Monday, October 31, 2011

Vote = Rm500



Kalaulah saya ni kreatif dan banyak idea saya pasti akan join sekali mereka corak untuk tin minuman.Namun saya tiada bakat itu.Saya cuma ada bakat sebagai voter sahaja yang mana lebih mudah.Tapi sebagai voter pun kita berpeluang untuk memenangi Rm500 juga.Kerja mudah pun dapat RM500 apatah lagi untuk individu yang mereka corak pulak.



Ini bukan omong kosong Nescafe akan bagi RM500 untuk voter tau.Untuk kerja mudah itu jom kita lumba lari ke Facebook Nescafe Chill-lah!Pilih saja corak tin yang kamu minat dan jangan segan silu untuk voteeeeee!!! Kalau menang boleh open table.=)

Pic kredit to iStockPhoto & Nescafe

#PrayForKK



#PrayForKK .Gambar diatas diambil dari salah seorang rakan Twitter kita yang mungkin berada di tempat kejadian.Saya pun baru maklum tentang kejadian itu setelah menonton #BuletinTV3 .Nahas letupan kuat terjadi akibat perlanggaran keretapi dan sebuah lori tangki berhampiran sebuah stesen minyak di Petagas.

Jumlah yang terkorban saya tidak dapat pastikan kerana ada beberapa percanggahan jumlah mangsa di Twitter.Kita nantikan saja pengumuman rasmi di #BuletinTV3 .Takziah saya ucapkan buat semua mangsa yang terlibat.#PrayForKK .

Pic kredit to KK City

Khairul Fahmi Dulu dan Sekarang...


Otak manusia berfikir dalam satu arah.Sekali pandang gambar diatas ''oh bertuahnya siapa yang menjadi suri hati dia''.Ini lah gambar peribadi pertama Khairul Fahmi Che Mat yang saya lihat.Kemudian nama Khairul Fahmi bagaikan bom nukleur meletup disegenap pelusuk Malaysia.Saya akui dia sememangnya penjaga gol hebat di Malaysia.Syabas untuk itu!

Ini pula gambar kira terbaru yang saya lihat di blog gosip-gosip artis.




Temannya Dahlia Teck itu memang cantik kan?Tapi......kamu sambung sendiri yer.

Pic kredit to LaskarPewlangi & RotiKaya & OhBulan

Resepi Hebat dari Program Master Chef Malaysia.

Saya sangat gemar makan lebih-lebih lagi kalau makanan itu tidak pernah saya cuba.Saya akan cuba segala yang halal kecuali makanan eksotik contoh seperti belalang goreng mahupun ulat pokok nipah.Awal-awal saya tolak walaupun diberi 1K!

Ayam Cendawan dengan Sos Putih Pandan

Ok kita tolak tepi dulu tentang makanan eksotik.Kamu sudah menonton Master Chef Malaysia?Channel 104 setiap Ahad-Rabu pada pukul 9pm.Yang minat memasak wajib tonton lagi pula peserta adalah dari latar belakang yang berbeza pasti akan tambah menarik.

Lempeng Pisang dan Cucur Udang Ayahanda

Ape kata sesekali kamu klik ke Website Master Chef Malaysia.Sangatlah berguna kerana resepi-resepi peserta turut dipaparkan disitu.Saya dah dapat banyak resepi mudah yang ingin saya cuba nanti.Dengar ni Udang Menari di atas Sos Bawang,Gigal Ayam dengan Sayur dan ade banyak lagi.Klik Master Chef Malaysia untuk resepi hebat.


Pic kredit to Master Chef Malaysia

Pantang Real Steel!

Baru berkesempatan menonton Real Steel.Syabas Atom walaupun kalah menentang Zeus tapi pecah jugak sebelah muka robot terhebat abad ini tu.Ramalan aku mengenai filem tersebut nyata meleset rupanya lebih hebat dari yang disangkakan.Lihatlah siapa heronya.Filem itu menghiburkan jadi kanak-kanak pasti suka.Bijak Shawn Levy mencari target market mereka.


Setelah usai menonton syukur hujan pun berhenti saya terus pulang ke rumah.Jadi singgah di gerai Otai Burger untuk bekalan malam saya yang selalu lapar ini.Tiba-tiba ada salah faham sedikit diantara peniaga dan customer.Customer complain lain yang dipesan lain yang dia dapat.Apa yang membuat aku menoleh si customer marah-marah kerana makanan itu adalah pantang untuk dia makan.Siap bawa ''bodyguard'' lagi untuk menuntut wang dia semula.

Saya agak ini cuma salah faham si peniaga tidak mendengar dengan jelas pesanan si customer.Namun apa yang silapnya makanan itu adalah PANTANG!Masakan peniaga tidak tahu?Kita hidup dalam pelbagai bangsa ini sepatutnya lebih peka akan perkara asas begini.Tidak boleh pandang sebelah mata sahaja.

tweet..

Followers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers