Friday, November 4, 2011

Khidmat Bomoh untuk '''Vikingdom''

Banyak rakan-rakan yang bercerita mengenai ''Vikingdom'' sejak Dominic Purcell datang ke Malaysia.Mungkin gara-gara Prison Break siri tv yang popular itu.

Dengarnya perngarahnya Yusry KRU mengakui ada menggunakan khidmat bomoh untuk menahan hujan ketika pengambaran filem tersebut.Maklumlah hujung-hujung tahun kan musim hujan.


"Saya tidak percaya tentang perkara-perkara begini tetapi ia hanya hanya satu usaha sahaja untuk kami melakukan penggambaran dengan lancar.
"Alhamdulillah sama ada betul atau kebetulan penggambaran untuk beberapa babak yang dilakukan di luar kawasan berjalan lancar biarpun hujan lebat turun selepas setiap kali selesai penggambaran,"-Yusry KRU

Bila cerita mengenai menahan hujan dulu sewaktu saya kecil saya pernah menyaksikan seseorang mengalihkan awan gelap ke kawasan lain untuk elakkan hujan.Seakan-akan ada kuasa 'magic' yang mengerakkan awan tersebut.Sebagai budak-budak mestilah saya kagum sangat2.Sekarang orang tersebut pun dah tiada jadi hilang kesempatan saya untuk bertanya.Rahsia tinggal rahsia.


Pic kredit to google

tweet..

Followers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers