Friday, November 25, 2011

Yuna,Anuar Zain & Fakri Saarani

Nama tiga individu ini sangat hot dipasaran sekarang.Yuna dengan kes trofinya kena tarik balik dek kerana bukan salah Yuna.Dan Anuar Zain dengan perasaan malu terpaksa menerima trofi Lagu Terbaik tersebut dari Yuna kerana lagu Sedetik Lebih adalah pemenang sebenar.


Saya lihat kes begitu memberi impak besar kepada peminat mereka dan juga artis-artis yang lain.Dari mula cerita ini dibangkitkan sehinggalah sekarang macam-macam komen yang saya baca.Kebanyakkannya tidak berpuas hati dengan pihak RIM.Saya kasihan juga melihat dua artis ini mereka menjadi mangsa keadaan namun saya yakin keduanya amat profesional dalam menguruskan hal ini.


Ya nama Fakri Saarani juga mula hot setelah kegagalan Fakri melaksanakan sepakan penalti untuk menentukan pemenang pingat emas Sukan Sea di Indonesia tempoh hari.Fakri menerima pelbagai kutukan dengan bahasa yang kasar dari peminat bola sepak Malaysia.Mereka secara terang-terangan mengutuk beliau di kebanyakkan laman web media sosial.

Secara peribadinya saya berharap bukan Fakri yang mengambil tanggungjawab dalam sepakan penalti tersebut kerana melihat akan persembahan yg tidak konsisten.Iya semuanya bergantung pada nasib namun sekirannya Fakri memberikan persembahan yg terbaik sebelum itu nescaya para peminat dapat menerima dengan hati terbuka.Namun inilah ''harga'' yg perlu dibayar jika anda adalah seorang pemain bola sepak.

Pic kredit to MyStar & google.

tweet..

Followers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers