Tuesday, October 12, 2010

AARON AZIZ DIJANGKITI VIRUS KENCING TIKUS!


googled
PETALING JAYA: Pelakon Aaron Aziz dimasukkan ke Pusat Perubatan Tropicana, Damansara dekat sini selama tiga hari bermula Khamis lalu selepas dipercayai terkena virus kencing tikus (Leptospirosis).
Menurut Aaron, dia telah mengalami demam panas yang teruk selepas pulang daripada penggambaran filem, Endless Day, di hutan Changi, Singapura baru-baru ini.
"Jadi bila pulang ke Kuala Lumpur, saya mengalami demam panas sehingga suhu badan saya mencecah 40 darjah Celsius. Isteri saya terus mengajak saya ke hospital dan terkejut bila mendapat tau saya dikatakan dijangkiti penyakit kencing tikus," 
"Alhamdulillah, akhirnya selepas mendapatkan rawatan, saya dibenarkan keluar wad pada Sabtu lalu selepas diberi beberapa suntikan antibiotik. Doktor kata, jika saya melengah-lengahkan untuk mendapatkan rawatan, berkemungkinan besar penyakit saya boleh jadi lebih teruk.
"Apa-apa pun, mujurlah pihak produksi tersebut memberi insurans kepada setiap pelakonnya jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini," ujarnya yang gembira kerana sempat menyambut ulang tahun hari lahir anak sulungnya, Danish yang ke enam pada Ahad lalu.
Sementara itu, Aaron juga berterima kasih kepada pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam yang melawatnya di hospital baru-baru ini.
psst-->plss jaga kesihatan anda.

No comments:

tweet..

Followers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers