Tuesday, November 1, 2011

Harus Baca!! Berhati-hati di Stesen Minyak!!!


sekadar gambar hiasan

Pertama sekali saya tidak pasti akan kebenarannya namun perlu anda baca supaya

anda lebih berhati-hati dikemudian hari.Ini khas buat wanita.

Harus baca!

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat 

seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai 

memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin 

meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker 

dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke 

dalam untuk membayar tunai.



Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan

kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan 

bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita 

tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit 

marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas 

tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu 

bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut 

sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan 

bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. 

Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki 

itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.


Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah 

terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang 

wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan 

dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen 

minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / 

buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan 

mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian 

menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama-wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada 

waktu malam.

Kedua-Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin 

mendapatkan tempat letak kereta percuma!

Ketiga-Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi 

sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua 

berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :

1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.

2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.

3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu 

lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam

kredit to SharizanShafie

Telur Separuh Masak yg Sempurna..

Masak telur separuh masak sangat mudah hanya perlukan air yang mendidih dan telur.Namun tak semua boleh masak telur separuh masak yang sempurna.Ada yang ragu-ragu dah masak ke belum ni?Bila kupas kulit telur ''Ala dah keras''.Begini caranya:

1-Pastikan telur tersebut dalam suhu bilik bukan keluar dari peti sejuk terus letak dalam periuk.Sekiranya telur dikeluarkan dari peti sejuk biarkan 30 minit dulu sebelum dimasak.Ini untuk mengurangkan kebarangkalian telur pecah apabila terkena air panas.

2-Setelah air mendidih masukkan telur.Untuk telur bersaiz medium memerlukan 3 minit manakala untuk saiz besar pula perlukan 4 minit untuk masak.

3-Keluarkan telur dari tempat masak dan basuh telur dengan air paip selama 30 saat.Siap untuk dimakan.


Pic kredit to Google.

Kebakaran di GSC Midvalley..

Saya diberitahu oleh seorang rakan yang GSC Midvalley terbakar.Betul ke?Cara paling senang nak tahu saya 'google' terus.Dan saya dapat gambar seperti dibawah.Nampak seperti kebakaran kecil mungkin.


Ya betul hanya kebakaran kecil.Saya baca artikel dari Themalaysianinsider .Kebakaran dikatakan bermula dalam pukul 1.20pm di dalam salah satu panggung dan pihak pengurusan dapat mengawal kebakaran tersebut dalam masa 10 minit.Diharap ianya hanya masalah teknikal dan bukannya perbuatan khianat.

Pic kredit to Here

11111 hari istimewa?

Helo 1 November!Nombor kamu sangat cantik ada sesiapa yang buat majlis perkahwinan harini?Selalunya pada tarikh istimewa begini masyarakat seringkali meraikan majlis-majlis istimewa juga.Mungkin ada yang menyambut hari lahir hari ini?Selamat hari Lahir buat kamu.





11111 menunjukkan lagi 2 bulan untuk ke tahun 2012.Cepat benar masa berlalu.Ada sedikit lagi impian 2011 yang belum tercapai.Tahun baru bermakna azam baru banyak yang perlu diperbaiiki lagi semoga segala jalan dipermudahkan olehNya.

Kim Kardashian to File for Divorce!


Setiap cerita dongeng pasti di penghujung cerita akan mengatakan yang pasangan itu akan hidup bahagia selama-lamanya.Live happily ever after..Tetttttttttt!!!Wake up Kim!

Hanya Fairy-Tale semata-mata buat Kim Kardashian apabila perkahwinannya tidak mampu bertahan lagi.Dikatakan Kim telah memfailkan cerai keatas suaminya Kris Humphries selepas 72 hari menjadi pasangan suami isteri.Saya ada mengikuti majlis perkahwinan mereka yang disiarkan di E! channel sangat cantik dan dikatakan bertepatan dengan citarasa Kim sendiri yang inginkan perkahwinan itu seperti di dalam syurga.


Namun hanya seketika,penceraian sedang menanti mereka dan Kim akan memegang 'tittle' Janda!Secara logiknya seorang selebriti yang kaya raya boleh mendapat apa sahaja yang dia mahu tanpa sebarang masalah.Pakaian mewah,kereta sport mahupun jet peribadi,rumah yang lengkap dengan semua kemudahan,shooping mall di dalam rumah,perhatian dunia dan lelaki pun Kim boleh dapat dalam sekelip mata.Semua orang tahu bagaimana gaya selebriti di Hollywood.Mungkin juga Kim tidak memerlukan 'tittle' wife buat masa terdekat ini.



Pics kredit to grooviatv & Anthonybloch & PerezHilton


tweet..

Followers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers