Sunday, October 31, 2010

TARIKH LIHAT ANAK BULAN AIDILADHA

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu telah memperkenankan tarikh melihat anak bulan Zulhijjah ialah pada 6 November ini,bersamaan 29 Zulkaedah.Majlis Raja-Raja turut mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Korban berdasarkan rukyah dan hisab.

Lokasi untuk melihat anak bulan Zulhijjah seluruh negara.
1. Pontian Kecil, Johor.
2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.
3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor.
5. Pulau Angsa, daerah Kuala Selangor, Selangor.
6. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor.
7. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, selangor Darul Ehsan
8. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, daerah Manjong, Perak.
9. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.
10. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah.
11. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah.
12. Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah.
13. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu.
14. Bukit Kemuning, Kemaman, Terengganu.
15. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.
16. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.
17. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan.
18. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, daerah Olak Jeram, Kuala Krai,
Kelantan.
19. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan.
20. Tanjong Lubang, Miri, Sarawak.
21. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak.
22. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.
23. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.
24. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang.
25. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang.
26. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang.
27. Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.
28. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
29. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya.
30. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

sumber bernama.

Saturday, October 30, 2010

PRESENT FOR SISTA

Hujung minggu adalah masa yg sesuai utk browse through web2 yg menarik kan.So saya ingat nak carik something for my sista memandangkan die dh score very good result dlm exam die.Sayang kan kt Malaysia ni jarang nak jumpe mende2 yg menarik.Maksud saya yg sale online.Klu xjmpe agak2 saya beli time balik jer nnt.I decided to buy pendant for her.Haritu die dh beli plain necklace.Nak kasi lagi menarik pakai dgn pendant mcm kt bwh ni.

Both of us love butterfly=)

my sis suka pattern2 mcmni.Myb saiz yg kecik ckit better kut.

Saya pernah jumpe pendant ni dlm youtube.Cantik!

flower for feminine look

if ade kt cni saya nak dptkn satu utk my lil sis

See i love butterfly.

kene cari cepat bfr fly back=0
xoxo

''TINGGAL SATU RUMAH.TAPI TAK BUAT APA-APA''

googled

PETALING JAYA: Pelakon Aida Khalida mengaku bahawa bekas suami, Joe Radzwil tinggal serumah dengannya selepas disahkan bercerai talak satu pada 25 Ogos lalu.
Bagaimanapun, Joe telah keluar daripada rumah tersebut kira-kira dua minggu lalu.
Menurut Aida, dia terpaksa membiarkan Joe tinggal bersama untuk memberi peluang kepeada bekas suaminya itu mencari rumah baru.
"Dah 10 tahun kami bersama, takkan saya tidak berhati perut menghalaunya keluar. Saya memberi tempoh kepada Joe untuk mencari tempat tinggal baru.
"Saya tahu ada beberapa media yang gosipkan tentang kami. Walaupun kami tinggal serumah, saya masih lagi menutup aurat, malah kami tidur belainan bilik.
"Bukankah saya sudah "berhijrah"? Perkara-perkara sebegini sudah semestinya saya titik beratkan.
"Rasanya saya tidak perlu memberitahu semua orang apa yang kami buat di rumah. Orang luar memang suka mengandaikan macam-macam hal, tetapi ia sebagai pengajaran buat kami," jelasnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.
Tambah Aida yang masih dalam tempoh edah, walaupun tinggal bersama, tidak pernah berlaku rujuk atau merancang untuk rujuk semula kerana keputusan (cerai) telah pun dibuat.
"Ini semua salah faham. Lagipun, bila saya balik rumah, dia tak ada dan bila dia balik rumah, saya pula yang tiada. masing-masing buat hal sendiri.
"Walaupun dia mahu kembali bersama saya dan mengajak untuk berkahwin semula, rasanya penceraian adalah yang terbaik buat kami.

MODEM MAXIS UTK CELCOM

Selesai sudah exam jadi a bit legalah.Tapi org kata jgn gembira sgt ckit2 dahlah.Usai jer exam terus mkn2 jap and niat dihati nak updated blog tetapi ade pulak yg xkenenya my lappy xda wiffi(haritu saya format balik) then kebetulan ade bawak broadband trylah pasang kt ctu.Tepat2 time tu jugaklah broadband rosak.Hah tulah kita xleh nak happy sgt.


Balik je rumah risau ko saya pakai bb celcom ni xsmpai setahun pun.Klu nak terminate skrg  kne pay Rm100++ gtulah.Nak repair dlm google kata mahal.Saya google lagi kut2 ade cara lain.Hampir putus asa saya tb2 pulak saya jumpa satu forum ajar cara unlock modem.Kebetulan dgn saya ni ade modem maxis.Blaja ckit2 cara2 mne yg penting.Then alhamdulillah penat2 carik rupa masukkan jer sim card celcom kat ctu.Hahaha saya mmg xpandai bende ni suma n now dh blaja satu bnde baru lak.Skrg online ngan moden baru lak=)

Wednesday, October 27, 2010

TROUBLE MAKER BERSUARA

Dalam kepala ni asyik nak citer pasal exam sajeee.Saya stress loh.Pasal banyak note lagi yg tak habis baca.Banyak pulak yg nak kene ingat.

Okeh saya xda idea dah.
**membaca**menghafal**tsskk

ADELINE TERIMA FAHRIN JODOHNYA.

googled
Pelakon Hotel Mania, Adeline Tsen,24, mengakui sedang berkawan rapat dengan pelakon kacak Fahrin Ahmad, malah memberitahu dia tidak takut untuk mendekati jejaka yang pernah dihimpit pelbagai kontroversi cinta itu.

"Kami memang sedang berkawan dan setakat ini tiada apa pun membuatkan saya berasa takut untuk terus mendekatinya. Bagi saya Fahrin seorang yang matang dan penuh dengan nasihat. Dia banyak memberi pandangan tentang lakonan dan dunia artis," ujar wanita berketurunan Cina-Kadazan ini.
Sambil menyifatkan Fahrin seorang lelaki yang mengambil berat, Adeline tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan jejaka tersebut.

MODE:EXAM


***Not cool okeh during exam season**

Wednesday, October 20, 2010

Saya Nak Beg Itu ~ Giveaway!


Lama dah tak join giveaway so kali ni saya nak join giveaway dari blog Superhero Mama.Disebabkan syarat pun mudah jom sama2 kita join giveaway ni.Mama nak cari 3 org yg bertuah.Moga2 kita antara yg bertuah=)Sapa2 yg nak join leh ke SINI atau klik je banner kat atas tu.

DOWNY PASSION MEWANGI PHEEWWIITTTTT!!


Ni pasal terpengaruh dgn iklan ''saya tak pakai minyak wangi'' ngeeee..Klu pasal pewangi pakaian mmg saya suka.So pg hero rembatlah satu saje nak test2 baunyer mcmane kan.Bfr ni saya tak minat pakai downy yg lama tu sbb bau die lain mcm jer dan tak kene dgn hidung saya ni.Tetapi Downy Passion ni lain tau baunye mewangiiiii(maknanya betul2 wangilah tu) jer.Pasni msti saya jadi rajin cuci baju.Bila dh suka tu sampaikan cuci lantai pun saya taruk downy passion.Over!=P

Tuesday, October 19, 2010

PERHATIAN:NORA DANISH NAK CAKAP!

:: snap from twitter ::

ADA PC UNTUK KORANG!!SAPE CEPAT DIA DAPAT!!

Kepada sesape yg tgah dok cari PC tu kat cini ada PC secondhand utk korang.My fren nak let go kepada sesape yg berminat saje yer(serius buyer only).Cuma ada satu jer lagi tinggal.So sape cepat dia dapat=)Harga jangan risau sume leh runding.


[googled]

Intel Pentium 4
Model:Dell GX270
Processor:2.6 GHZ
RAM:512 MB
Hardisk:80 GB
Monitor:17 inch
Colour:Black
warranty:1 week
Good condition
included keyboard & mouse

price:RM400(nego)
**harga tak termasuk delivery**


sesape yg berkenan  leh contact Mr Aqmal(0192042974),or rasa segan2 nak contact die leh email kt
delour87@gmail.com

INSURANS KAKI YURA GIRLS DAY JUTA-JUTA.

Ahli terbaru kumpulan Girls Day ,Yura baru sahaja menyambut hari jadinya yg ke-18.Difahamkan Yura menjadi topik perbualan hangat lelaki-lelaki Korea kerana keseksian tubuhnya.

 seksi tak kaki i? 
Terbaru Yura memaklumkan kakinya telah diinsuranskan sebanyak 500 juta won(RM14 juta) menyebabkan dia menolak untuk berlakon dalam drama popular korea,Boquet.Oleh sebab itu Yura tidak boleh membiarkan kakinya luka dgn sengaja.

**artis malaysia ade tak yg ambik insurans gini eh?Rasa2 insurans TokTi  juta jugak kut=P

SERAM MALAM KEMATIAN DIA

Dah 8 bulan bende ni berlalu,masa kejadian,hari kedua selepas tuan rumah meninggal.Sebelum ni saya tak pernah rasa setakut itu.Malam kejadian kami sekeluarga(dalam 6 org) tido diruang tamu.Dalam pukul 10 mlm saya dan adik perempuan still lagi borak2 gelak2.Yang lain sume dah tido.

Paling best tempat tido saya kat hujung skali bersebelahan bilik tido arwah.Saya bajet mmg xde pape.Saya tak sedar yg adik saya dh tido dlm pukul 12 mcm tu.So saya je yg masih tak lelap mata.Saya tutup mata dgn bantal  ingt boleh tidolah kan.Tgah2 nak lena tiba2 bunyi bum!! kat ats bumbung rumah mcm bunyik benda berat jatuh.Saya tak ambik peduli lagi.

Selang seminit mcm tu saya dga bunyi katil dlm bilik arwah,seolah2 ada yg tido kat ctu,pastu diselang bunyi almari baju dibukak.Masa tu jantung saya mcm nak tertanggal je bukan main laju berdegup.Dalam otak saya takut klu ape2 je tb2 keluar dari bilik tu.Tu je saya takut.Tangan saya menggigil saya kejut adik tetapi dia xbangun pun.Selepas seminit bunyi tu stop.

Saya terus lari ke sebelah my mum.Ya Allah sorang pun tak sedar cuma saya je mcm tak tentu arah kat ctu.Sepanjang tu saya baca ayat2 ape je yg saya ingt tetapi xde satu pun yg saya habis baca.Tak taulah kenapa.Saya rasa setakat tu jelah dugaan malam tu namun silap besarlah!Saya dga bunyi tapak kaki org berjalan kat bawah,bunyi air dicurah.Kat bawah tu tempat org buang air lepas mandikan mayat.Lama  jugak saya dga bunyi2 tu bila my mum sedar bunyi tu hilang.Nak tau ape my mum kata?


''Dia dtg nak jenguk kakak tu.Sbb tu dia bagi bunyi2 supaya kakak tau dia dtg''

Saya langsung tak tido malam tu sampai subuh.Mesti ada yg kata tak thrill lah tak seram pun.Sbb citer saya citer sebenar bukan cerita mcm drama tu.

SAYA NAK AMBIK BALIK KEDIAMAN MICHEAL JACKSON.

googled
Dua daripada anak Raja Pop Dunia,mendiang Micheal Jackson,ingin mendapatkan kembali kediaman bapa mereka di Neverland.Prince Micheal,13 dan Paris,12 sanggup membeli kediaman itu yg bernilai RM350 juta($50 juta pound).

Mereka tidak mahu kediaman tersebut menjadi milik orang luar malahan mereka telah merancang untuk membina taman komuniti dan pusat haiwan disitu.Ketiga-tiga anak Micheal bakal bergelar jutawan setelah mewarisi harta Micheal apabila usia mereka mencecah 21 tahun.

**Besar je dah jadi jutawan.Wah best tu xyah pening2 nak pikir pasal keje**

Monday, October 18, 2010

[GAMBAR]PERSEMBAHAN MAHER ZAIN ''SAVE THE SOUL''

Lagu-lagu dia kebanyakkan saya minat.Music yg dia nyanyi tu mcm modern music bersifat ketuhanan.Saya akui bukan peminat tegar lagu2 nasyid tetapi dgar jugaklah yg music best2 tu.14-15 Oktober lalu Maher Zain membuat persembahan(Save the Soul) di Auditorium Majlis BandarRaya Shah Alam,Selangor.Enjoys the pics!





JELING-JELING MANJA KAT AIRASIA.

**Macam xde masa nak update blog**

**nak jeling-jeling Airasia jap**

googled

peace;)

MALEK NOOR BERCERITA TENTANG KENANGAN MEMAKAI CAWAT

googled

Jaguh bina badan negara,Datuk Malek Noor,53 benar-benar berubah setelah meninggalkan bidang sukan yg telah menaikkan namannya suatu ketika dahulu.

Lelaki ini merasakan dirinya amat bertuah kerana diberi petunjuk untuk menjadi manusia yg lebih berguna setelah meninggalkan dunia sukan bina badan.

“Sekarang saya dah dapat merasai betapa bersihnya jiwa selepas meninggalkan dunia hidup saya yang penuh kemilau suatu ketika dahulu.
“Saya masih teringat peristiwa ketika saya mahu berubah, saya mengadakan pertunjukan bina badan di Hong Kong dengan memakai cawat. Ketika itu saya benar-benar rasa bersalah terhadap diri sendiri.
“Apabila menang dalam pertandingan itu dan orang mahu ambil gambar, saya cepat-cepat lari masuk ke bilik,” katanya mengimbas kenangan silam.
Malek ditemui semasa rakaman rancangan Selami Jiwa yang dihoskan Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah baru-baru ini. Selain Malek Noor, Amy (Search) turut diundang menjadi ahli panel rancangan tersebut.

Saturday, October 16, 2010

AWAK ADA KAT MANA MALAM NI?

Malam minggu saya dirumah??Huh not my routine lh=(.Rasa2 nak pegi mane ni eh.

googled

***pic kat atas pn ok jugak.see ya!=)

ALAHAI MEMEY DAN NORMAN

Walaupn tak berapa nak berkenan dgn pasangan ni tapi tulis gak sbb  yg org tak sukalah tulh banyak org nak tauSape lagi klu bukan pasangan kekasih Memey dan Norman.Berikut adalah sedikit petikan akbar mengenai perbicaraan kes khalwat pasangan tersebut.

 GOOGLED
 KUALA LUMPUR: Pengadu dalam kes khalwat Norman Hakim dan Memey Suhaiza tidak pernah berniat mahu menghukum pasangan pelakon itu dengan menggunakan pihak media.
Mohd Yusri Abd Razak, 55, berkata, dia hanya mahu menyindir pasangan itu yang didakwa masih tinggal bersama walaupun baru dicekup oleh penguatkuasa agama.
"Sebenarnya saya menggunakan media kerana tugas wartawan adalah mulia, oleh demikian saya gunakan untuk menyindir," katanya.

Friday, October 15, 2010

MARI LIHAT AKSI EVA LONGORIA BERSAMA PATUNG LILIN.

Saya rasa Eva Longoria itu hott!!!=P Jom tgk gambar Eva bersama patung lilin yg menyerupai dirinya.

mmg mahirlah pembuat patung lilin ni.Lihat nampak serupa dgn Eva.


sama tak?



PENGACARA ''BANG BANG BOOM'' DITANGKAP KHALWAT

googled:Azhari(kanan)

Petaling Jaya:Ahmad Azhari Mohammad Ali,27 pengacara program ''Bang Bang Boom'' bersedia menerima hukuman berhubung kes khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri orang disebuah apartment di Ampang,dua minggu lalu.

“Saya mengaku saya berada di tempat kejadian dan ini merupakan satu kesilapan saya.Kes tersebut dijangka akan dibicarakan pada tahun hadapan. Saya juga telah memberikan keterangan di mahkamah dan bersedia menerima apa sahaja hukuman dan denda yang dikenakan selepas ini,”
Ekoran daripada itu, Azahari turut memohon kepada penonton supaya sentiasa memberikan sokongan kepada program Bang Bang Boom! dan mengetepikan masalah yang di hadapinya itu.

Thursday, October 14, 2010

''DIA BUKAN ANAK SULTAN BRUNEI''LANA NORDIN


"Ya, dia memang anak "seseorang" tetapi bukan anak Sultan Brunai seperti didakwa di internet. Mungkin mereka lihat wajah dia ada mirip kerabat Brunei sehingga timbul gosip berkenaan,"

Begitulah antara pengakuan Lana Nordin berhubung gosip yg tgh hangat melanda  dirinya yg dikatakan menjalinkan hubungan dgn anak pemerintah Brunei.

"Saya sering menjadi bahan gosip seperti ini, namun yang penting ialah keluarga saya memahami dan tidak mudah menyalahkan saya," katanya.
Dalam pada itu, pelakon drama Kau dan Aku ini baru sahaja dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana demam dan jangkitan pada air kencing.

PINK,PURPLE,BABY BLUE,GREEN,RED,WHITE,BLACK.


Ini adalah contoh color2 yg saya ada.Saya dh start rasa bosan dgn pale color mcmni rasa tak cheerful jer.So decides nak change everything into rainbow color.Baru meriah ckets=P**nak hujung2 tahun ni musim clear baju2 lama**

Wednesday, October 13, 2010

BUFFERED LAGI

Baru semalam saya post tentang buffered hari i got another buffered harini.Alhamdulillah syukur ada rezeki lagi=)


Kene usaha 2x ganda ni.=P

Tuesday, October 12, 2010

JOM JIMAT WANG

Zaman sekarang sume nak kne gune duit even masuk tandas pun kan.Okeh kali ini saya buat jimat wang utk 3 item saje ye.Total sume tu saya ikut perkiraan saya sendiri.Lain org lain jumlah jimatnya.Ikut gaya hidup masing 2lhye.

Bawa bekalan dari rumah
Bagi korang bekerja tu try bawak bekalan dari rumah sekurang2nya 3x seminggu.Klu bawak tiap2 hari lagi bagus.Cth:Sandwich/nasi goreng/cekodok.Kita ambik jumlah RM5 sehari utk makan.Klu bwk bekal 3x dh jimat RM15 seminggu.


Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran
Kurangkan makanan seperti ayam/daging/ikan.Selalunya kita beli barang basah seminggu sekali.Paling cikai pun habiskan RM40 sekali beli tu.Apa kata sesekali tukarkn kepada beli sayuran dan buahan.5-6 jenis sayuran kita habiskan dlm RM20.Jimat RM20 lagi.

Order air putih
Minum banyak air putih kan bagus utk kesihatan.Bila makan kat luar tu sesekali order air putih.Kebanyakkan tempat mkan serve plain water for FREE.Dah jimat kt situ disamping kita boleh kurangkan pengambilan gula.Kita boleh jimat sehingga RM3 sehari untuk air putih saje.Klu seminggu dh RM21=)
Jom kita kira jumlah per month:RM60+RM80+RM84=RM224!
PEACE=P

KEJUTAN DARI NUFFNANG!

Hi girls!Hari ni terasa macam mengantuk jer,semalam tak cukup rehat agaknya.Apa yg menarik hari bangun pagi masak nasi goreng packing2 buat bekal.Hahaha jarang nk dpt semangat kus2 mcmtu.=P Lepas tu belum pn sempat nk kuar rumah saya dh kene kuarkan my money to pay on something.Sebenarnya saya dh plan nk beli something ttp hal tu potong stim betul la.Kene menunggu baliklh jawabnya ni.


Tuhan kan Maha adil klu kita xdpt sesuatu yg kita nak semestinya Dia planning something yg lebih baik dari itu.Dgn mood yg agak tak puas hati tu sy log in acc nuff n tb2 saya tersenyum i got new buffered!Syukur2 ada rezeki yg dtg tggal nk usaha jer lagi=)


terima kasih semuanya!

AARON AZIZ DIJANGKITI VIRUS KENCING TIKUS!


googled
PETALING JAYA: Pelakon Aaron Aziz dimasukkan ke Pusat Perubatan Tropicana, Damansara dekat sini selama tiga hari bermula Khamis lalu selepas dipercayai terkena virus kencing tikus (Leptospirosis).
Menurut Aaron, dia telah mengalami demam panas yang teruk selepas pulang daripada penggambaran filem, Endless Day, di hutan Changi, Singapura baru-baru ini.
"Jadi bila pulang ke Kuala Lumpur, saya mengalami demam panas sehingga suhu badan saya mencecah 40 darjah Celsius. Isteri saya terus mengajak saya ke hospital dan terkejut bila mendapat tau saya dikatakan dijangkiti penyakit kencing tikus," 
"Alhamdulillah, akhirnya selepas mendapatkan rawatan, saya dibenarkan keluar wad pada Sabtu lalu selepas diberi beberapa suntikan antibiotik. Doktor kata, jika saya melengah-lengahkan untuk mendapatkan rawatan, berkemungkinan besar penyakit saya boleh jadi lebih teruk.
"Apa-apa pun, mujurlah pihak produksi tersebut memberi insurans kepada setiap pelakonnya jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini," ujarnya yang gembira kerana sempat menyambut ulang tahun hari lahir anak sulungnya, Danish yang ke enam pada Ahad lalu.
Sementara itu, Aaron juga berterima kasih kepada pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam yang melawatnya di hospital baru-baru ini.
psst-->plss jaga kesihatan anda.

Monday, October 11, 2010

GAMBAR DATUK SITI NURHALIZA DI MAJLIS PERKAHWINAN ANGKASAWAN NEGARA

Saya kan peminat Datuk Siti jadi kali ini xda pic Dr sheikh ye saya nak tepek pic Datuk Siti jer dulu yer.Kat mana2 event,yg menjadi tumpuan ofcourselah Tok Ti kan.Yang ni pic Datuk Siti Nurhaliza semasa Majlis Persandingan Angkasawan Negara,Dr Sheikh Muszaphar.

Tok Ti bersama Tok K

agak2 wedding sape lagi grand meletup2?Tok Ti/Tok SMS?=P

GAMBAR PERSANDINGAN AQASHA DAN BAIZURA

Selepas bertunang pada 23 Mei lalu, akhirnya penyanyi Aqasha,28 dan Noor Baizura Mohd Sabri,27 memilih tarikh 10.10.10 untuk disatukan.Majlis persandingan telah dilakukan di Lake Field dgn bertemakan garden wedding.Baizura menerima wang hantaran sebanyak RM20,000 dari pihak lelaki.Selamat pengantin baru diucapkan kepada kedua mempelai dan didoakan semoga berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat.Amin.Jom tgk pic semasa majlis persandingan tersebut.

pengantin baru

semasa upacara makan beradab

wahhh manjanyaa

bersama kedua ibu bapa Aqasha.


pic source

SAY HI TO M.O.N.D.A.Y

Happy monday girls and boys too!!=)Nak citer pasal Sunday punye aktiviti ke ni?.Nononono.Kita tolak tepi dulu yer.So pagi2 hari isnin korang buat ape?Monday blues??Hahahaha sbb tu saya tak suka monday.Tugasan hari ini.

breakfast
cek email(its a MUST!)
baca news
buat keje
intai2 blog
buat keje lagi
finish!

bosan kan?=P


Saturday, October 9, 2010

SILAP BESARLAAAHHHH!!!

googled
Ape je yg silap besar tuh..besar sgt ke??Heh.Silap besarlah klu bfr kuar shopping xmkn langsung.Hahhh.Abik ko!Semalam g Hero nak beli barang dapur yg dh habes tu.Pegi pulak time tgaahari.Masak pn tak apetah lagi nak mkn.Plan nak masak pas beli barang lah.Sempat je minum seteguk air suam.


Mula2 tu ok lagi.Bila dh masuk dlm Hero tu dh rasa cam sakit perut,jap2 pastu mcm nk tumbang pn ade.Tahan2.Cover2 sikit org ramai kt ctu.Tolak troley bukan main slow.Saya dh asyik terbayang nk mkn je mcm yg kt atas tu.Capai ape yg penting jer bayar terus kuar.

Sampai jer rumah mmg tak menyempat nk buat ape terus masak and air sebotol kt sebelah.Tulah org kata bfr g shopping silalah makan dulu.Selain jimat bajet tak makan kt luar,boleh mengelak dari korang rasa nk bergolek kt situ jugak.

EMAIL DARI KAK ENGKU.


googled
Cerita sedih lagi kali ini penceraian Raja azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku.Pengesahan dibuat oleh kak Engku sendiri melalui kiriman email rasmi,jumaat.
Berikut adalah petikan daripada email kenyataan rasmi Raja Azura.
"Assalamualaikum wbt dan salah sejahtera.
Maafkan saya kerana sukar untuk dihubungi beberapa hari kebelakangan ini. Mungkin ini telah menyebabkan ramai menganggap saya sengaja mengelakkan diri, terutama daripada rakan-rakan media, tetapi segala tindakan saya bersebab.
Sebagai manusia, saya tentulah ada kelemahan. Saya masih sedih dan belum bersedia untuk berhadapan dengan masyarakat, apatah lagi berbicara mengenai keadaan saya secara terbuka.
Berikanlah saya masa untuk mengumpul kekuatan diri dan meredakan emosi. Masalah yang saya alami adalah sangat peribadi dan saya amat berharap semua pihak dapat hormati ruang peribadi saya.
Sebagai anak seni yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini, saya maklum akan tuntutan kerja wartawan.
Walaupun dihujani dengan panggilan telefon dan pesanan ringkas, bahkan ada yang tekad sehingga menunggu saya di pejabat, saya tidak marah mahupun kecil hati.
Saya ingin mengesahkan bahawa, kes mahkamah saya telah selesai secara damai dengan persetujuan bersama.
Perceraian antara saya dan Adzmin Tan Sri Osman adalah jalan terakhir setelah peluang berunding yang diambil. Saya akui menemui jalan buntu.
Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna rumah tangga yang kami bina selama sembilan tahun ini tidak boleh diselamatkan lagi, cuma tiada jalan penyelesaian lain yang ditemui buat masa ini.
Saya yakin masih ada peluang untuk memilih dan menyelamatkan rumah tangga ini, kerana ini adalah perceraian kali pertama dan berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak.
Saya masih dalam tempoh edah dan kami boleh rujuk semula. Perceraian bukanlah penamatnya.
Kami masih tidak putus asa mencari pendamaian walaupun tidak lagi bergelar suami isteri.
Saya terima hakikat bahawa perkara yang berlaku ini menjadikan saya semakin dewasa dalam alam rumaht angga.
Perpisahan tidak menjadi penghalang bagi kami untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak.
Perceraian bukan kesalahan dari segi agama ataupun undang-undang, malah dihalalkan dalam Islam serta dibenarkan undang-undang mengikut prosedur yang betul.
Perceraian ini berlaku secara aman dan tidak perlu dibesar-besarkan demi kebaikan bersama antara saya dan Adzmin.
Kami memilih keputusan ini atas dasar memulihkan kerukunan rumah tangga setelah kaedah membaiki diri dari dalam tidak berhasil. Sampai masanya kami mencuba kaedah membaiki dari luar pula.
Seperti yang tertulis dalam Al-Quran, "Tasrihun bi ihsan" yang bermaksud bercerai demi kebaikan.
Saya yakin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Ia mendewasakan saya dalam menempuhi perjalanan hidup menempuhi alam rumah tangga.
Peluang untuk rujuk dan kembali menjadi suami isteri masih terbuka kerana perceraian bukanlah penamat. Selagi saya masih bernyawa, perjuangan saya belum selesai.
Kami tetap bersahabat baik dari dulu sampai bila-bila, tempoh edah ini memberi peluang kepada kami untuk berfikir secara rasional.
Adzmin masih mengambil berat diri saya dan mengambil tahu akan keperluan saya, seperti nafkah dan lain-lain. Kami tahu silap masing-masing dan kasih sayang kami tidak pernah luntur.
Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang memahami dan banyak bersabar dengan situasi ini.
Harapan saya agar semua pihak sama-sama mendoakan kebahagiaan saya dan Adzmin meskipun kami kini berada dalam bahtera yang berbeza.
Mungkin satu hari nanti, siapa tahu, kami akan kembali berkongsi satu bahtera yang sama. Doakanlah kami.
Yang benar, Raja Azura.

Friday, October 8, 2010

ISTIMEWA ENTRY HARI INI.

Meroyan sekejap tadi bila terjah blog Mat Gebu nmpak pulak pic terung goreng tempoyak.Perghhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!nk meleleh air liur ni=P.Pagi tadi kecoh carik camera hilang.Alah camera cabuk jer pn tapi dh berjasa selama 6 tahun!!.Dhlh pic banyak dlm camera tu.Saya ni klu bab cari barang mmg tak jumpe.Klu letak kt satu tempat jgn cuba2 nak alihkan.Mmg meriahlah telinga dga saya bebel.=P


Memandangkan hari ini hari jumaat jom kita kongsi2 sedikit ilmu yg ada.Bagi yg beragama islam ingat tak zaman sekolah2 dulu kita disuruh menghafaz ayatul Kursi.??Sapa dh hafal siap2 pegi jumpa ustazah baca kt depannya.Syukur smpai sekarang xlupa pn ayat tu.=)

Hari Raya hari tu saya dga cousin saya yg kecik tu dh pandai baca ayat kursi.Senyum2 jer bila saya puji dia.=)
''Pandai ira baca ayat kursi,leh ajar kakak tak?''

Die terus suruh saya ikut dia baca.Hahahaha.comelkan=)

Yng istimewanya apabila kita rajin membaca Ayatul Kursi,
-->Insyaalah kita akan terpelihara dari perkara2 mungkar dan mudarat.
-->Dimurahkan rezeki.
-->Ditinggikan darjatnya.
-->Dicerdaskan akal fikirannya.
-->Ditenangkan hatinya.

Istimewakan=)

Thursday, October 7, 2010

TERTANGKAP JUGAK AKHIRNYA!!

Bila kita ada niat jahat paling kurang pn Tuhan bagi kta hidu bau busuknya***

PEACE!=)

BEKAS PENGACARA TV3 BERCERAI TALAK SATU

Kepada peminat setia Wanita Hari Ini di TV3 pasti mengenali wanita ini,Nadia Shahrul Anuar.Nadia dilaporkan sah bercerai talak satu dengan suaminya Sulaiman@Mohd Helmi Mohd Ilyas di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.


Sulaiman setuju melafazkan cerai selepas kedua pihak berpuas hati dgn perjanjian yg ditandatangani pada 25 Ogos lalu.Antara yg dipersetujui ialah hak penjagaan anak tunggal diserahkan kepada Sulaiman.Nadia dibenarkan mengambil anaknya pada hujung minggu dan pada waktu2 kecemasan.Demi keselamatan anak tersebut dia harus diiringi dgn pengawal keselamatan yg disediakan.


Nadia bersetuju utk mengugurkan tuntuan edah,nafkah tertunggak,mutaah dan harta sepencarian manakala Sulaiman bersetuju utk menarik semula permohonan nusyuz yg difailkannya.



Pada 28 Disember 2008, Nadia memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik di mahkamah rendah syariah atas dakwaan tiada persefahaman, campur tangan pihak ketiga dan berlaku penganiayaan tubuh badan.
Bagaimanapun, Sulaiman menafikan dakwaan mengasari tubuh badan bekas isterinya menerusi kenyataan akhbar yang dibuatnya dan mendakwa dirinya kesal dengan tindakan Nadia yang meninggalkan keluarga selepas menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

tweet..

Followers