Wednesday, November 30, 2011

Adakah Filem Ombak Rindu sehebat Novelnya?

 ''Rinduku umpama
ombak yang tak berhenti,
Kasihmu bagai pantai
yang setia menanti''

Banyak yang excited menunggu filem Ombak Rindu yang akan ditayang mulai besok.Filem ini adalah adaptasi dari sebuah novel hasil karya Fauziah Ashaari.


Saya taklah teruja sangat sebab saya dah baca novel tu sebelum ini maklumlah zaman sekolah dulu saya minat baca novel.Sambil baca sambil berangan konon-konon akan wujud lelaki yang sama macam novel tu.Lelaki yang saya dok berangan tu rupanya si Aaron Aziz.Hehe.Jalan cerita yang best dan romantik selalunya ''cinta selepas kahwin'' yang lain-lain tu sekali lalu jer saya baca.Adakah filem ini sehebat novelnya?Tunggu esok tau!

U olls yang dah menonton nanti jangan lupa buat review coz kalau lagi best dari novel hakak nak g tengokkk=P

Pic kredit to google.

Fantastic Sungha Jung!!!

Tak caye?Tengok video kat bawah ni.


Super talented lah this kid!!!His name is Sungha Jung.Saya pasti sekarang die dah besar pun sebab video ini di'upload' tahun 2008.Enjoy!!=)


Bila dengar Sungha Jung ni bawak lagu Maroon5-This Love waaaa kelasssss kooo dikk!!Walaupun agak terlambat saya kenal dia tapi sekali dengar hati terus terpaut.Cecehcehhhh=P

Tuesday, November 29, 2011

Brenda Anura Londoh Jamin

Nama Brenda Anura Londoh Jamin kedengaran di telinga saya semalam,jadi saya tertanya-tanya who is she??pelakon ka?ape yang pasti Brenda Anura ini dari Negeri Dibawah Bayu!

Saya search di google image untuk mencari wajah yang dikatakan persis Zizie(yg ini saya tak pasti adakah Zizie Bung?) ini.Tak banyak yang saya jumpa tentang dia.Brenda Anura merupakan penyanyi baru dalam industri muzik kita.Welcome2!


Ni gambar paling jelas saya dapat melalui KnowThyMoney..Nak tengok banyak lagi gambar Brenda Anura boleh terus ke website KnowthyMoney k.Gadis manis ini berusia 18 tahun(betulkan kalau salah ye) dan berasal dari Kudat Sabah.Dia juga adalah sepupu kepada Marsha Milan Londoh.Brenda memulakan karier seninya dengan single berjudul Mulut Longkang (Serius ke ni?).Setakat ini itu sahaja info yang saya ada.

Saya terbaca ini di kosmo..

"Saya meraih tawaran dalam bidang pergigian di Matrikulasi Labuan, tapi mengorbankan pelajaran untuk terus setia dalam bidang nyanyian atas dasar minat,"

Rujuk CNI

Rasa macam tak berapa sesuai jer dik pentingkan study dulu sebab usia tu masih muda,yang nyanyi2 tu boleh buat part time.Eh jap bila masa pula Matrikulasi Labuan ni ada bidang pergigian??Ini samada si penulis salah tulis or Brenda ni salah cakap or saya yg tak tahu ada bidang baru di situ?? 

Nak dengar juga Brenda Anura ni nyanyi tapi broadband saya membataskan betul=(

Pic kredit to KnowThy Money
 


Siapa Yang Bertuah Dapat Nissan Grand Livina??

Dalam hati ada berkira-kira nak kan MPV namun saving tak cukup lagi.Kenalah saving banyak tapi bila pulak nak dapat merasanya tu.Setahun?Dua tahun?5 tahun?


Arghhh stoplah pening-peningkan kepala senang cite jom kita join Microsoft's Great Family Time Contest.Laaa kenapa nak join contest pulak sedangkan kita cite pasal MPV??Kerana dengan join Microsoft's Great Family Time Contest anda mungkin antara yang bertuah untuk menang Nissan Grand Lavina!=)

Kalau tak bertuah untuk mendapat MPV ada lagi banyak hadiah yang best seperti RM15K Travel Voucher,Sony 40'' 3D Full HD TV,Nikon Digital SLR Camera,dan ada special prizes tau!Nak tau cara-cara nak join dan info lanjut boleh ke Fb Microsoft Office Malaysia.

Mungkin anda antara orang bertuah itu.Sapa tau kan=D

Pic kredit to google.


Saturday, November 26, 2011

Datuk Lee Chong Wei tewas di Li Ning China Open 2011

Baru sahaja berlalu perlawanan Semi Final Li Ning China Open 2011 diantara Datuk Lee Chong Wei dan pesaing utamanya Lin Dan.Berikut adalah keputusan penuh untuk perlawanan tersebut.



Setelah berhempas pulas bermain selama 75 minit Datuk Lee Chong Wei gagal menyekat Lin Dan untuk mara ke peringkat akhir.Lin Dan akan menentang Chen Long di peringkat akhir nanti.

Saturday Morning : Alone




Cantiknya ciptaan Allah..

Keseorangan sejak malam tadi since rakan-rakan ku ke JB.Saya jadi penunggu rumah jap=P

Happy Weekend guys!

Friday, November 25, 2011

Yuna,Anuar Zain & Fakri Saarani

Nama tiga individu ini sangat hot dipasaran sekarang.Yuna dengan kes trofinya kena tarik balik dek kerana bukan salah Yuna.Dan Anuar Zain dengan perasaan malu terpaksa menerima trofi Lagu Terbaik tersebut dari Yuna kerana lagu Sedetik Lebih adalah pemenang sebenar.


Saya lihat kes begitu memberi impak besar kepada peminat mereka dan juga artis-artis yang lain.Dari mula cerita ini dibangkitkan sehinggalah sekarang macam-macam komen yang saya baca.Kebanyakkannya tidak berpuas hati dengan pihak RIM.Saya kasihan juga melihat dua artis ini mereka menjadi mangsa keadaan namun saya yakin keduanya amat profesional dalam menguruskan hal ini.


Ya nama Fakri Saarani juga mula hot setelah kegagalan Fakri melaksanakan sepakan penalti untuk menentukan pemenang pingat emas Sukan Sea di Indonesia tempoh hari.Fakri menerima pelbagai kutukan dengan bahasa yang kasar dari peminat bola sepak Malaysia.Mereka secara terang-terangan mengutuk beliau di kebanyakkan laman web media sosial.

Secara peribadinya saya berharap bukan Fakri yang mengambil tanggungjawab dalam sepakan penalti tersebut kerana melihat akan persembahan yg tidak konsisten.Iya semuanya bergantung pada nasib namun sekirannya Fakri memberikan persembahan yg terbaik sebelum itu nescaya para peminat dapat menerima dengan hati terbuka.Namun inilah ''harga'' yg perlu dibayar jika anda adalah seorang pemain bola sepak.

Pic kredit to MyStar & google.

Thursday, November 24, 2011

Total Moisture Cocoa Glow by Vaseline!

Selepas menonton Happy Feet 2 haritu, saya terus ke watson untuk restock my Safi Rania Gold moisturizer.Saya kan pengguna tegar produk Safi Rania Gold.Dah setahun setengah saya guna, setakat ini muka saya takda masalah.Dalam pada tu jugak mata saya melilau mencari body lotion dan mata saya tertangkap produk Vaseline,Total Moisture Cocoa Glow.Saya agak produk baru kut sebab saya tak pernah nampak sebelum ini.

Setelah beberapa hari saya menggunakannya saya amat sukakannya.Melembapkan kulit saya dengan baik dan tidak ada kesan berminyak pun.Lagi pula produk ini berbau coklat tau!!!Nyummnyummm=P Saya sangkakan Cocoa Glow ni berwarna coklat tetapi color putih juga seperti dalam gambar di atas.

Bukanlah nak promote ke ape tapi kalau baik untuk saya mungkin baik juga untuk anda.Kalau tak silap saya ada dalam 3 saiz.Untuk 120ml ni hanya Rm7.50 di watson.

Wednesday, November 23, 2011

Trofi Yuna akan ditarik balik!

Trofi Lagu Terbaik Anugerah Industri muzik (AIM) ke-18 iaitu  lagu Penakut ciptaan dan dendangan Yuna akan ditarik balik kononnya ada kesilapan perkiraan dan Penakut juga tidak memenangi lagu terbaik kategori yang ditandingkan.


Selalunya,Lagu Terbaik akan dipilih daripada pemenang lagu pop.rock,nasyid mahupun etnik kreatif.Dengarnya trofi berkenaan akan diserahkan kepada pencipta serta penyanyi lagu Sedetik Lebih,Edry Abd Halim dan Anuar Zain.

Perkara ini juga telah di iyakan oleh Yuna didlm akaun twitternya :

 '' @yunamusic: Yeap. It's true. But I just wanna say thank you to all the fans who loved Penakut as much as I do.. ''

Pic redit to bharian.




Perlu Tahu! Malaysia vs Syria

Melonjak gembira saya apabila Harimau Muda berjaya menundukkan Garuda Muda semasa Sukan Sea 2011 lepas di Indonesia.Walau apa pun yang terjadi di Indonesia kita lupakan semuanya sekarang masanya untuk menundukkan pasukan Syria pula untuk Kelayakan Olimpik London 2012.



Berikut adalah antara maklumat yang boleh membantu anda.

Malaysia vs Syria
Tarikh : 23/11/2011
Masa : 8.45pm
Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil.
Live di : RTM TV2 dan Astro Arena 801

Harga Tiket

RM40 (Grandstand)
RM20 (Dewasa)
RM5 (Kanak-kanak dibawah 12 tahun)

Tiket boleh dibeli di Stadium Shah Alam,Selangor dan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 & 23 November bermula 9 pagi hingga 7 malam.
**Tiket juga boleh dibeli secara online di tickethotline


Pic kredit to google.

Review ''Happy Feet 2''

Tersesak jugak nafas bila tak dapat 'internet connection' selama 3 hari.Sekarang happy ckit walaupun line broadband ini tercungap-cungap saja.Disini saya nak berkongsi review tentang ''Happy Feet 2'' yang sedang ditayangkan sekarang.




 google

Review ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya.

Bagi saya 'movie' ini sangat comel kerana adanya Si Erik!Penguin kecik yang saya rasa nak peluk-peluk saja.Jalan cerita 'movie' ini lebih kepada sifat kekeluargaan dan kasih sayang.Ada juga unsur-unsur kelakar dan sedih yang diterapkan disini.Tiga kali jugaklah tumpah air mata ni.Hahaha.

'Movie' ini lebih menghiburkan bila muzik dan tarian digabungkan sekali.Berderai gelak bila tengok penguin ni menari.Ade juga beberapa karakter baru yang diperkenalkan untuk mewarnai kisah Si Erik.Nak tahu kene pegi tengok yer=P

Saya bagi pandangan secara umum sahaja yer selebihnya anda tonton di pawagam okay.

Thursday, November 17, 2011

Siapa Yang Dapat 46012??


46012 tuuuu...............Jumlah yang besar dan juga dikatakan sebagai yang terbaik setakat ini sejak 2008.Dengan 46012 tu macam-macam leh beli sape yang taknak bukan..

Tetapi ianya bukanlah uwang yang saya dok bayang-bayangkan tu.46012 adalah jumlah calon yang memperoleh cemerlang semua A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang baru diumumkan tadi.Tahniah buat adik-adik kita!!!

Selepas ini pasti telefon dirumah tu tak berhenti-henti berdering maklumlah mak pak sedara nak tau jugak keputusan anak sedara mereka termasuklah sayaa=P

Pic kredit to google

Wednesday, November 16, 2011

Cara Semak Keputusan UPSR 2011 secara SMS.

17 November 2011 adalah hari yang mendebarkan buat adik-adik kita yang telah menduduki UPSR kerana keputusan akan mereka perolehi pada hari tersebut.Berikut adalah cara untuk adik-adik menyemak keputusan masing-masing.

Cara semak keputusan UPSR 2011

---> Calon boleh mendapatkan keputusan UPSR mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada 17 November 2011.

Semakan secara SMS

---> Semakan boleh dilakukan mulai jam 10 pagi 17,November 2011 sehingga 12 tengah malam 23 November 2011.

---> Setiap SMS yang dihantar dikenakan bayaran sebanyak Rm0.15 dan setiap SMS yang diterima akan dikenakan bayaran sebanyak Rm0.20 .

Cara semakan


---> Taip UPSR<space>ANGKA GILIRAN dan hantar ke 15888.

Tuesday, November 15, 2011

DUKUN yang Ku-lihat!!!

Ingatkah anda pada filem Dukun?Poster yang ada gambar Umie Aida tu.Saya baru  tahu rupanya filem ini tidak diluluskan tayangannya.Filem ini adalah berdasarkan kepada kisah benar dukun Mona Fendy dulu.Anda kenal bukan?Jadi semalam saya mendapat link Youtube tentang filem ini.

google

Komen saya keatas hampir 9 minit tayangan di Youtube itu filem Dukun adalah filem yang menyeramkan.Saya jadi seram sejuk melihat lakonan Umie Aida disitu.Saya tidak pasti bagaimana pula individu yang meng''upload'' ini mendapat sedutan filem ini.Anda lihat dan komen sendiri.


Hot ''Keyword'' minggu ini..



Entry Miss Universe Malaysia 2012 winner!!! telah banyak menyumbangkan trafik untuk blog ini minggu ni.Dan semestinya keyword ''Wawa Zainal'' tetap juga terselit disitu antara yang orang cari.Sekarang nak belajar keyword sepanjang zaman pulak=)

Monday, November 14, 2011

You by Nur Jannah Alia


Pertama sekali saya tak kenal pun sapa Nur Jannah Alia ni.Tapi lagu You dia dapat diterima baik oleh telinga saya.Saya baru jer dengar lagu ni beberapa jam lepas di salah satu blog rakan-rakan kita(dah tak jumpa linknya).Tengok tarikh upload di Youtube beberapa tahun yg lepas.Nway saya suka lagu awak Nur Jannah Alia=)


kredit to Youtube.

Sesi makan-makan di Jusco!

Monday morning=( Adik-adik yang nak ambik exam SPM pagi ini GudLuck tau!Hope ada adik-adik yang dah baca Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sehari Sebelum SPM nanti takut ada yang terlupa.

Hujung minggu saya habiskan di Jusco saja.Taknaklah jalan jauh-jauh baru tengah bulan ni nak save untuk Year End Sale nanti=P

Lunch pukul 3 makan nasi ayam sebab dari semalam asyik berkokok nak nasi ayam.

Waaa saya dah jumpa coloured pants yang saya nak sangat tu.Dah bosan asyik pakai jeans jer.Cuma confident or tak jer nak pakai.Jadi kita tunggu hujung bulan yer.



Makan lagi tart telur & Cheese Bread.Yummyyy!!!

Dah nak balik carik kaya ball kegemaran saya.6 bijik dah masuk perut sebab tu tinggal 4 jer.Makan panas-panas baru sedap.

Rumah ditinggalkan dalam keadaan yg hmmmm...Ok2 saya kemaskan=P

YES
YES
YES!!!!
cepatlah hujung bulan=P
Pic kredit to google.



Saturday, November 12, 2011

How to be a YouTube Superstar??

Michelle Phan,Rebecca Black,Ryan Higa,Kina GrannisYuna,Najwa latif dan banyak lagi!Anda pasti kenal antara nama-nama tersebut bukan?Mereka adalah di kalangan Youtube Superstar!!!Nak terkenal sekarang amat mudah dengan hanya postkan video dalam Youtube and people love it!Nah dah jadi terkenal dalam sekelip mata.

Saya nak share with all off you How to be a Youtube Superstar.Ini adalah pembacaan saya dalam sebuah majalah.Cecepat baca kalau nak famous=P



Kredit to Female Mag

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sehari Sebelum SPM??

Orang kata Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah sijil yang paling penting untuk anda masuk ke alam pekerjaan.Sijil-sijil yang sebelumnya hanya sekadar untuk menilaian anda sahaja.Jadi adik-adik yang bakal menduduki SPM isnin nanti kene berusaha bersungguh-sungguh tau untuk mendapat keputusan SPM yang terbaik!



Jadi apa yang adik-adik perlu buat sehari sebelum SPM??

1. Pastikan alat tulis mencukupi seperti pensel 2B,pen,kalkulator dan lain-lain.

2. Adik-adik kene siapkan awal-awal Kad Pengenalan dan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan.

3. Tidur lebih awal dari biasa supaya minda adik cukup rehat sebab esok kene fikir banyak.

4. Minta restu dari kedua orang tua supaya mendoakan kejayaan adik-adik.Doa ibu ayah ni berkat=)

5. Semasa solat mohon kepada Allah semoga hati adik-adik tenang semasa peperiksaan dan dapat menjawab soalan dengan baik.

6. Gosok baju sekolah awal-awal supaya esok tak kelam kabut ke sekolah.

7. Sebelum pergi sekolah seeloknya sarapan dulu supaya perut tak meragam semasa peperiksaan.Akak dah terkena dulu=P

8.Bertawakal.

Itu serba sedikit yang akak boleh kongsikan.Akak doakan adik-adik semua berjaya dalam peperiksaan Isnin nanti yer.Semoga Berjaya! 


Kehebatan Samsung Galaxy Note...




Tengok video Galaxy Note pun dah teruja kan???

Apa yang menarik tentang Galaxy Note...

1)5.3'' Large Skrin-Bila tengok skrin besar puas hati betul tak?Macam-macam anda boleh buat di situ.

2)World first 5.3'' HD Super AMOLED Display-Gambar yang kecik boleh dilihat dengan lebih besar macam guna kanta pembesar=)

3)Minimum Skrin Scrolling & Transition-Disebabkan skrin yang besar jadi anda tidak perlu nak sroll2 selalu dan kebolehan untuk mengalih skrin macam yang ditunjuk dalam video diatas.

4)S Planner - Tools untuk anda mengurus jadual harian anda.Boleh save segala maklumat berkaitan kerja atau tugas pada setiap tarikh.

5)S Memo-membolehkan kita merekodkan segala bentuk idea yg ada.Macam tulis atas kertas tapi lagi best boleh tambah gambar,rekod suara,texted type,nota tulisan tangan ataupun lukisan.Siap boleh edit dan crop.

6)S Pen-Saya kategorikan sebagai pen pintar.Anda dapat lihat kebolehan S Pen pada video diatas.

7)Camera belakang 8MP with LED Flash/Depan 2MP

Ada banyak lagi kehebatan Samsung GALAXY Note ni.Sesiapa yang berminat boleh lihat dulu spesifikasi Galaxy Note ni di SAMSUNG .

Cara Kurangkan Stress...

Kalau minda kusut nak lepaskan stress jom datang taman.Datang awal pagi jogging sebentar sesambil lihat keindahan alam.Taman di bawah ni terletak dekat jugaklah dengan rumah baru saya tapi saya tak pasti namanya yelah baru lagi pindah kan.


Bagi saya kawasan taman ni luas hijau je siap ada tasik boleh tengok burung2 terbang.Ohhh!!!Tenang....


Alamak gambar ni blur pulak!Ni gambar awal pagi sebab tu pegang camera pun gigil lagi.=P Kalau ptg taman ini agak sesak jadi saya tak berapa gemar.Lain kali saya datang lagi saya akan comfirmkan namanya yer utk korang yer.


Friday, November 11, 2011

Muzik Video & Lirik Carta Hati by Najwa Latif




Saya dimaklumkan muzik video Carta Hati baru dikeluarkan kepada pendengar pada 


11/11/11 iaitu hariini.Opss lupa lak muzik video ni untuk harini jer tau.Untuk pendengar di 


Youtube tunggu 20/11/11 nanti yer.Jom sama2 enjoy lagu comel dari Najwa Latif..


Lirik Carta Hati by Najwa Latif...
hmm.. hoo.. haaa.. mmm..
Engkau duduk di situ

Diam tersipu malu

Mahu mendekati aku

Aku mulai resah

Hatiku jadi kebah

Melihat dirimu aku rebah

Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati

Lalu cinta kita bermula

Dari mata turun ke jiwa

Dari teman menjadi cinta

Dan berjanji untuk setia

Sehidup semati kita

Menjanjikan bahagia

Untuk kita berdua selamanya

hmm.. hoo.. lalala.. mmm..
Jangan engkau jangan pergi

Jangan tinggalku sendiri

Jangan tinggalkan carta hati

Kau janji kan bahagia

Ku janji kau tak terluka

Teruslah berada di carta hati kita

lalalalala.. hooo…

lalalalala.. mmm…


kredit to Hotfm & Liriklagu

Surah ar-Rum ayat 41

Saya baru habis membaca isi khutbah jumaat untuk harini.Khutbah hari ini menjurus kepada ''Membudayakan Kebersihan''.Walaupun kita dah meningkat dewasa namun ada juga sesetengah orang yg mengabaikan kebersihan diri dan alam sekitarnya.Jadi jangan ambik mudah.Kalau anda nak membaca khutbah tersebut anda boleh download DICNI

Ayat dalam surah ar-Rum ini sangat menarik perhatian saya,

Surah ar-Rum ayat 41

Bermaksud: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Fikir-fikirkanlah kenapa sejak dua menjak dunia ini sering ditimpa bencana...

20.11.2011 lagi Istimewa....



Hahaha terjumpa statement ini di fb Esty saya rasa ada betulnya jugak 20112011 lagi special dari 11112011.What do u think?

Miss Universe Malaysia 2012 Winner!!!

Miss Universe Malaysia 2012 goes to..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Kimberley Leggett!!!

More details about her..



• Age: 18
• Occupation: Student (majoring in Economics & Business) / Part-time Model

• Height: 175cm (5′ 9″)

• Born and raised in Penang, Malaysia to parents of mixed heritage (Malaysian/British)

• Education: Attended St.Christopher’s International Primary School and graduated from The International School of Penang (Uplands) in 2011& will attend UCLA for Undergraduate Bachelor’s Degree majoring in Economics/Business beginning Jan 2012

•Can speak, read & write in English, Bahasa Melayu/Malaysia & French.

• Member of the Uplands Student Council for 4 years (2007-2011) and held Disciplinarian position for 2 years
• Member of the Model United Nations (2010)

• Member of the Uplands Amnesty International Group (2010)

• Member of the Uplands Environmental Society (2009-2010)
• Music: Drums/ piano

kredit to Malaysiasaya & 2space

Thursday, November 10, 2011

Sinopsis Slot Akasia TV3 Tentang Dhia..



Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia (Nora Danish) yang berdiri antara dua lelaki 

sangan dikasihaninya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia 

dicemburui Melly (Izreen Azminda) yang berasakan dirinya lebih anggun dan sesuai. Raffi 

(Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustapha), dua lelaki berbeza daripada latar belakang.

Hanya memikul tugas sebagai kerani biasa, Azmi adalah anak seorang imam di kampung 

disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama 

terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, jejaka daripada keluaranga berada 

mempunyai kelulusan dari universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil 

lagi.

Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melansungkan majlis 

pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan dalam 

kesedihan dan kekecewaan. Namun hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil 

keputusan redha dengan apa yang berlaku.

Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia dalam 

keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi jerat dipasang Melly 

memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa 

dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.



Azmi dan Melly ditangkap khalwat penduduk kampung dan ditahan di balai polis. Sejurus 

mengetahui berita itu, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis 

pertunangan mereka yang akan berlansung tidak lama lagi.

Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan 

tetap berlansung seperti dirancang. Namun, majlis pertunangan mereka diserang keluarga 

Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi. Mereka mahukan Azmi supaya 

bertanggungjawab atas perbuatannya sehingga Melly mengandung.

Sekali lagi Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi 

dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata. Bagaikan 

pelangi selepas hujan, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada 

sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi dan 

mereka bekerja di firma sama. Zikir sangat diminati Rose (Tasha Shilla) yang juga seorang 

pekerja di firma milik beliau.

Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut 

dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung 

halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani isteri 

arwah Fendi, Suraya.

Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung itu, Zikir terlihat Dhia. Mata 

bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia. Kemanakah hala tuju Dhia setelah 

kehilangan Azmi dan apakah yang akan berlaku seterusnya di dalah hidup Zikir?

kredit to TentangDhia FB

tweet..

Followers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers