Friday, April 29, 2011

SENARAI HARGA IPAD2 DI MALAYSIA.

Dengan rasminya iPad2 dilancarkan harini kat Malaysia.Hampir terlupa aku sebab dok sibuk dengan Royal Wedding tu je.Klu ikutkan hati mmg nak satu tapi bajet tak cukup lagi lol.Bagi yg dh ade bajet tu meh kita jeling2 harga iPad2 kat Malaysia ni.

Senarai harga iPad2 di Malaysia

Wifi
iPad2 Wifi 16GB(RM1,499)
iPad2 Wifi 32GB(RM1,799)
iPad2 Wifi 64GB (RM2,099)

Wifi + 3Gs
Wifi + 3Gs 16GB (RM1,899)
Wifi + 3Gs 32GB (RM2,199)
Wifi + 3Gs 64GB (RM2,499)


So apelagi grab cepat sementara stock masih ada!

AIRASIA REINTRODUCE FUEL SURCHARGES!

Okeh kali ni citer lari jauh cikit dari Royal Wedding.Berita yang disampaikan ni agak kurang sedap didengar oleh telinga aku.


dh takleh pakai dah pasni

Mulai 3 May 2011 AirAsia akan mengenakan semula fuel surcharge untuk semua perjalanan domestik dan juga antarabangsa.Ini disebabkan situasi di Timur Tengah dan faktor-faktor luaran yg lain.Tetapi bagi booking yang dibuat sebelum 3 May tidak akan dikenakan sebarang charge.Untuk info lanjut klik FB AirAsia

Semua benda nak naik rega jer.Kene booking before 3 May ni sementara masa masih ada.Bad news=(

VICTORIA AND BECKHAM AT ROYAL WEDDING

Victoria and David Beckham at Royal Wedding.

Sebagai fesyen ikon semestinya Victoria akan menjadi pandangan jurugambar dari seluruh dunia.Lihatlah heel nya!!!

ROYAL WEDDING PRINCE WILLIAM & KATE MIDDLETON

Rasanya semua dah tau harini 29 April 2011 adalah Royal Wedding Day diantara Prince William & Kate Middleton yang bertempat di Buckingham Palace,London.




Kita di Malaysia  boleh menonton secara langsung Royal Wedding ini di NTV7 bermula jam 3pm sehingga 8.30 pm.Jangan ketinggalan kerana Royal Wedding ini dijangka mengulangi saat kemasyuran pernikahan Putera Charles & Puteri Diana pada 21 Jun 1981.


Jika sebelum ini Puteri Diana dikenali sebagai puteri yang berjiwa rakyat dan pastinya ramai mengharapkan Kate akan menggantikan tempat Diana.

all pics google.

MUJARAB UBAT SAKIT GIGI!KENA CUBA!

Sakit gigi aku dh semakin melarat-larat dah.Boleh pulak malam2 makin sakit rasanya.Farmasi dh tentu2 dh tutup kan.Kawan aku beli ubat sakit gigi dari kedai apek kt bawah rumah  aku ni je.Tapi tu pun tak ok jugak.


Baru teringat kawan aku ada kasi gambir asli Sarawak ni.Orang kata mmg bagus gune gambir klu nak ubatkan sakit gigi.Aku pun trylah.


Bagi sape2 yang tak pernah tengok gambir ginilah rupenye.Kecik jer kawan aku kasi ni.Die kata guna cikit jek.


Mula-mula potong cikit jer macam dalam gambar tu.Kecik ni pun kesan die mmg kaw-kaw lah!


Pastu basahkan dengan sedikit air pastu korang gosok-gosok dengan jari dan sapu kat tempat gusi yang sakit tadi.Amaran:Rasa die pahit sangat!

Kesannya korang boleh rasa selepas satu minit.Mulut akan mula rasa kebas dan boleh bertahan dalam setengah jam gtulah.Aku jamin  sakit gigi akan hilang^_^ Tetapi klu selepas tu gigi masih sakit lagi korang sapu lagi kat tempat yang sakit tu.Insyaallah baiklah tu.

Gambir ni sebenarnya adalah getah yg diambil dari batang gambir kemudian dikeringkan sebelum dipotong kecil-kecil.Aku pasti setiap lelaki tahu ape gunenya gambir ni kan.Dikatakan gambir lebih hebat dari Viagra.TETAPI penggunaan secara berlebihan adalah TIDAK DISARANKAN!Boleh buat korang mabuk tau!

Jadi kene hati-hati yer.Sakit gigi aku pun dah mulai kurang ni.=)

Thursday, April 28, 2011

OUR BONDING.

Teruja!!gembira!!Syukur Ya Allah.Alhamdulillah aku baru mendapat khabar gembira dari adik aku yg mana dia layak ke Matrikulasi KPM.Aku sebagai kakak sememangnya bangga dan gembira^_^.

Haritu aku cakap adik aku jenguk aku kan.Aa ni adelah pic ckit aku letak.Jgn korang soal nape aku sorang je besor adik2 aku kecik.Tulah sejak aku dok cni semakin naik badan aku na.Makanan korang kt cni sedap2 tau^_^.



Aku bawak depa pusing KL jer.Adik aku yg bongsu tu baru je jejak cni.Mmg enjoy giler die.Alhamdulillah tu maknanya die suka aku bawak jalan.Klu berjumpa mulut mmg tak berhenti berborak.Dh jadi kebiasaan kut mulut cam burung murai.Hahaha.


Stuck hujan.Dekat nak setengah jam gaklah.

''kakak tag adik kt fb yer''
pesan adik aku



Satu hari jalan penat giler.Kaki aku siap melecet lagi!Adik aku lagi best siap tertanggal tapak kasut!Tulah aku dh plan mcm2 lagi aktiviti tapi ape boleh buat adik aku cuma dok sehari jer dgn aku.Esoknya depa dh nak balik.=( Terubat ckit rindu aku.Dh settle hantar depa apelagi balik urut kakilah.Hehe

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN MATRIKULASI KPM SESI 2011/2012

Kepada pelajar lepasan SPM yang ada memohon ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM)  sesi 2011/2012 anda boleh menyemak keputusan permohonan anda mulai 28 April 2011.


Anda boleh menyemak keputusan dengan cara berikut


1-Laman web Kementerian Pelajaran Malaysia

2-Melalui SMS-Taip MOEMATNo.KP dan hantar ke 15888 (contoh) MOE MAT 931211136564


3- Telefon ke Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4083 mulai jam 8.30 am sehingga 4.30 pm pada hari bekerja.


Pendaftaran
Mereka yang berjaya boleh mula mendaftar diri di Kolej Matrikulasi masing-masing pada 23 Mei 2011.


Rayuan
Yang tidak berjaya pula boleh membuat rayuan mulai 28 April 2011 sehingga 13 Mei 2011.

Tuesday, April 26, 2011

FAMILY TIME!

Harini adik-adik aku datang jenguk aku yg dok jauh dr family ni. So harini takde entrylh aku nak bawak depa jalan2 dulu.Sape2 yg ade tinggalkan jejak kt shoutbox tu,malam karang aku blogwalking blog korang yer.Shopping Time!!!!!!

Monday, April 25, 2011

MENTOR 5 TAK MENCABAR!

Aku tak banyak program hujung minggu so mengemas rumah jerlah sbb minggu ni family aku nak datang.Sesambil tu aku sempat jugak jeling2 ckiit Mentor 5 kt tv tu.Aku dh tgk mentor dari musim yg pertama lagi dan mentor 5 kali nilah yg aku rasa protegenya langsung tak mencabar.

Dalam banyak2 protege hanya Salma yang paling menyerlah and kalau Salma tu tak menang mmg sengetlah!Ade jugaklah saingan cikit antara Shiha,Eyqa,Ratna dan Ayie.Selain tu aku taknak cakap sebab budak kecik terus tukar channel lain.Hahaha.Jahat giler!

Ramli MS punyer komen lain dari yg lain,kadang-kadang tu agak sukar nak terima tapi yg bagusnya dia berterus-terang and aku rasa apa yang dia komen tu berdasarkan pengalaman dia sebagai pemuzik.Paling tak tahan tengok muka mentor menahan kritik tu.

Ape-ape pun senang citer kita dah tahu pemenang.Agak kurang terujalh kn.

ARSENAL 1-2 BOLTON

Arsenal tumbang lagi 1-2 ditangan Bolton.Last-last minit boleh pulak Cohen Samuel buat gol.Bila masa pulaklah ko nak menang ni.Agak mengecewakanlah Arsenal sejak akhir2 ni.Arsene Wenger harus carik player baru daaa.Player yg ade mcm tak berkemampuan jer nak harapkan Van Persie payahlah gtu.


Aku blogkan ni mcmlah Wenger tu dengar.Hehehe.Klu game cantik berbaloilah aku bayar air kt kedai mamak depan ni.Hahahaha.

Sunday, April 24, 2011

COVER CKIT!

Tak tau nak blog pasal pe.Semalam aku jadi tak produktif so no story meh!

Batuk aku tak sembuh lagi so aku dh stop minum ais.Tapi tak jugak sembuh aku agak aku banyak sgt makan makanan berminyak kot.Jadi harini aku masak tauhu bakar.Sebelum ni aku lantak goreng jer.Ok tak tauhu bakar aku =P




Sesambil masak aku borak2 ngan kwn aku.Aku tak sedar tauhu aku jadik gini!buruk giler tauhu bakar aku=(



Cecah dgn kicap+lemon+cili padi+bwg putih lagi kawwwww.Bila serve kene cover2 ckit.Hehe^_^


Marilah cuba tauhu bakar aku.=)

Friday, April 22, 2011

AKU TAKUT......

nak pakai contact lens(CL).Kebanyakkan kawan aku dh try pengaruh aku gune CL tapi aku tetap kuat dengan pendirian aku,(yg sebenarnya aku takut doohhh).

Sememang aku ada masalah rabun-rabun ayam ckit.Aku dh cek pun and dulu2 aku pakai spec tapi tak lama,aku  rasa diri aku mcm dok dalam cermin jer.So aku buang jauh2 spec aku tu sampai sekarang dah aku tak pakai spec lagi.

pic googled

Aku nengok CL sekarang comei2 jer n colorful sampai kwn aku ckp boleh buat mata kita nampak lebih besar dr biasa.So amat sesuailah bagi mata aku ni.Aku ngeri klu aku bleh pasang tapi tak leh nk bukak balik.Naya!Automatik mata aku pun berair jugak klu nengok org bukak CL.Eeeeeeeee.Aku rasa sampai bila2 pun aku takkan pkai CL tu.Heh

Thursday, April 21, 2011

STRESS MOMENT

Hot!hot!hot!stresssss

i drink a lot!

i listen to music louder than normal!

i eat a lot!

i become a talkative person!

suddenly i miss sharing problems with my mum=(


Wednesday, April 20, 2011

TETAP SETIA

Klu tak silap dh hampir setahun aku guna skincare Safi Rania Gold ni dan sehingga sekarang aku tetap setia.Walaupun org kiri kanan aku pakai skincare berjenama mahal2 tapi aku maintain jugak dgn label ini.Buat ape aku nak ikut org sedangkan dengan gune skin care Safi kulit muka aku alhamdulillah takde masalah.Yang buat aku terkejut tu takde jerawat langsung naik kt muka ni walaupun aku tgh period.


Dulu aku dok bising2 cari shampoo sesuai nahh aku dh jumpa sekarang.Setakat ni rambut aku yg asyik bermasalah tu dah nampak perubahan ckit.Senang diurus n kurang gugur.Pape pun aku tgk dlm beberapa bulan lagi klu hasilnya memuaskan hati aku update lagilah kt cni.

Monday, April 18, 2011

CALLING FOR ALL BLOGSHOP!!

Yeah calling utk semua blogshop.Kami ingin membantu mempromosi perniagaan anda di blog ini secara PERCUMA selama SEMINGGU.Mulai 18/4/11 sehingga 24/4/11.Jadi sesiapa yg mempunyai blogshop leh submit URL anda dengan emailkan  ke delour87[at]gmail[dot]com .Hanya utk blogshop saje ye.URL korang aku akan update kt sidebar.Aku open utk 30 blogshop saje dulu.Meh2 cepat email aku!

BAG KAIT

Hujung minggu takde ape yg best sgt pun dga celoteh adik aku pasal hari pengundian jer.lebih2 aku dok rumah jerlah.

Eh aku jumpa balik bag yg aku beli dekat sempatan Indonesia dulu.Barang-barang kat  sempadan banyak yg murah2 mcm kt sempadan Thailand nun.Ah rindu!!Sekarang ni dok layan Tiz Zakiah nyanyi lagu Nur Kasih tak sabar pulak aku nak tengok movienyerr.

Sunday, April 17, 2011

DELOUR87

Bosan dihujung minggu aku cari mende nak buat.Aku potong2 kain felt and buat mende kt bawah ni.Okeh2 aku tak kreatif pun saje main gam gunting.Lama dh tak potong2 nih.Nak buat small gift utk customer2 aku.Tapi bukan yg mcm gambar kat bawah ni.Rahsia buat masa sekarang yer^-^


Actually tak siap g dengan deco segala aku dh ngantuk giler so karang aku rajin aku sambung baliklah.

Friday, April 15, 2011

RIO DE BLU

Rioriorio uuuuuuu best sioootttttt!!!!Sape2 peminat Ice Age mmg aku suggest sgt2 korang pegi tengok aku jamin best!!!Mulanya aku ajak kawan aku beli tix pastu kwn aku kata panggung kecik mesti tak best ni.Waaaaa aku rasa macam menyesal jer manelah tau cakap kawan aku tu betul.Alih2 kami dua tersengih jer.

Aku suka bangatlah dhlah karaktur semuanya coloful segar je mata aku nengok.Kelakar pun kelakor.Hah elok benorlah klu hujung minggu ni korang g nengok!Chow!

PLAIN DRESS AND SCARF

Klu diberi pilihan samada nak beli lebih baju atau scarf ??Ok if bajet aku ciput je i will choose scarf.Scarf lebih  murah klu dibandingkan dgn baju.Dh boleh berbelanja dgn berhemah kan^_^.Lets say:




See??Harus ada baju plain with different color.Awesome!^_^

Thursday, April 14, 2011

100%

Irfan Khairi says:always give more than 100%! dunia kini semakin competitive. Tak kira dalam kerjaya, atau perniagaan, apa sahaja kurang dari 100% pasti akan tertewas dengan pesaingan yang makin sengit- pesaingan dalam kerjaya dan juga perniagaan! Dulu lain, sekarang lain. Dulu berjalan, kini kita kena berlari

Its true!Sekarang dunia semakin cepat berputar,masa semakin cepat berlalu dan kehidupan kita semakin kehadapan.Mari kita berikan 100% semangat dan usaha kita sekarang!^_^

Wednesday, April 13, 2011

MALAM TADI

Dalam satu malam aku lantak 
satu round

dan

satu round

dan juga

dua round

plus menjahit beberape projek.

last2 tido kul 4 am
huh mengantuknyer..

Tuesday, April 12, 2011

SAKIT DURIAN

Ok aku tak sihat lagi!Kejap2 nak demam kejap2 batuk selsema,kne ambik vit c lah lepas nih.Klu agak2 teruk sgt baru aku jumpa doc jadi kali ni aku p farmasi jer.Selagi aku leh tahan aku tahan jer dulu.



Dh dua tiga hari juak aku nak ngap durian nih.Kt kawasan umah aku ni banyak org dok jual durian.Teringin jugak tapi mak aku dh sound awal2 klu mkan ubat tu jangan nak mengada2 makan durian.Pantang katanya.Klu dh gtu bunyiknya takut jugak aku nk mkn dulu.Biar kebah dulu demam ni baru kita ngap!!Kehkehkeh.

pengat durian
tempoyak
cucur durian
ahaaaaa durian dh pusing2 kt kepala aku ni
rehat dulu na^_^

Sunday, April 10, 2011

QUICK UPDATE

Tak menyempat den nak update blog sekarng ni.Aku banyak keje nak wat!!

Tuesday, April 5, 2011

LETAK TARGET UNTUK BE.

Satu BE sudah turun tinggal lagi dua.Aku letak target setiap kali aku dpt BE.Memandangkan aku ni bukan blogger famous and trafic pun terkedek2 lagi aku letaklah target rendah dulu.Bila dh tercapai aku naikkan ckit demi ckit.Tu salah satu cara utk korang cabar diri korang sendiri.Apekata start dgn Rm10 dulu.Bole??

Aku taip ringkas jer ni tenet aku cam *#&#73e38

Weii tinge aku berbulu tul dgn news kt TV nihhhhhhhh!!!!


Monday, April 4, 2011

YUSOF WILCHA JADI BUAH MULUT!


Korang yg tgk ABPH 2010 tadi mesti tau nape aku tepek muka mamat kat atas ni.Sebab die kelakar okehhh!!!Aku mmg tak tahan gelak klu mamat ni buat kelakor.Aku kenal Yusof Wilcha ni pun dlm filem Zombie Kampung Pisang.Mau aku tak gelak.Tapi aku tak tau sape tah name sebenar die dari tadi aku dok cari.

Adik  aku dh LIKE fb Usop Wilcha fanpage lak.Cepat jekkkkk.Eh2 aku baru tau name die Shy8 la.Ni lak Fb Shy8

ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR ABPH 2010 MILIK SHAHEIZY SAM

google
Tak sia2 aku tgk citer si Shaheizy Sam ni.Tup2 die menang Anugerah Bintang Paling Popular 2010.Cayalah lakonan die mmg mantop.Lagi aku tak sabor nak tgk filem  Kongsi Mei ni.Bagi aku Shaheizy Sam ni boleh bawak mcm2 watak and paling aku gemar nengok watak kelakar.Memang tak bleh blah lahhh!!

NAJWA MAHIADDIN-GOT TO GO

Kenal tak Najwa Mahiaddin?Maybe ade yang tak kenal lagi.Tapi lagu die Got to Go to syiok okehh.Aku minat siot!Jom tonton videoclip lagu die kat youtube ni.


Klu korang rasa nak download lagu Got to Go tu korang klik CINI

Sunday, April 3, 2011

KECIWA

Dengan line internet yg slow sgt niih aku cam xde idea dh nk menulis.Maybe citer pendek2 jer dah arrr..Sekarang ni pun aku dh menapak kat cc.

Ape barang asyik buang duet aku ngn cc nih..kayo pakcikkk tuhh...


Friday, April 1, 2011

DAH 6 YEARS!

**Clap**clap** enam tahun sudahhh...^_^

sekarang lebih matang and kurang gaduh dh..hahahaha=P

SESUATU DATANG DENGAN PAKEJ

''Bad day'' bagi korang tetapi selepas itu akan datang sesuatu dengan pakej yang lagi hebat.Dengan kata yg lebih mudah ada hikmah disebalik setiap perkara.

Aku pernah hilang purse dalam bilik solat.Aku rasa pencuri tu ambik time aku tgh solat.Mati2 aku carik dahlah duit takde kdt hp pun takde jugak.Nasib baik roomate aku baik die kasi aku pinjam phone,aku call family aku.Kad atm aku sume dh kene kebas nasib baik aku ade satu acc yg tak pakai atm kad.Bfr ni aku merungut susah nak kuarkan duit dr acc tu klu tak pakai atm card.So sekarang nampak dh ade kegunaannya.Nak suruh mak aku bank in dlm acc lain aku takut tak menyempat aku ambik dh kene kebas dulu.Beberapa hari lepas tu cek hasil usaha aku di blog pun sampai^_^

Hidup kita ni ballance sebenarnya ada baik ada buruk.Klu harini perkara buruk jadi insyaallah akn ada benda baik dtg selepas itu.Allah kan Maha Adil.


GOOGLE SNAP!



from google
 aku sukakan sains
so i love this!^_^

tweet..

Followers