Wednesday, September 29, 2010

BENARKAH JAKARTA BAKAL TENGGELAM??

Kota metropolitan itu dijangka akan tenggelam berikutan aktiviti penggunaan air bawah tanah yg berleluasa dan hakisan air laut.Pihak kerajaan dikatakan tidak dapat membekalkan air bersih kepada rakyat indonesia.


googled


Pandangan pakar.
Situasi bertambah parah kerana diseluruh Jakarta terlalu banyak projek pembinaan bangunan pencakar langit.


''Kalau di bawahnya kosong kerana air bawah tanahnya sudah diambil dan dari atas tekanannya semakin tinggi, maka ia dapat menurunkan permukaan tanah,''




Jika tidak ada tindakan dr pihak berkuasa nescaya teori Jakarta akan tenggelam benar2 berlaku.

LOTUS AND TONNY FERNANDEZ

Selain sukan badminton saya suka sukan permotoran ,F1 and motor GP.Sejak pelancaran pasukan F1 Malaysia Feb lalu,saya rasa terkejut jugak selepas setengah abad kita ada pasukan F1 sendiri.Tahniah!Apa lagi yg mengejutkn belum pn sampai setahun dh ada masalah dlman.Saya pasti ramai yg baca news kan.Dengarnya sekarang dh berpanjangan sehingga ke court.Diharap cepatlah settle ye.


Ape yg saya nk cakap disini ialah tentang Tony Fernandez.Saya suka cara pemikiran dia dan suka cara die ber''bisness''.Dan suka planning die untuk kembangkan bisness dia.Lihat dari Airasia muncul,tuneshotel,tunetalk,penaja untuk kelab bolasepak dunia Manchester United,penaja rasmi untuk pengadil2 bolasepak dunia,motor GP,dan FI Lotus Team.Mungkin ada lagi yg saya tak tau.Saya suke tgk citer org2 berjaya ni sbb leh bg semagat tau!xoxo=)

Tuesday, September 28, 2010

SINETRON INDONESIA:ALISA

googled
Ni yg malas nk tgk sinetron indonesia.Slooooooooooooowwwwwwwwww sgt and jalan cerita kdg2 tak lojik!Tetapi itulah yg menjadi kegemaran mak2 kita and ank2 dara diluar sana termasuklah my mum.Klu tengah dok sibuk2 bersilat di dapur sanggup tinggalkn dulu keje tu demi sinetron kegemarannya tu.Dan satu yg saya xpernah lupa masa sinetron bawang putih dulu siap nenek,my mum,and auntie2 bersidang di ruang depan berjemaah tgk tv.Itulah hebatnya penangan drama dr indonesia.

KAT RUMAH SAYA ADA SARKAS KORANG ADA?

Orang kata bila kita bela haiwan hati boleh jadi senang.Tul tak?Masa kecik2 dulu saya ada bela sekor kucing.Zaman budak2 mmglah best dpt main kejar2 ngan kucing.Sampaikn kucing tu mati saya boleh menangis.Kire sayang giler2lah tu.Pas kejadian tu saya dh stop bela kucing.Atas sebab2 kesihatan jugak my mum xbagi.Beberapa purnama yg lalu terasa mcm sunyi jer.Nak mgadap laptop benda bukan hidup so rasa cam xbest sgt.Jadi tanpa pengetahuan my mum saya bela sekor kucing.Bukan kucing yg mahal2 bulu gebu2 tu ni cuma kucing ''undergroud'' jer.Kucing tu pun cam kamceng jer ngan saya n leh wat main larik2 ok lepas!Setting2 sume nama saya pilih ''Tuah''.

Ini Mr Tuah!

Nak citer perangai kucing ni mmg tak cukup satu entry.Tapi yg saya tahu Tuah mmg menghiburkan saya.Rasa kucing sarkas pun ada!Nanti nak try dia lompat gelung api lak!!hahahaha=P.Mari saya perkenalkan haiwan yg buat hati saya senang.

Mr Bit!

Mrs Bit!


And special guest!

Mr Jumbo!


i love all of them!=)


Monday, September 27, 2010

BILA ORG LAIN TUNJUK EARNING

googled
Nak jeles ke sbb org tu seolah2 mcm menunjuk2?suka ke?or korang buat xtau jer?Jawapan yg terbaik adalah suka.Aihhhh org dapat duit kita nk suka lak..Saya kata suka bersebab bukan main tibai jer.Bila seseorg tu dpat earning yg melambung2 korang dapat kepentingan disitu.


Pertama,bukti earning tu mengesahkan dia seorg blogger yg berjaya.Dan confirm2 korang leh blaja cara dia buat  entry blog.Dptkan tips dari dia untuk cara2 membuat entry dan juga cara menaikkan trafik.


Kedua,semangat berblog.Dalam tak sedar bila korang baca tentang earning dia semangat korang akan berkobar2 nk jadi mcm dia.Walaupn xdpt kumpul sehebat dia tetapi ada peningkatan hasil dr blog anda berbanding bulan lepas.Apa macam?


Saya lagi suka klu tgk org postkan pasal trafik and earning blog mereka.Dari situ saya dh tau kemana saya nk tanya klu sesat jalan ye tak.Positive minded boleh hilangkan hasad dengki=) PEACE!

CINTA TERTINGGAL DI KAMPUNG

Hahahaha..cinta yerrrr...cinta bersama keluarga saje..sebelum nak balik cni..kami sekeluarga plan nk buat BBQ kecil-kecilan saje bersama sedara2..Ingat nk buat post ni terlebih awal dulu tetapi asyik lupa je.Ni pun ingt balik pas clear2 pic kt camera.

we choose chicken wings and sosej!

Sedap okeh!thanks to bakal adik ipar ai..die terer bab resepi nk panggang2 ni.Even his family ade kedai2 ayam panggang ni.So thanks again yerr..akak jadi buat u jadik adik ipar akak.hahaahahaha..

Antara yg berusaha keras membantu.Saya jadi jurukamera jer...and tukang makan..=P.

Walupn kecik tetapi meriah gelak2 xhengat dunia!Jerit2 kt my little cousin yg larik2 main bunga api and sebokk jugak nk tolong bakar!.Ohhhhhhhhhhhhhhhhhhh i miss the day=(.





ADUAN DALAM BLOG

Bole tak klu harini terus ke hari selasa.Sbb saya tidak suka isnin.=P.Pagi2 dah nak kene settle mende yg wat kepala saya pening.Yang peningnya bila berurusan dgn jabatan kerajaan.Servis tu agak lemb** disitu.Tidak semua ye.Mungkin ada web jabatan kerajaan yg tak update their phone and fax no.Commonlaaa skrg kebanyakan rakyat Malaysia gune servis secara online.Even saya kirim email pn no reply.Yg lagi sakit hati saya call and jawapan yg saya terima ''no yg anda dail telah ditamatkan perkhidmatannya''.Aiyaaa..Nak senang direct pusat jer.Sorry readers harini sesi membuat aduan..hehe





Sunday, September 26, 2010

KONGSI BASIC TIPS SEMASA CUACA PANAS DAN TAK MENENTU.

googled
Hello readers!Sya tak berapa sihat 2 3 hari ini.Kemungkinan besar disebabkan cuaca yg tak mnentu.Pagi panas terik dan petang/malam hujan pulak.Berulang-ulang utk beberapa hari ini.Jadi sekarng hidung tersumbat dan mata sentiasa berair dan kaler sdikit kuning.Panas btul ye!Nak ulang2 mandi jer tapi comfirm demam pastu.Jom saya kongsi basic  tips semasa cuaca tak menentu ni.


1)Banyakkan minum air suam untuk ganti cecair dalam badan yg keluar semasa kita berpeluh.


2)"Moisturize'' kulit anda.Merangkumi muka dan badan.


3)Guna pakaian fabrik cotton untuk serap peluh.


4)Guna pelembap bibir.


5)Elakkan terkena hujan.


6)Biarkan peluh anda hilang dulu kemudian baru mandi.


7)Sunglasses untuk lindungi mata anda.


8)Pantau suhu badan anda.


9)Guna sunscreen untuk lindungi kulit anda yg terdedah kepada cahaya matahari terik.


10)Sediakan banyak blotting paper utk kulit berminyak.


Ini hanya basic tips ye takat tu jelah dulu sbb otak tiba2 leh jam!hahaha..

Saturday, September 25, 2010

GAMBAR ANAK ASHRAF SINCLAIR DAN BCL NOAH SINCLAIR.

Tahniah buat pasangan Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari(BCL) kerana dgn rasminya telah bergelar daddy and mummy!BCL dilaporkan telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.5kg di Rumah Sakit Brawijaya,Jakarta.Bayi lelaki yg dilahirkan secara proses pembedahan itu diberi nama Noah Sinclair.Kegembiraan Ashraf jelas terpancar di laman twitter ashrafsinclair .Tahniah sekali lagi.=)


Friday, September 24, 2010

TURUN 1 KG!!!

Normal bila menjelang ramadhan kita ada pasang niat untuk mengurangkan berat badan terutamanya wanita.Bila dh tiba syawal saya lupa pulak nk timbang balik berat saya.2 hari sebelum saya fly back keluarga dan saya bermalam dirumah my auntie.Tb2 pulak my auntie bukak topik pasal berat badan ni.Kebetulan dirumahnya ade penimbang so apelagi satu family timbang berat.=P

googled

hasilnya berat saya turun 1kg!!hahaha bagi org2 bersaiz besar mcm saya ni turun 1 kg tu dh jadi pembakar semangat nak turun lagi beberapa kg.Walaupn hanya turun sedikit tetapi alhamdulillah berat turun secara sihat bukan dgn cara memakan pil2 pelangsingan.Biar lambat asalkn selamat=)Lagi mengejutkn my sis turun 5kg!!Rahsianya???Berhenti makan sebelum kenyang.

DARI LCCT KE KL KE SAFI RANIA...SAJEEE!!

Tamat sudah cuti ku!So semalam saya fly back home.Sedih jugak bila mengenangkan terpaksa tinggalkan my mother alone.Takpelah mybe hujung tahun ni saya jumpe keluarga balik.Balik kali ni tak excited sgt pn sbb banyak keje yg menunggu.Lebih kurang pukul 4.45 pm saya sampai LCCT dan magrib baru sampai rumah.


Waktu balik tu hujan renyai2 jer sampai KL dh start hujan lebat.Letih tapi cam tak dapat nk lelapkan mata.Sampai rumah baru membuta ko!Maka selepas ni mula baliklh dgn dunia blog.=)


crop

Muka happy ye tapi hati sedih tu.Hahahaa.Tu latest pic selepas 7 bulan pakai Safi Rania Gold.Ape pendapat korang ada perubahan tak=P Masa balik kampung haritu sedara2 tanya pakai produk ape so ape lagi buat promolah.Potpetpotpet tau2 ada yg nk beli.HaH!!Bukan nak membangga diri tetapi ingin berkongsi itulah gunenya kita ada blog kn.Setakat ini jelah dulu ye karang saya citer lagi.Xoxo.

Monday, September 20, 2010

RENDANG PIRANA!!!RAWWWWWWW!!!

Terasa lama dah tak update blog.Sibuk ber''open house'' pulak=P.Isi masa yg ada beramah mesra dgan saudara2 sempena cuti panjang ni.Oh ye kebetulan sebelum raya saya dan mak ke pasar  nak cari bahan2 buat rendang and tiba2 saya ternampak yg ini.



sila tgk tanda harga yg bawah sekali,Ada terasa tak nak buat rendang pirana pulak=P

Tuesday, September 14, 2010

HARI BIRU KE CITER BIRU??

Salam aidilfitri korang.Still dlm mood beraya lagi ke?Mood saya nak beraya dh mula kabur2 dah ni.Cuma tinggal nak habiskan cuti yg masih panjang lagi.Before ni ingat nak update tentang our Raya version di kampung tetapi pics tak settle lagi so tunggu jelah next entry yer.Ape yg citer biru tu???Ni haaaa......memandangkan mood raya dh so-so we plan for something new,which was visited to beach,beraya di tepi pantai smbil menikmati tiupan angin yg wowww!!!Segar je mata tengok laut dan langit yg membiru.Tenang uuuuuuuuuuuuu..I will updates each story detail on the next entry ya.




Sunday, September 12, 2010

POLIS SAHKAN DATUK SOSILAWATI DAN TIGA RAKAN MATI DIBUNUH!

Gempar kisah kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati kini sudah terjawab apabila pihak polis mengesahkan yang empat mayat yg dijumpai rentung adalah milik Sosilawati(47),pemandunya Kamaruddin Samsudin(44),pegawai bank Noorhisham Mohammad(38) dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim(32).Keempat-empat mangsa dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berkata,kesemua suspek iaitu seorang peguam bergelar Datuk,adiknya serta enam pekerja kelapa sawit milik mereka terlibat membunuh mangsa  sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang kedalam sebuah anak sungai Ladang Gadong,Tanjung Sepat.

Hasil siasatan polis mereka mengaku membawa mangsa ke ke kebun kelapa sawit sebelum memukul mereka hingga mati dan membakar mayat mangsa.Pihak polis berkata motif kejadian adalah persaingan perniagaan dan urusniaga kewangan antara suspek utama(kedua peguam ) dan Sosilawati.

Friday, September 10, 2010

LATEST UPDATE TIADA BERITA TENTANG KEHILANGAN DATUK SOSILAWATI!

1 Syawal masih tiada berita mengenai Datuk Sosilawati dan 3 lagi individu yg turut hilang bersamanya.Suasana suram menyelubungi keluarga jutawan tersebut memandangkan kehadiran beliau di awal Syawal ini amatlah diharapkn.Menurut keluarga,beliau akan turut sama berkumpul bersama adik beradik yg lain di Batu Pahat untuk menyambut Aidilfitri.Beliau juga rajin buat rumah terbuka di kampung dan rumahnya di gombak.Keluarga beliau menanti penuh harapan agar beliau dapat segera ditemui.Doakan keselamtan beliau agar selamat dan cepat ditemui.Amin.

RUMAH PUTIH HALANG TINDAKAN BAKAR AL-QURAN.

Paderi Terry Jones
Presiden Barrack Obama menggesa agar tindakan paderi Florida untuk membakar Al-Quran sebagai tanda ulang tahun ke-9 serangan pengganas 11 September dibatalkan.Obama memberi amaran tindakan membakar Al-Quran akan mencetuskan keganasan serius di tempat seperti Pakistan dan Afghanistan.Kata Obama lagi

''Ia adalah bonanza menrekrut untuk Al-Qaeda. Ia akan meningkatkan jumlah individu yang bersedia untuk meletupkan diri mereka sendiri di bandar AS atau Eropah,''


Rancangan membakar sebanyak 200 naskah Al-Quran yang kebanyakkannya didermakan kepada gereja dibuat kerana membangkitkan kemarahan mengenai rancangan membina sebuah pusat kebudayaan islam di bekas tapak Pusat Dagangan Putra New York.Ramai bimbang rancangan itu akan membangkitkan lagi sentimen anti islam.

Wednesday, September 8, 2010

ANAK DURHAKA DIKALA AIDILFITRI BAKAL TIBA

googled
Sepatutnya aidilfitri ini hari yg membahagiakan buat org tua kerana anak2 datang berkumpul tetapi tidak bagi seorg ibu ini.




Ibu terpaksa menyediakan juadah berbuka utk anak2 yg semuanya sudah dewasa.Mereka langsung tidak membantu.
Ibu dipaksa membersihkan rumah utk Hari Raya
Meminta2 dgn ibu sedangkan keperluan ibu langsung tidak diutamakan.
Mengherdik ibunya.



Bagaimana nak bagi pelajaran anak begini?

TARIKH AIDILFITRI 2010


Menerusi RTM dan TV3 penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah mengumumkan tarikh Hari Raya Puasa jatuh pada ,Jumaat,10 September 2010.Sempena bulan mulia yg bakal menjelma ni saya mohon ampun dan maaf sekiranya tulisan saya di blog ini pernah menyinggung hati sesiapa.Mohon dimaafkan=)Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.!

KEK LAPIS HARI RAYA

Seperti tahun2 lepas buat kek raya ni mcm dh jadi tradisi dh skrg.Walaupn tidak pro pn dlm pembuatan kek lapis ni tapi boleh buat nak hidang kat tetamu.So tahun ni kiteorg buat Kek Lapis Pesta Pay.Jangan tanya nape name kek tu jadi gtu.Saya buat jer ikut resepi.hehe

Kek Lapis Pesta Pay
Ni kek lapis kiteorg buat last year.


BILA SEMUA DISATUKAN

dh 2 hari tak update blog.Sibuk buat kek.auwwwww!!!Sekarang bersiaran langsung dari tanah kelahiran saya.
kampung saya ni berdekatan dgn gunung so sejuk ckitlah=)

Dah mula meriah sepupu semua dh start balik.Memandangkn saya cucu yg sulung,jadi sepupu2 yg lain tu kira masih kecik lagi.Riuh rendah  budak2 disini.Mak2 dieorg bz kt dapur budak2 ni buat bende lain lak.

sibuk main game.

yang ni pulak sibuk dgn citer korea dia dari malam tadi xstop2.

Inilah kerenah cucu2 Haji Sidi Matlias=P
Belum tgk aktiviti malam pulak.

Monday, September 6, 2010

KEHILANGAN JUTAWAN KOSMETIK SOSILAWATI

''Kehilangan jutawan kosmetik serta 3 individu lain iaitu peguam,pemandu dan pegawai bank masih menjadi misteri.Sehingga saat ini pihak polis tidak dapat mengenal pasti apakah motifnya.Berdasarkan laporan akhbar beliau keluar dari rumah pada 30 Ogos  lalu ke banting untuk perbincangan projek terbarunya.Sejak dari tarikh tersebut beliau dikatakn tidak pulang ke rumah.''

googled
Seakan tidak percaya akan kehilangan jutawan tersebut.Diharapkan beliau dan rakan2 akan segera ditemui.Didoakn semoga mereka dalam keadaan baik2 sahaja.

ALMOST 1K!!

googled
See??Sungguh tidak berhemah saya dlm berbelanja kn.Jangan buat kesimpulan dulu.=)barang2 saya plus barang pesanan org lain gak.Giler ape nk perabis byk tu smata2 nk raya jer.Lebih baek simpan ye tak.Nak balek kmpung ni jer saya kene bawa 35 helai tudung,45 kerongsang and 3/4 beg.Sekarang dh kat rumah borak2 dgn my family.Rindu!

JUMPA DI LCCT.

googled
Salam.Harini saya akan fly balik kampung.Rindu dah nak balik rumah.Sekarang ni dalam perjalanan ke LCCT.Saya bercuti agak lama raya ni so akn bersiaran langung dari rumahlh nanti.Doakan saya selamat sampai ye.To all malaysian happy holiday=)Enjoy your raya ya.

HUJAN FT RAIHAN-SALAM AIDILFITRI AYAHANDA DAN BONDA

First time saya dgar lagu ni semalam.Rupanya lagu ni dh lama keluar.Saya tak tau lgsung pn.Bila dgar melodi lagu ni best jugak.So saya download dan carik kt youtube.Mula2 dgar versi MP3 okeh jer bila tgk youtube sudahhhhhhhhhhhhhhhhh saya tak tahan.Korang tgk sendirilah.Bagi saya yg jiwa kecik sejak beberapa bulan ni mmg xdapat nak tahan sebak.Ini kali pertama saya beraya tanpa ayah=( Hanya Tuhan yg tau bertapa rindu saya dgn arwah.

Raihan

Hujan

Nak  download ?


Sunday, September 5, 2010

IKLAN HARI RAYA TV3 DITARIK BALIK

Sape tah yg buat iklan ni.Yg terima pn satu seolah2 tak tau menilai.Menurut berita tadi iklan ni dah ditarik balik.Semoga selepas ini berhati2 dlm memilih iklan.Saya taknak komen panjang pandai2lh korang nak pikir.

video

Saturday, September 4, 2010

PARAMORE LIVE IN KL

googled
Band terhangat di pasaran Paramore akn mengadakan konsert pertama kalinya di Malaysia pada 19 oktober ini.Konsert yg julung kali ini dibawakan oleh Tune Talk dgn kerjasama Tune Tones dan AirasiaRedTix yg akan diadakn di Stadium Nasional Bukit Jalil.Bagi peminat band dari America Syarikat ini bolehlah dptkan tiket di AirAsiaRedTix dan TicketPro dgn harga RM98,RM168,RM268 dan RM358.


10% disc untuk pembelian awal 1 sept-15 sept 2010.
20% disc untuk pemegang kad Air Asia Citibank

MAKEUP HARI RAYA

Balik jer dari shopping ''sebentar'' saya terus try tak toleh kiri kanan pn terus jer calit color and blend2 nth jadi ntah tak.Saya tgh try color yg sesuai untuk raya nanti.Ape yg korang pikir??main coloring book ke..hehehe..sebenarnya minah amatur ni nk blaja makeup sendiri.Bukannye ape pn nak kasi colourful ckit hari raya nanti.Saya buat pilihan warna untuk siang dan malam.Saya cuma cuba2 saje klu hodoh tu terima jelah sbb saya masih terlalu mentah dlm pilihn warna n blending.Jom tgk ape hasilnya.

color untuk siang

untuk malam.actually ade letak color biru kt tgh2 eye ball tu tapi tak nmpak pulak.

Ini hanya sekadar utk suka-suka..ngeeeeeeeeeeeeeeeeeee..

GIFT SEMPENA LUCKY DRAW CIK PORA


Pas balik keje saya nmpak my fren balik membawa sesuatu didlm sampul.Ingtkn dia yg punye rupanya utk saya=)Ini adalh gify yg saya dpt dari cik pora kita yg cantek tu sempena lucky draw di blog dia.Thanks dear bagi gift kt ai even xmenang pn..hehehe..Wishing u Selamat Berpuasa and Selamat Menyambut Hari Raya.=)

Friday, September 3, 2010

[BACA]LAILATUL QADR MALAM ISTIMEWA BAGI UMAT ISLAM

googled
Sudah berlalu malam ke 21 dan 23..Malam ini adalah malam yg ke-25.Sekiranya sudah berlalu malam istimewa itu maka rugilah kita dan sekiranya belum berlaku nescaya ada lagi 3 malam yg menanti.Baru selesai tgk Al-Kulliyah kt TV3 tadi n tajuk diskusi mereka ialah Lailatul Qadar.Saya boleh dikatakan xtggal tgk diskusi tu kerana bagi saya banyak ilmu yg saya dapat.Dalam Quran ada menyebut akan berlaku satu malam istimewa pada 10 malam ganjil terakhir bulan ramadhan.Pada malam2 terakhir ini kita digalakkan beribadah sepanjang malam utk mencari keberkatan malam lailatul qadar.Malam Lailatul Qadar adalah malam yg lebih baik dari 1000 bulan(termaktub dlm Quran)


Antara amalan ibadah yg dilakukan.
1-solat fardhu magrib isyak dan subuh secara berjemaah di masjid
2-solat tarawih & witir
3-berzikir
4-membaca Al-Quran
5-solat sunat


Apa yg diperkatakan dlm Al-Kulliyah(Datuk Harun Din)
Malam tersebut akan turut semua malaikat ke dunia.Seolah2 kedengaran suara org berzikir,bertasbih.Tandanya akan kita ketahui keesokkan harinya apabila kelihatan cahaya matahari yg lemah sedangkn hari itu cerah,tiada awan mahupn hujan.Apabila kamu dapat memikmati malam istimewa itu kamu mestilah bersyukur dan tidak perlu dihebah2kn kepada org lain.

KL oh KL DAN WANITA PERTAMA

Salam jumaat.Saya ingt taknak buat post harini yelahkan agak bz sedikit.Tetapi semalam dh xbuat pape so harini xkan nak kosong jugak.Kesian blog ai=P Nak dijadikan citer semalam kene meredah jalan TAR lagi nk beli2 brg pesanan org2 di kampung.Nak pegi hujung minggu boleh tapi comfirm sesak!Semalam budjet2 xdelh ramai sgt org TETAPIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII berpadat jugak!Aiyaaaa sesak2 ni mcm payah tul nk pilih beli ape.Tak pikir panjang lagi terus jer keluar dr tempat umpama sardin dlm tin tu ke First Lady.Kat ctu rasa bernafas sedikit.Beli tu beli ni siap sume.FYI saya ni jenis shopping tak lama sejam tu dh kira lama sgt bagi saya.=P


Lepas settle carik baju terus balik kn saya kata saya shopping jap jer.Siap sedia untuk berdepan dgn jam pulak.KL oh KL...

Wednesday, September 1, 2010

RESEPI PAJERI TERUNG UNTUK JUADAH BERBUKA

Pening nak pikir juadah berbuka petang ni?Apa kata korang try resepi ini mudah disediakan.Saya dpt resepi ni dari blog maklang zainab.



Bahan-bahan
3 biji terung panjang, potong dan belah 2, jangan putus
¼ biji kelapa, dibuat kerisik
¼ biji kelapa parut buat santan 1 cawan
3 sudu besar rempah kari daging
Asam jawa sebesar ibu jari, ambil airnya
1 sudu besar udang kering
Sedikit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga (bahan tumis)
2 sudu besar gula
4 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] dikisar
2 cm halia ]
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara Membuatnya
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis beserta bahan kisar. Masukkan rempah kari daging. Kacau hingga wangi.
2. Masukkan udang kering, santan, asam jawa, santan dan terung. Masak hingga terung empuk.
3. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tutup api dan siap untuk dihidangkan

selamat mencuba=)

VIDEO MALAIKAT TURUN ATAS KAABAH SATU PENIPUAN

video

''Ia dilakukan oleh insan yg lemah jiwanya''-petikan metro


Saya pernah terbaca tentang video ini di dlm salah sebuah blog.memandangkn time tu broadband saya cam cikai jer terus xleh nk tgk.Jadi disebabkn sifat ingin tahu malam tu nekadlah download jer.Bila korang tgk payah cikit nk percaya kerana terlalu jelas pergerakannya.Mentang2 malaikat tu dr cahaya aslnya terus ada yg buat video begitu.Sudah disahkan yg video itu hanya penipuan jadi kita kne berhati2 selepas ini sebelum nk percaya satu2 perkara tu.

TARIKH LIHAT ANAK BULAN SYAWAL


Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan bahawa tarikh melihat anak bulan Syawal bg menentukan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini ialah pada 8 September.Ia boleh dilakukan di 30 tempat diseluruh negara.

 Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); Bukit Melawati, Kuala Selangor (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah). 

Selain itu, Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan). 

Turut terbabit Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindung, Kuantan (Pahang). 

Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).



sumber:bernama

TOP 100 MALAYSIAN BLOGS

Hari ini banyak keje nak buat nk kene survey2 barang so seharian saya asyik google jer.Tulah mudah keje kita skrg semua klik jer dah dapat.Tgh dok sibuk survey2 saya tersangkut pulak kt cni Top malaysian Blogger List okeh!!Tak banyak yg saya kenal dalam senarai tu.Cuma yg famous kt nuffnang tu jer yg saya kenal.Hati saya tergerak nak tgk first ranking tu yelah kn tgk ranking kt alexa tu makk aiiii!!!!Memang terbaeklah blog tu.



Senarai tu untuk 100 blog yg dinilai berdasarkan alexa dan technorati rank oleh tuan empunya blog.jadi kalau korang rasa blog korang layak untuk senarai top blogger jgn segan2 contact pemilik blog tersebut ye.Nak tgk senarai selebihnya boleh tgk cni

tweet..

Followers