Wednesday, November 2, 2011

The Twilight Saga : Breaking Dawn Part 1

Anda pasti ada paling kurang pun satu filem yang anda minat dan anda nanti-nantikan kemunculannya di pawagam.Dulu saya sangat nantikan filem Pirates Of The Carribean kerana saya tidak pernah terlepas untuk menonton setiap filem lakonan Johnny Deep.Anda tahu saya sangat adore Johnny Deep.

First time filem ini keluar saya tidak menonton pun sebab saya tidak minat kut.Kemudian rakan-rakan saya bercerita semua kata menarik namun saya tetap juga tidak ada hati untuk nonton.Kemudian keluar siri kedua New Moon saya cepat-cepat ''book'' tiket dan saya terus jatuh hati!Eclipse checked!Sekarang saya menantikan Breaking Dawn part 1!Saya belum berhajat lagi untuk mendapatkan buku Twilight ini mungkin suatu hari nanti siapa tahu.



On 23rd Nov nanti ada special screening di GSC Pavillion dengan theme Epic Wedding!Seronok kalau dapat join sekali.Untuk sesiapa yang nak pergi boleh dapatkan tiket di TwilightersMalaysia.

Pic kredit to Google.

Opss!! ''Seksualiti Merdeka'' ?

Pembaca semua sudah lunch?Saya baru berkira-kira mencari apa yang nak dimakan.Mungkin mee segera saja kut.Ape yang saya ingin kongsikan ini pendek sahaja tapi impaknya sangat besar!

Apabila saya membelek sebuah laman web mata saya tertarik dengan satu tajuk 'Seksualiti Merdeka'.Ianya adalah pesta atau program yang diadakan sejak 2008.Ini pertama kali saya mendengarnya.

tengok dulu gambar ni elok-elok yer.

Pada fikiran saya ini adalah pesta untuk golongan tertentu yang ingin memperjuangkan nasib mereka.Jadi saya terus ke laman web mereka untuk mengetahui lebih lanjut.

''Kami menggunakan istilah 'Seksualiti Merdeka'untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar.''-the web.

Saya sangat terkejut rupanya terdapat banyak orientasi seksual dan identiti jantina.Yang beragama islam mungkin anda sudah lupa akan kisah umat Nabi Luth??Umat Nabi Luth yang melakukan menyelewengan fitrah manusia itu dimusnahkan dengan bencana yang sangat mengerikan dan dasyat.




#NZSummer

Sepanjang saya tinggal di Kuala Lumpur ni saya kerap menggunakan servis AirAsia untuk pulang ke kampung mahupun bercuti di dalam Malaysia.Saya pilih AirAsia kerana ianya murah dan selesa,saya pun bukan berada lama di dalam kapal terbang.




Cantik tak gambar pemandangan diatas itu?Itu semua hanya terdapat di New Zealand!Musim cuti sekolah pun semakin hampir dan pastinya ada yang sudah berkira untuk pergi bercuti.Ape kata untuk percutian kali ini anda terbang pula ke New Zealand!Sekali sekala melihat negara orang apa salahnya.Kalau anda nak tahu lebih tentang aktiviti,pengangkutan dan menginapan anda boleh klik New Zealand untuk info lanjut.Yang menariknya anda boleh terbang terus menerus ke Chritchurch hanya dengan AirAsia.

tweet..

Followers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers