Saturday, November 12, 2011

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sehari Sebelum SPM??

Orang kata Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah sijil yang paling penting untuk anda masuk ke alam pekerjaan.Sijil-sijil yang sebelumnya hanya sekadar untuk menilaian anda sahaja.Jadi adik-adik yang bakal menduduki SPM isnin nanti kene berusaha bersungguh-sungguh tau untuk mendapat keputusan SPM yang terbaik!



Jadi apa yang adik-adik perlu buat sehari sebelum SPM??

1. Pastikan alat tulis mencukupi seperti pensel 2B,pen,kalkulator dan lain-lain.

2. Adik-adik kene siapkan awal-awal Kad Pengenalan dan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan.

3. Tidur lebih awal dari biasa supaya minda adik cukup rehat sebab esok kene fikir banyak.

4. Minta restu dari kedua orang tua supaya mendoakan kejayaan adik-adik.Doa ibu ayah ni berkat=)

5. Semasa solat mohon kepada Allah semoga hati adik-adik tenang semasa peperiksaan dan dapat menjawab soalan dengan baik.

6. Gosok baju sekolah awal-awal supaya esok tak kelam kabut ke sekolah.

7. Sebelum pergi sekolah seeloknya sarapan dulu supaya perut tak meragam semasa peperiksaan.Akak dah terkena dulu=P

8.Bertawakal.

Itu serba sedikit yang akak boleh kongsikan.Akak doakan adik-adik semua berjaya dalam peperiksaan Isnin nanti yer.Semoga Berjaya! 


2 comments:

Anonymous said...

Doakan sy tau kak . Risau la , sy x nervous mcm pmr dlu pun . Relax jeh , takut result . Huhu .

Unknown said...

winnie cik mastura
Jgn nervous2 tau maintain cool jer=P...akak doakan adik dpt jawab semua soalan dgn baik yer..=)Gudluck winnie!=)

tweet..

Followers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers