ke bazar ramadhan makan hasil air tangan aku lagi sedap.Tak gtu kawan=P 


Aku klu berbelanje barang dapur mmg ke Hero,dah tu je yg dekat dengan rumah aku ni.Nasib baiklah aku sampai tu tak banyak sgt org kat kaunter bayaran tu.Tapi kat tingkat atas meriah ramai sgt org.Aku bila dah rimas semua je nak cepat.Main ambik letak dlm troli terus bayar.Sampai rumah terus berbunyik lesung aiii..

tweet..

Followers