Tuesday, August 31, 2010

TUDUNG,BAJU KURUNG,BROOCH,KUIH RAYA,KAIN COTTON

Hujung minggu lepas adik2 saya asyik roger2 nk pesan itu pesan ini.Belum ditambah pesanan dr makcik2 disana.Uii byk nak kne ingt bukan setakat ingat nama barang nk ingt saiz bg yg kirim beli baju tu,kaler tudung,kuih raya n mcm2 lagilah.Cuma tggal minggu ni jelah nk mencari minggu depan dh zassssss ke kampung.

Minggu lepas ini jelah yg sempat saya rembat tu pn bersesak kt jln TAR tu.Mcm siput dh saya kt ctu.Alah setahun skali jer pn xyahlah nk rungut panjang2 ye tak?Ada byk lagi pesanan yg belum complete diharap minggu ni settle semuanya.

DEDICATED ENTRY:POST APA KATA ANAK MALAYSIA

Hari ini bertarikh 31 Ogos 2010.Post ini juga baru saya tulis awal pagi tadi.Tahun ini genap 53 tahun Malaysia merdeka.Merdeka dari penjajah.Tidak ada lagi tentera british,jepun,dan portugis, yg ada cuma pelancong dari negara yg disebut tadi.Entry sebelum ini saya ada letak video semasa kemerdekaan Malaya 1957.Jauh bezanya keadaan ketika itu.Fesyen2 rakyat jelata yg cukup menarik perhatian kita.Para penonton yg berpakaian dan duduk dgn sopan.Kelihatan gembira wajah2 rakyat ketika itu.Kemudian kelihatan Tunku Abdul Rahman melaungkan merdeka!merdeka!merdeka!Disusuli dgn lagu 'Negaraku' selepas itu.


Itu cerita 53 tahun dulu.Sekarang berbeza cara sambutannya.Sambutan cara moden.Tak cool klu takde concert,tak cool klu tak merempit,tak cool klu tak ''hang out''malam merdeka,tak cool klu tak clubbing.Yg paling best bila lagu kebagsaan dimainkn ada yg siap menari2,berjalan2!Ada rasa nak baling dgn kuali tak org camtu?Inilah hasil selepas 53 tahun merdeka.Cool tak????

KEMERDEKAAN MALAYSIA YG KE-53

credit to khae

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yg Ke-53 buat seluruh rakyat Malaysia!
Merdeka!Merdeka!Merdeka!

Mari kita mengimbau kembali saat-saat indah pengisytiharan kemerdekaan Malaysia


Monday, August 30, 2010

KOMEN DRAMA 8 BULAN

googled

''Jalan cerita yg menarik and simple sesuai untuk seisi keluarga.Cerita lebih berkisar akan kehidupan normal kita dan masalah yg sering dihadapi bila kita sudah berumah tangga,iaitu pengurusan kewangan keluarga.''

Dibawa khas untuk anda oleh HSBC Amanah.Lebih2 lagi ada pelakon hebat seperti Vanida and suaminyer.Leh tonton setiap Ahad,10.30pm di TV3.Bagi yg dh terlepas leh tgk online di SINI.

NAK SIHAT BACA INI

Semalam saya diserang period pain yg maha teruk jugaklh.Tak dapat nak tahan mcm slalu.Ambik minyak panas sapu kt perut and mkn ubt pn xok jugak.Cuaca sejuk makin terasa ngilu tu.Jadi saya guna alternatif lain dgn bertungku.
Ini tungku cincai saya.Panaskn batu kt dapur gas pastu terus balut.Saya buat ni as long ada rasa panas dh cukuplah.Cara terbaik menggunakan tungku ialah dgn Batu Sungai.Depend korang nk guna yg saiz besar or yg comel2 mcm saiz kt bwh ni.
googled

Selepas guna tungku cincai semalam tu redalh ckit skit tu.Jadi pagi2 saya terus google carik info lebih pasal tungku ni.Maklum org kata bertungku ni bagus utk kesihatan even hotmama yg dlm pantang pn bertungku=P.Kt bawah ni saya share cara2 membuat tungku menggunakan batu sungai besar.Semua gambar n info kredit to SINI.

Cara penyediaan batu tungku.

1.Panaskan batu sungai atas dapur gas anda.


2.Letakkan beberapa helai daun lengkuas diatas kain tuala yg digunakn utk membungkus batu nanti.


3.Taburkan sedikit garam kasar.


4.Letakkan batu tungku yg telah dipanaskan tadi.


5.Setting2 ckit biar semua permukaan batu ditutup dgn daun lengkuas.


6.Bungkus dgn kain tuala.


7.Akhir sekali buat bunjut.Siap!

Dh tau cara leh buat sendirikan xpayah nk beli2.Jomlah terjah sungai satu malaya carik batu sungai=)

Sunday, August 29, 2010

LAGU RAYA LAMA VS LAGU RAYA BARU

googled
Salam.Sudah 19 hari kita dibulan Ramadhan.Ehem sedar xsedar lebih kurang 2 mggu lebih lagi nak menjelang Syawal.Sekarang saya lihat banyak tempat dh memainkan lagu2 nostalgia hari Raya.Uiii meriah sungguh dah terasa aura raya tu.Bagi yg balik kampung dan belum ambik tiket tu ada masa lagi ni untuk ambik tiket bas/flight.Saya kebiasaannya lagi teruja nak balik kampung klu dga lagu Sudirman-Balik Kampung.Wahwahwah semangat bagai nak rak!Setuju tak klu saya katakan yg lagu raya yg lama2 tu lagi terasa aura hari raya berbanding lagu raya moden skrang nih.Lagu raya moden ni rasa mcm ada yg kurang jer.Yelah dari kecik sampai ke besar skrg ni telinga asyik disogok dgn lagu2 P.Ramlee,Sudirman,S.Jibeng.Lagu2 Raya mereka lebih meremangkan bulu roma dan hati pn boleh jadi sayu bila mendengarnya.Aktiviti wajib ialah men''download'' lagu Raya..Yehaaaaa!!!=) Saya sertakan sekali link untuk anda download beberapa lagu raya yg menggetar jiwa anda.

Bila Takbir Bergema(Rafeah Buang)
Dari Jauh Ku Pohon Maaf(Sudirman)
Dendang Perantau (P.Ramlee)
Ku Pohon Restu Ayah Bonda (Mamat)
Seloka Hari Raya (Hail Ameer dan Uji Rashid)
Suasana Hari Raya (Sharifah Aini)
Pulanglah (Aisyah)
Musafir di Hari Raya (S Jibeng)
Suara Takbir (P.Ramlee)
Kepulangan Yang di Nanti (Aman Shah)
Aidilfitri (Sanisah Huri)
Menjelang Hari Raya (DJ Dave)

source:4shared.com

Friday, August 27, 2010

RAHSIA DISEBALIK LAGU ALEJANDRO OLEH LADYGAGA

Kebetulan saya blogwalking tadi saya terjumpa sesuatu bende menarik dalam blog rakan kita ni.Tentang makna2 disebalik lagu Alejandro oleh LadyGaga.Lagi baik saya share dgn korang semua.


Assalammualaikum...
Semoga apa yang nak saya sampaikan hari ini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Masa nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..
Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mendapat keafahaman mengenai illuminati ini, anda bolehlah baca dari web ini mengenai konspirasi dajjal atau carian di google.
Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan. Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan. Kalau hanya dengar lagu, mungkin tak banyak yang kita boleh tahu. Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.
Lelaki Gaga
Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.
"I know that we are young. And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore,Alejandro."

Lelaki Gaga 2
Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman. Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus). Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati  biasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ...

Sacred Heart
But I just can't be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? Dan kemudian dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapannya tak ...Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham. Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam... Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?
The All Seeing Eye
Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya.

The All Seeing Eye 2 The All Seeing Eye 3
Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave'. Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-kawal segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.

Rahib Gaga
Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih. Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop, please, just let me go, Alejandro" . Sebaik saja diasebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.
"She hides true love En su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."
Maksud lirik ni pulak. A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..

Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?
Rahib Gaga 2
(MATA SATU YANG KITA TAHU SIMBOLIK KEPADA ILLUMINATI)


Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik. Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas. Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..
Pentagram
SALIB TERBALIK DAN PENTAGRAM TERBALIK ADALAH SIMBOL YANG SELALU DIGUNAKAN UNTUK BERHUBUNG DENGAN SYAITAN .UNTUK MEMUJA DAN MENYERU SYAITAN ..


" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall
Paderi Syaitan Gaga
Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan) Don't call my name , Don't callmy name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan). Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan. Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.

Makan Tasbih Gaga
Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer(Iblis)..


I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Waktu menyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu(yang jelas merujuk kepada Jesus). Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka. Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri. Kita yang kena tafsir apa makna dia..

Salib
Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia. Gaga menyanyi sambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :
" Don't call my name, Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "
Kawal Gaga
Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga kawal lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula dikawal ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti ..
Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romance. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spiritual lain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...
Cik Gaga ni membawa bersamanya semuaagenda illuminati dan tak tahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia. Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragu dengan diri Gaga, tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini, berhentilah mendengar lagu Gaga. Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah(Tiada Allah). Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai. Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan iahanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah , lindungi lah kamid ari tipu daya syaitan dan sekutu nya.. Amin ya rabbalalamin.
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"(Al-Isra' 17:36)

source:ladyverde & HERE

tweet..

Followers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers