Wednesday, September 1, 2010

RESEPI PAJERI TERUNG UNTUK JUADAH BERBUKA

Pening nak pikir juadah berbuka petang ni?Apa kata korang try resepi ini mudah disediakan.Saya dpt resepi ni dari blog maklang zainab.



Bahan-bahan
3 biji terung panjang, potong dan belah 2, jangan putus
¼ biji kelapa, dibuat kerisik
¼ biji kelapa parut buat santan 1 cawan
3 sudu besar rempah kari daging
Asam jawa sebesar ibu jari, ambil airnya
1 sudu besar udang kering
Sedikit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga (bahan tumis)
2 sudu besar gula
4 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] dikisar
2 cm halia ]
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara Membuatnya
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis beserta bahan kisar. Masukkan rempah kari daging. Kacau hingga wangi.
2. Masukkan udang kering, santan, asam jawa, santan dan terung. Masak hingga terung empuk.
3. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tutup api dan siap untuk dihidangkan

selamat mencuba=)

VIDEO MALAIKAT TURUN ATAS KAABAH SATU PENIPUAN


''Ia dilakukan oleh insan yg lemah jiwanya''-petikan metro


Saya pernah terbaca tentang video ini di dlm salah sebuah blog.memandangkn time tu broadband saya cam cikai jer terus xleh nk tgk.Jadi disebabkn sifat ingin tahu malam tu nekadlah download jer.Bila korang tgk payah cikit nk percaya kerana terlalu jelas pergerakannya.Mentang2 malaikat tu dr cahaya aslnya terus ada yg buat video begitu.Sudah disahkan yg video itu hanya penipuan jadi kita kne berhati2 selepas ini sebelum nk percaya satu2 perkara tu.

TARIKH LIHAT ANAK BULAN SYAWAL


Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan bahawa tarikh melihat anak bulan Syawal bg menentukan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini ialah pada 8 September.Ia boleh dilakukan di 30 tempat diseluruh negara.

 Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); Bukit Melawati, Kuala Selangor (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah). 

Selain itu, Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan). 

Turut terbabit Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindung, Kuantan (Pahang). 

Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).



sumber:bernama

TOP 100 MALAYSIAN BLOGS

Hari ini banyak keje nak buat nk kene survey2 barang so seharian saya asyik google jer.Tulah mudah keje kita skrg semua klik jer dah dapat.Tgh dok sibuk survey2 saya tersangkut pulak kt cni Top malaysian Blogger List okeh!!Tak banyak yg saya kenal dalam senarai tu.Cuma yg famous kt nuffnang tu jer yg saya kenal.Hati saya tergerak nak tgk first ranking tu yelah kn tgk ranking kt alexa tu makk aiiii!!!!Memang terbaeklah blog tu.



Senarai tu untuk 100 blog yg dinilai berdasarkan alexa dan technorati rank oleh tuan empunya blog.jadi kalau korang rasa blog korang layak untuk senarai top blogger jgn segan2 contact pemilik blog tersebut ye.Nak tgk senarai selebihnya boleh tgk cni

tweet..

Followers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers