Monday, October 18, 2010

MALEK NOOR BERCERITA TENTANG KENANGAN MEMAKAI CAWAT

googled

Jaguh bina badan negara,Datuk Malek Noor,53 benar-benar berubah setelah meninggalkan bidang sukan yg telah menaikkan namannya suatu ketika dahulu.

Lelaki ini merasakan dirinya amat bertuah kerana diberi petunjuk untuk menjadi manusia yg lebih berguna setelah meninggalkan dunia sukan bina badan.

“Sekarang saya dah dapat merasai betapa bersihnya jiwa selepas meninggalkan dunia hidup saya yang penuh kemilau suatu ketika dahulu.
“Saya masih teringat peristiwa ketika saya mahu berubah, saya mengadakan pertunjukan bina badan di Hong Kong dengan memakai cawat. Ketika itu saya benar-benar rasa bersalah terhadap diri sendiri.
“Apabila menang dalam pertandingan itu dan orang mahu ambil gambar, saya cepat-cepat lari masuk ke bilik,” katanya mengimbas kenangan silam.
Malek ditemui semasa rakaman rancangan Selami Jiwa yang dihoskan Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah baru-baru ini. Selain Malek Noor, Amy (Search) turut diundang menjadi ahli panel rancangan tersebut.

No comments:

tweet..

Followers