Hari ini Khamis malam Jumaat maka amat bersesuaianlah saya nak bercerita mengenai seseorang.Seseorang yang bernama Pawang .Sebelum itu saya ingin maklumkan yang saya mendengar khabar ini semalam sambil tu mata tengok Euro=)
Seorang rakan telah pergi berubat dengan Pawang yang berada di Kedah.Mereka kata Pawang ini bagus boleh ubat pelbagai penyakit.Antaranya orang patah kaki,sakit2 dalaman,orang bisu,dan penagih dadah pun dia pernah tolong pulihkan.
lebih kurang mcm gambar ini *google*
Rakan saya ini ada beguk(betulke ni?) di tepi leher.Mendengarkan kehebatan Pawang ini maka rakan ini datang untuk berubat.Diceritakan lagi sebelum berubat kita diminta pasang satu niat.Selepas itu Pawang tu datang pada rakan saya dan terus ubatkan.Tiba2 beguk ditepi leher itu pecah dan darah memercik pada muka sahabat yang duduk disebelah.Rakan saya terkejut,lalu Pawang itu memberikan cermin untuk melihat lehernya.Tetapi rakan saya menolak sebab takut nak tengok katanya.Semasa berangkat pulang barulah rakan saya berani tengok lehernya di cermin bas.Alhamdulillah katanya tidak ada apa2 yang mengerikan dan beguk itu pun tiada lagi sehinggalah sekarang.
Ada lagi yang diceritakan tapi ini sahaja yang mampu saya taip.Rakan saya memberitahu harini Pawang itu datang ke Selayang untuk ubat orang.Sesi ini dibuat di dalam dewan.Tidak pula saya tanya dewan mana.Ini kali ketiga Pawang itu datang ke sini.Sebelum ini Pawang itu pernah datang ke Rawang,beratus orang jugak yang datang berubat.Setakat malam tadi ada 75 orang yang sudah sahkan hendak datang.
Bagi saya selagi orang itu berniat baik untuk membantu sesama manusia dengan cara yang baik tidak salah untuk kita mencuba bukan.