Saturday, June 30, 2012

Pesta Flora Putrajaya (FLORIA) 2012.

Yay Pesta Flora Putrajaya datang lagi!!Teruja betul saya.Itu pun saya hampir2 tak tahu tapi nasib baik kawan saya bagitau dia buat shoot di Putrajaya harini.

Sekiranya saya jejak lagi ke Pesta Flora tahun ini maka secara rasmi 3 tahun berturut-turut saya join Pesta tersebut.Saya adalah peminat tegar bunga-bungaan dan nature sebab tu saya tak nak lepaskan peluang macam ini.Sesiapa nak baca kisah Pesta Flora beberapa tahun lepas boleh klik Pesta Flora Putrajaya 2010 & Pesta Flora Putrajaya 2011.

Disini saya sertakan maklumat ringkas untuk korang yer

PESTA FLORA PUTRAJAYA(FLORIA) 2012
Tarikh : 30 June-8 July 2012
Masa : 9.00am-10.00pm(Isnin-Khamis)/ 9.00am-12.00 tghmlm (Jumaat-Ahad)
Tempat : Persisiran TasikPresint 2,Putrajaya.
Bayaran Masuk : PERCUMA
Tema : Bunga Kertas-Tetap Menawan.(kalau Mak ada ni mesti dia suka)

Untuk maklumat lanjut korang boleh KLIK SINI..

Magic Of The Night 2011-kredit to Maklimah

Yang paling saya tunggu2 sekiranya berkesempatanlah kan saya nak tengok sekali Tourism Floral Parade 2012 pada malamnya.Mesti cantik,bercahaya & penuh warna warni.Oh ya Kementerian Pelancongan juga mengadakan Pertandingan Photografi dengan subjek utama adalah Perarakan Bot Flora tersebut.Kprang yang pandai snap2 tu jangan lepaskan peluang tau.Tarikh tutup adalah 5 Julai 2012.Info lanjut boleh klik Kementerian Pelancongan.


Friday, June 29, 2012

Handsomenya suami dia!

Suami siapa pulak yang saya puji handsome ni?Bukan saya yang cakap yer tapi komen2 pembaca di blog hiburan disana.

Tahniah buat Irma Hasmie kerana telah rasmi bergelar isteri buat Redza Syah Azmeer.

klik utk lebih jelas

Cantik bukan pakaian nikah Irma Hasmie ni rekaan dari Halta Dolmat.Manis,sopan dan yang penting auratnya tertutup.Bertuah suami Irma!

Saya taknaklah tulis lebih2 sebab di blog hiburan semua info ada.Ape??Korang nak tengok husbandnya yang handsome itu??Samalah kita sebab tu wujudnya entry ni..hahaha..

klik utk lebih handsome=P

Nah saya tepek sekeping.Handsome tak??=P Yang mata sepet2 ni selalu orang nampak handsome tau.Buktinya cuba korang tengok K-PoP berapa ratus juta peminatnya.Penangan mata sepetlah katakan.

Pic kredit to OhBulan.


Final UERO 2012 : Spain vs Italy

Heylu readers!

Saya baru berkesempatan nak menaip entry baru harini.Maaflah dalam seminggu dua ni sibuk sedikit jadi penghuni klinik katakan.

Lepas orang habis solat Jumaat tadi tiba2 datang semangat saya nak menulis.Ada sesiapa yang tengok bola awal pagi tadi?Saya awal2 lagi dah padam jadi kene tengok game ulanganlah jawabnya.Tak sangka pulak Italy yang menang itulah bola,bulat, jadi kene tengok luck masing2.

"Lihatlah dunia" aksi Balloteli selepas menyumbat gol yang ke-2 untuk Italy.

Dan semestinya penyokong Italy sangat berterima kasih buat beliau.Semakin mahallah harga ko Balloteli lepas sumbat 2 gol kemenangan tu.Walaupun Balloteli ni nakal tapi dalam bola ni ke'terer'an tu lagi penting tau=P 

Jadi untuk final, Italy akan bertemu dengan Sepanyol awal pagi Isnin nanti.Aduh esoknya kan nak kerja..Bos cuti bolehhhh??=P 

Kalau ikutkan gerak hati saya agak2 keputusan final nanti Sepanyol 2-1 Italy kut..tapi yang pasti game ni mesti menarik sebab penuh dengan dramaaaaaaa...korang pepahamlah kan=p

Malam tadi sebelum game mak call saya.Jadi saya pun bagitau mak yang saya nak tengok bola awal2 pagi.Nak tau ape mak cakap?Mak kata dia tiba2 teringat dengan arwah ayah sebab perangai kami anak beranak sama je=)Anak ayah katakan..hehe..

Pic kredit to Abc.Net


Friday, June 22, 2012

Please Save Me!!!

Heylu Readers!

Lets do something good today=)!!Saya nak menyeru rakan-rakan semua untuk bersama-sama saya dalam usaha untuk menyelamatkan Mr Turtle dan spesisnya.

google
Tahukah anda Mr Turtle tergolong dalam spesis haiwan yang terancam??Mungkinkah satu hari nanti cucu cicit kita tidak mengenal paras rupa Mr Turtle lagi??

Alaaa kesian dekat anak cucu kita=( Jadi mari kita sama-sama berjanji untuk tidak menggunakan sebarang bahagian badan penyu mahupun memakan telur mereka serta bersama-sama menyokong untuk mengharamkan semua penjualan Mr Turtle.


klik untuk lebih jelas

Nampak tak anak panah kaler pink tu?Ahaaa anda perlu isi kotak kosong tersebut dengan ur details k.

Turunkan cop mohor anda DiSINI.

Terima kasih=)


Thursday, June 14, 2012

Hebat Pawang dari Kedah..

Hari ini Khamis malam Jumaat maka amat bersesuaianlah saya nak bercerita mengenai seseorang.Seseorang yang bernama Pawang .Sebelum itu saya ingin maklumkan yang saya mendengar khabar ini semalam sambil tu mata tengok Euro=)

Seorang rakan telah pergi berubat dengan Pawang yang berada di Kedah.Mereka kata Pawang ini bagus boleh ubat pelbagai penyakit.Antaranya orang patah kaki,sakit2 dalaman,orang bisu,dan penagih dadah pun dia pernah tolong pulihkan.


lebih kurang mcm gambar ini *google*

Rakan saya ini ada beguk(betulke ni?) di tepi leher.Mendengarkan kehebatan Pawang ini maka rakan ini datang untuk berubat.Diceritakan lagi sebelum berubat kita diminta pasang satu niat.Selepas itu Pawang tu datang pada rakan saya dan terus ubatkan.Tiba2 beguk ditepi leher itu pecah dan darah memercik pada muka sahabat yang duduk disebelah.Rakan saya terkejut,lalu Pawang itu memberikan cermin untuk melihat lehernya.Tetapi rakan saya menolak sebab takut nak tengok katanya.Semasa berangkat pulang barulah rakan saya berani tengok lehernya di cermin bas.Alhamdulillah katanya tidak ada apa2 yang mengerikan dan beguk itu pun tiada lagi sehinggalah sekarang.

Ada lagi yang diceritakan tapi ini sahaja yang mampu saya taip.Rakan saya memberitahu harini Pawang itu datang ke Selayang untuk ubat orang.Sesi ini dibuat di dalam dewan.Tidak pula saya tanya dewan mana.Ini kali ketiga Pawang itu datang ke sini.Sebelum ini Pawang itu pernah datang ke Rawang,beratus orang jugak yang datang berubat.Setakat malam tadi ada 75 orang yang sudah sahkan hendak datang.

Bagi saya selagi orang itu berniat baik untuk membantu sesama manusia dengan cara yang baik tidak salah untuk kita mencuba bukan.



Wednesday, June 13, 2012

Revamp my blog!

Seriusly aku nak tukar wajah blog ni tapi aku ni tak sekreatif mana pulak.Setakat yang simple2 tu boleh la.Selain tu aku nak tukar cara penulisan and bahasa aku dalam ni serius macam bosan jer.Word ''aku'' tu pun agak2 nak tukarlah jadi i ke saya ke nama ke sebab ade orang sangka aku ni 'dude'okehhhhhhhhhh T___T

Sudah salah sangka disitu..jadi kenelah jadi lebih feminin tak gitu..Okeh2 idea cepatlah maiii...


Monday, June 11, 2012

Sape nak Flowy Dress??




Agak2 ade antara dua tu yang korang minat tak??Kalau ade meh cepat2 roger akak di delour87[at]gmail.com ..Ni akak share sekali detail2 yer..

Material : Chiffon with lining
Length : 100cm
Bust : 76-90cm
RM47.00 siap pos!

Sape nak cepat2 email akak yer..
TQ=)


Thursday, June 7, 2012

Ikan Patin Ni Mentah Ke?

Heylu readers!

Tengahari ni aku ingat nak try makanan baru iaitu ikan patin.FYI aku ni tak minat sangat ikan minat aku kat ayam jer.Hohoho.

kredit to Kakisaizlapan

Lebih kurang macam ginilah rupa gaya masak ikan patin tu.Mahal jugak lauk ikan aku nih!Jadi aku startlah makan...bila aku cubit sikit isi ikan tu aku tengok kaler merah2 macam ikan mentah tu bah.Pastu ada lendir ckit.Memang isi patin macamtu ke??Ke tekak aku yg tak lain ni..

Lima minit aku terus stop makan..aku rasa macam nape tak sedap ek..


Wednesday, June 6, 2012

"The Live Great Programme" untuk Hidup Sempurna!

Tau tak ape yang lebih penting selain wang??Ahaaa yang lebih penting dari wang ialah kesihatan.Banyak wang tapi tak sihat tak guna jugak.Tetap jugak hidup sengsara bukan?

googled

So dizaman yg segala macam bergerak pantas ni ada banyak yg abaikan kesihatan sendiri untuk mencari wang.Jadi untuk memudahkan uolls yg "tiada masa utk kesihatan" ni sama2 untuk join The Live Great Programme.Program yg sememangnya sangat berguna utk diri aku sendiri dan jugak uolss..

Nak tau macamana program tersebut jom tengok SINI..


Monday, June 4, 2012

The Journey

My journey starts today..wish me luck frens...=)



xoxo 

tweet..

Followers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers