Friday, April 29, 2011

SENARAI HARGA IPAD2 DI MALAYSIA.

Dengan rasminya iPad2 dilancarkan harini kat Malaysia.Hampir terlupa aku sebab dok sibuk dengan Royal Wedding tu je.Klu ikutkan hati mmg nak satu tapi bajet tak cukup lagi lol.Bagi yg dh ade bajet tu meh kita jeling2 harga iPad2 kat Malaysia ni.

Senarai harga iPad2 di Malaysia

Wifi
iPad2 Wifi 16GB(RM1,499)
iPad2 Wifi 32GB(RM1,799)
iPad2 Wifi 64GB (RM2,099)

Wifi + 3Gs
Wifi + 3Gs 16GB (RM1,899)
Wifi + 3Gs 32GB (RM2,199)
Wifi + 3Gs 64GB (RM2,499)


So apelagi grab cepat sementara stock masih ada!

AIRASIA REINTRODUCE FUEL SURCHARGES!

Okeh kali ni citer lari jauh cikit dari Royal Wedding.Berita yang disampaikan ni agak kurang sedap didengar oleh telinga aku.


dh takleh pakai dah pasni

Mulai 3 May 2011 AirAsia akan mengenakan semula fuel surcharge untuk semua perjalanan domestik dan juga antarabangsa.Ini disebabkan situasi di Timur Tengah dan faktor-faktor luaran yg lain.Tetapi bagi booking yang dibuat sebelum 3 May tidak akan dikenakan sebarang charge.Untuk info lanjut klik FB AirAsia

Semua benda nak naik rega jer.Kene booking before 3 May ni sementara masa masih ada.Bad news=(

VICTORIA AND BECKHAM AT ROYAL WEDDING

Victoria and David Beckham at Royal Wedding.

Sebagai fesyen ikon semestinya Victoria akan menjadi pandangan jurugambar dari seluruh dunia.Lihatlah heel nya!!!

ROYAL WEDDING PRINCE WILLIAM & KATE MIDDLETON

Rasanya semua dah tau harini 29 April 2011 adalah Royal Wedding Day diantara Prince William & Kate Middleton yang bertempat di Buckingham Palace,London.




Kita di Malaysia  boleh menonton secara langsung Royal Wedding ini di NTV7 bermula jam 3pm sehingga 8.30 pm.Jangan ketinggalan kerana Royal Wedding ini dijangka mengulangi saat kemasyuran pernikahan Putera Charles & Puteri Diana pada 21 Jun 1981.


Jika sebelum ini Puteri Diana dikenali sebagai puteri yang berjiwa rakyat dan pastinya ramai mengharapkan Kate akan menggantikan tempat Diana.

all pics google.

MUJARAB UBAT SAKIT GIGI!KENA CUBA!

Sakit gigi aku dh semakin melarat-larat dah.Boleh pulak malam2 makin sakit rasanya.Farmasi dh tentu2 dh tutup kan.Kawan aku beli ubat sakit gigi dari kedai apek kt bawah rumah  aku ni je.Tapi tu pun tak ok jugak.


Baru teringat kawan aku ada kasi gambir asli Sarawak ni.Orang kata mmg bagus gune gambir klu nak ubatkan sakit gigi.Aku pun trylah.


Bagi sape2 yang tak pernah tengok gambir ginilah rupenye.Kecik jer kawan aku kasi ni.Die kata guna cikit jek.


Mula-mula potong cikit jer macam dalam gambar tu.Kecik ni pun kesan die mmg kaw-kaw lah!


Pastu basahkan dengan sedikit air pastu korang gosok-gosok dengan jari dan sapu kat tempat gusi yang sakit tadi.Amaran:Rasa die pahit sangat!

Kesannya korang boleh rasa selepas satu minit.Mulut akan mula rasa kebas dan boleh bertahan dalam setengah jam gtulah.Aku jamin  sakit gigi akan hilang^_^ Tetapi klu selepas tu gigi masih sakit lagi korang sapu lagi kat tempat yang sakit tu.Insyaallah baiklah tu.

Gambir ni sebenarnya adalah getah yg diambil dari batang gambir kemudian dikeringkan sebelum dipotong kecil-kecil.Aku pasti setiap lelaki tahu ape gunenya gambir ni kan.Dikatakan gambir lebih hebat dari Viagra.TETAPI penggunaan secara berlebihan adalah TIDAK DISARANKAN!Boleh buat korang mabuk tau!

Jadi kene hati-hati yer.Sakit gigi aku pun dah mulai kurang ni.=)

tweet..

Followers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers