# Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia (Nora Danish) yang berdiri antara dua lelaki
sangan dikasihaninya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia
dicemburui Melly (Izreen Azminda) yang berasakan dirinya lebih anggun dan sesuai. Raffi
(Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustapha), dua lelaki berbeza daripada latar belakang.
Hanya memikul tugas sebagai kerani biasa, Azmi adalah anak seorang imam di kampung
disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama
terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, jejaka daripada keluaranga berada
mempunyai kelulusan dari universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil
lagi.
# Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melansungkan majlis
pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan dalam
kesedihan dan kekecewaan. Namun hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil
keputusan redha dengan apa yang berlaku.
# Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia dalam
keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi jerat dipasang Melly
memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa
dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.
# Azmi dan Melly ditangkap khalwat penduduk kampung dan ditahan di balai polis. Sejurus
mengetahui berita itu, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis
pertunangan mereka yang akan berlansung tidak lama lagi.
# Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan
tetap berlansung seperti dirancang. Namun, majlis pertunangan mereka diserang keluarga
Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi. Mereka mahukan Azmi supaya
bertanggungjawab atas perbuatannya sehingga Melly mengandung.
# Sekali lagi Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi
dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata. Bagaikan
pelangi selepas hujan, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada
sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi dan
mereka bekerja di firma sama. Zikir sangat diminati Rose (Tasha Shilla) yang juga seorang
pekerja di firma milik beliau.
# Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut
dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung
halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani isteri
arwah Fendi, Suraya.
# Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung itu, Zikir terlihat Dhia. Mata
bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia. Kemanakah hala tuju Dhia setelah
kehilangan Azmi dan apakah yang akan berlaku seterusnya di dalah hidup Zikir?
kredit to TentangDhia FB
No comments:
Post a Comment