Monday, April 5, 2010

My Favourite Sport

Sukan kegemaran saya semestinya sukan badminton.Walaupun saya tak sehebat Lee Chong Wei tetapi itulah satu-satunya sukan yang menarik minat saya.Sukan yang melibatkan bola saya tak minat kerana saya fobia bila bola datang dekat saya.Bulu tangkis boleh diterima lagi.Minat saya dipengaruhi oleh keluarga semestinya,arwah ayah saya seorang yang hebat dalam sukan badminton jadi dia menurunkan bakat yang ada kepada anak-anaknya.Usahanya terhasil apabila kedua adik saya hebat dalam sukan itu.Sekarang giliran adik-adik yang ajar saya.Masa cuti hari-hari bermain badminton kalau tak dapat di stadium saya akan buat di luar kawasan rumah saya.Maklum kawasan rumah agak lapang sedikit.Kalau sehari tak bermain dengan mereka rasa ada yang tak lengkap.Bila tiba di hostel saya ajak kawan-kawan bermain di belakang hostel saje.Sebagai infomasi sukan boleh menghilangkan tekanan di dalam diri saya terutamanya apabila tiba musim peperiksaan.Sebagai contoh sekarang,musim peperiksaan akhir petang-petang saya cuba luangkan sedikit masa untuk bersukan.Selepas bermain semestinya kita berpeluh.Sihat tubuh badan kita.Badan kita mesti rasa  macam melekit jadi penyelesaiannya mudah dengan adanya produk dari ADIDAS.
ADIDAS mengeluarkan produk yang khusus buat orang-orang yang aktif.Bukan sahaja untuk lelaki tetapi juga untuk wanita.Terdapat produk untuk penjagaan muka,rambut dan merangkumi keseluruhan badan.Jadi bagi athlet atau yang gemar bersukan dapatkan produk ADIDAS untuk penjagaan tubuh badan anda.Saya pula nak dapatkan Control Anti-Perspirant Spray.=)

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

tweet..

Followers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers