Wednesday, February 29, 2012

iPad3 no home button..




iPad3 dijangka kuar minggu depan..Cepat benor Apple ni kan..iPad2 pun lom sempat nak merasa dah kuar versi baru..dengarnya home button dah xde pasni..

Pic kredit to iPad3

Tuesday, February 28, 2012

Toilet banjir!


Iyer toilet aku dah 2 3 hari banjir.Air melimpah-limpah kemain susah nak mandi uuu..Pam toilet entah hilang kemana.Saluran paip utama tu yang tersumbat.Aku jolok2 dalamnya macam tak jadi ape.Harini(gambar atas) aku tengok dah kurang air melimpah tapi bukan leh caya sangat.Takut bila buka jer paip makin tinggi pulak banjirnya nanti.Aku dah terkene haritu koo..Tunggu jerlah abg paip yg bikin sendiri..Wuaaaa ngantuknyerrr...


Sunday, February 26, 2012

Penat weiii...

Walaweii kul 5.30pagi tadi baru aku tutup mata ko sebab nak godek html kat blog ni..Aku main ikut logik jer ubah ujung tu ubah tepilah nasib baik tak jadi pape.

Akhirnya pandailah jugak aku letak adsense tu.Tu pun dengan bantuan google search..Terkisip-kisip mata aku nak memahamnyer..

**menguap***

Time sambung tidolah jawabnyerr..=P


Saturday, February 25, 2012

Abc with Ghost Rider..

Jom  pekene ABC jap....


Malam ni panas tul nak hujan agaknya..cepat jer ais tu cair..Kemain sedap hirup ABC panas2 ni uiii...=P Minggu ni macam takde mood lah nak berblog lagipun bukan ade citer sangat pun rutin harian same jek.Cuma harini jer aku p tengok wayang citer Ghost Rider..Hampeh tak best langsung!

Thursday, February 23, 2012

Masalah Transfer Wang Paypal ke Maybank..


Ini kali kedua aku tranferkan wang dari paypal ke Maybank acc.Dulu aku tranfer dalam 3 hari gitu dah ada dalam acc.Sekarang dah 4 hari takde masuk lagi..Dekat paypal dah tulis tranfer completed.

Emm normal ke ni?Just nak make sure aku tak tersilap jer...Klu tak meraunggg aiii koooo..

Pic kredit to google.

Tuesday, February 21, 2012

Lomo Camera

**Lomo camera..





OMG they look yummyyyyyy!!!!Aku sgtlah noob part gadjet2 ni yang aku tau guna saje.Tu pun set to auto terus snap senang citer=P Ni aku dengar budak2 fb citer pasa lomo camera.Mak aihh comel2 cameranya macam kamera menan anak buah aku jer.Aku tengok gambar dari camera ni menarik jugak and yg paling penting harga lomo camera ni mampu milik kooo...Meh kite usha dulu..

Pic kredit to google & lomography

Monday, February 20, 2012

Gambar Suami Misha Omar..

Before ni kemain lagi mulut orang kata Misha Omar dah kahwinlah jadi isteri no 3 lah..Sekarang ni barulah betul tuan badan sendiri bagitau akan mengakhiri zaman gadisnya tahun ini.Tahniah Misha Omar,30 dan bakal suaminya Firos Ezzwan Rosly,30 pilot MAS tueee...




''Kalau p karok tak sah kalau tak nyanyi lagu Misha Omar ni..=P''

Tahniah!

Pic kredit to beautifulNara

Saturday, February 18, 2012

Pekerja yang betul2 berani!!!

Ngeri aku tengok dieorang ni buat kerja.Tak semua orang hati kering macam depa ni.Kalau aku dah menggigil dah..Cuba korang tengok gambar kat bawah ni...



Aku paling ngeri gambar ni macam2 dah aku imagine..adoyaiii


Ape2 pun salutelah bro sebab ini semua untuk rezeki yang halal...

Sumber HERE

[Video]Cara-cara menggunakan Rocktape.


Alhamdulillah untuk barang baru seperti Rocktape aku tak sangka akan mendapat sambutan dari orang ramai.Selalunya Rocktape digunakan oleh orang-orang yg aktif dalam ape jua sukan dan sesiapa yg mengalami sakit2 sendi,otot dan tisu.

Dalam masa 2 minggu lebih ni kami dapat lebih sepuluh orang buyer secara online tidak termasuk buyer dari Jamboree.Nampaknya ramai rakyat Malaysia yg aktif bersukan jugak yer.Tapi setakat ni semuanya lelaki..=)Kami bukan sahaja membekalkan Rocktape tapi lebih penting lagi feedback tentang penggunaan Rocktape dari setiap customer kami.

Sebelum ini kebanyakkan customer kami mengalami sakit2 lutut,jadi dibawah ini disertakan video bagaimana penggunaan Rocktape pada bahagian lutut.


Bagi customer yang tak dapat nak tengok video tu tak pe kami akan sertakan manual setiap kali anda membeli Rocktape.

Jadi sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut tentang Rocktape boleh sms atau call bro Aqmal 0192042974...Kami menawarkan harga terbaik kepada sesiapa yang ingin menjadi dealer Rocktape.tq=)

Friday, February 17, 2012

Earning AdSense buat aku teruja!


Ya Rabbi bukan main teruja aku harini.Jakun terlebih ckit.hehehe=P.Kalau otai2 tu mesti gelak jer tengok aku cam dapat ribu riban sedangkan....


Buat pertama kalinya tak aku sangka ada jugak earning adsense aku ni.Aku satu ape pun tak ngerti eh macamana nak up kan lagi earning tu.Aku tak menaruh harapan pun sebab blog aku kan blog Bahasa Melayu.Nak tulis blog omputih macam kelaut sangat bahasa Inggeris aku.Hehehe.Ape2 pun sekarang adsense dah bagi harapan harus ko aku kene belajar lebih dari otai2 adsense pasni=)

Thursday, February 16, 2012

Kenapa buang???

Alahai apelah salah aku pada minah ni nak kata aku kacau barang dia memang tak pernah nak kata aku sebok hal dia pun tak pernah ko korang.

Ni dah masuk 3x aku kena sejak seorang member aku pindah rumah.Sebelum ni ok jer.Begini aku kalau memasak ofcourselah masak sekali contoh masak tengahari sekali utk makan malam gitu.After lunch tu baki kita simpanlah kan nanti malam aku ingat nak panaskan jer.Bila dah balik ptg tu uolls aku and member sorang lagi carik lauk masak tengahari tadi tapi takde.Aku ingatkan ade orang makan so aku tak kesah lagilah.Bila aku lalu jer tepi dapur tu aku nampak lauk tengahari aku masak dalam tong sampah ko uolls!

Terkejut aku kenapa buang?Aku masak tak sedap agaknya dalam hati aku.Pastu ikan goreng,tauhu goreng and baru harini aku kene lagi semuanya masuk tong sampah!Yang lagi best bahan masak macam bawang,cili,halia yg aku beli semua masuk tong sampah.Ape masalah minah niiii????

Yang herannya sebelum member aku pindah makanan aku tu jugak yg dia makan...alahai...

Pic kredit to google.

Wednesday, February 15, 2012

Old Timer MTB XC Jamboree 2012

Old Timer MTB XC Jamboree 2012 telah berlangsung pada 12 Februari 2012 yg lalu bertempat di Dewan Kampung Sungai Buaya,Rawang Selangor.Before ni aku pernah buat satu entry tentang Jamboree ini HERE.Kat cni aku nak share gambar2 semasa Jamboree tersebut.Enjoy!

# Sebelum bermulanya kayuhan.Para peserta diberi taklimat ringkas.


#Otai-otai kiteee.Aku salutelah otai2 ni mampu membuat kayuhan 2~3 jam.Kalau aku setengah jam pertama tu dah tercungap2=P


#Bekas pelumba basikal negara Nor Effandy Rosli turut serta dalam Jamboree ini.

#Aku diberitahu seramai 500++ peserta yg terlibat.

#Selesai makan tengahari tiba sesi penyampaian hadiah dan cabutan bertuah pulak.Siapa yg bertuah dapat Rocktape haritu yer?=D

Bro Aqmal ada ambik video haritu tapi aku tak upload lagi kat Youtube.Nanti dah upload aku update lah yer.Next Jamboree kite kemana pulak yer bro=P

Salah saya ayah=(



Video ni wajib didengar khasnya untuk anak-anak.Dalam video ni Ustaz Azhar dan Ustaz Don Daniyal bagi nasihat yang sangat memberi kesan kepada aku.Aku kalau dengar orang bercerita tentang anak dan ibu bapa ni   serta merta aku touching sebab teringat kat arwah ayah aku=( Dengarlh insyaallah semua anak-anak berniat untuk melakukan perkara yg sama.

Vid kredit to Zaki studios

Monday, February 13, 2012

Bangbang Boom Cheezy Wedges Powder..

Picasa mmg bikin aku dalam kesusahan betullah sekarang.Mana aku nak carik sume pic adoyai mampuih lah aku nak menjawab nya nanti!


Jadi sekarang citer aku pun xde gambar.Dalam 2,3 minggu lepas aku ade order satu pek cheezy wedges powder.Tau kan macamana rupanya yg kaler oren2 tu.Tak kenal p google yer.Cheezy wedges sauce tu kita wat makan kentang macam yg KFC nyer tu.

Setelah sampai aku excited giler siap goreng kentang banyak tu.Sekali masuk dalam mulut rasa makan cheese plus garam!!!Masinnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!Klu lidah aku ni problem aku tak taulah tapi kawan2 aku yg sama join dengan aku pun complain bende yg sama.

''Boleh dapat penyakit aku makan sos kau ni''

Ade lagi tu ha dalam container baki yang aku buat hari tu sampai sekarang aku tak sentuh lagi.Yang KFC punyer tu depa pakai sos keju yang mana satu eh?Cheezy wedges KFC sedap jer...

Pic kredit to google.


Sunday, February 12, 2012

First time tengok Neelofa...

Kul 2 ptg tadi aku dah siap2 duduk depan tv nak tengok Nona katakan.Harini first time aku tonton Nona untuk tahun ni tau.Macamana tah gaya Neelofa jadi host.

payah betul nak google gambar Farah Fauzana & Neelofa berdua.Ape depa berdua ni tak pernah ambik gambar bersama ke..

My first impression lepas menonton tu~aku suka gaya Farah Fauzana yg santai and macam biasa die nampak selesa sangat2.Neelofa pulak hmmm nampak jugak aura sebagai pengacara and dia tak nampak kekok pun.So nice!Bahan cerita pun dah pelbagai sekarang yang penting tak buat aku bosan.=P

Jadi minggu depan aku nak tonton lagilah=D

Pic kredit to google & MohdKhairi

Ini Hadiah Harijadi kamu...


Semata-mata nak masak kari telur ni aku bangun standby kat dapur kul 4.30 pagi koo!Awal giler siap aku tak tido tu takut-takut aku tak bangun pulak.Paham2 jelah kalau dah tido tu satu ape pun tak dengar=P Kang kempunan lak si dia.Ceeeewahhhhh.

Sebab si dia nak kene bertolak ke Rawang kul 5.30am tu so dia request ape2 jer yg ada buat bekalan.Maka termasaklah kari telur itu.Sempat jugak aku bagi bekalan tu kat dia=D Lepas tu apelagik terus Zzzzzzzz loh..

Jadi bersempena Hari Jadi beliau harini aku sanggupkanlah diri ini memasak seawal pagi sebagai hadiah Harijadi gitu =P.Selamat Harijadi Bg Chik!!!Semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yg baik.Jalan leklok na..




Friday, February 10, 2012

Struggling To Be A Better Muslimah Everyday by Wardina Safiyyah.


Aku tengok video Wardina Safiyyah ni petang tadi lepas aku bersilat kat dapur masak sambal kerang jer pun=P Video yg bertajuk ''Struggling To Be A Better Muslimah Everyday'' ni sangat best untuk korang dengar.Sesiapa yg tak dengar lagi tu aku sangat sarankan korang dengar yer.

Video kredit to TvSunnah.

Rocktape di Old Timer MTB XC Jamboree 2012

Orait my dear readers,kali ni Rocktape team akan open mini booth buat kali yg ketiga di Old Timer MTB XC Jamboree pada 12 Februari 2012 bertempat di Dewan Kampung Sungai Buaya,Rawang Selangor.Rocktape juga turut menaja hadiah kepada para pemenang!!!Yahooo!!!


Seperti biasa booth akan dibuka seawal 6.30am.Jadi korang yg berada berdekatan dijemput sama2 hadir untuk memeriahkan majlis gitu.Sebarang pertanyaan mengenai Rocktape boleh hubungi Bro Aqmal k (019-2042974) or boleh jumpe terus beliau di Jamboree tersebut.

#Thanks buat Mr Kenji & NasiGorengKicap atas tempahan Rocktape anda=)

Thursday, February 9, 2012

Pesaing Bujang Senang!



Bapak buaya mana tah ni giler besar.Menurut info budak2 kat FB buaya ni masih hidup dan ditangkap di Filipina.Depa kata ni pesaing Bujang Senang.hehehe..Tapi mengikut mitos Bujang Senang lagi berganda besarnya...

Pic kredit to Fb

Wednesday, February 8, 2012

Peace Ride 2012/Gua Tempurung Jamboree 2012

Fuhh sempat jugak tranfer gambar tadi..so adalah post utk harini..hehehe..Ok 4 Februari lepas team Rocktape telah membuka mini booth di Peace Ride 2012/Gua Tempurung Jamboree 2012 di Perak.Ini adalah Jamboree ke-2 yg kami sertai.Yay!!!So enjoy the pics ya=P

1~ Persiapan untuk mini booth kami seawal 6 am..Dalam pic ni dah kul 8 pagi dah tu yg agak terang ckit.


2~Mini booth utk Rocktape.Dua orang kuat Rocktape Mr Aqmal & Mr Fikri =)


3~Antara peserta Peace Ride 2012 haritu,kayuhan bermula jam 7.30 pagi.

4~Peserta2 baru sahaja dilepaskan.


5~Terima kasih buat uncle berbaju orange ni.Dia antara pelanggan Rocktape haritu yg sempat team snap.Yg lain sudah gagal dikesan=P Uncle ni kata belakang dia sakit2 jadi dia bagi team Rocktape lekatkan tape dibahagian belakang beliau.Alhamdulillah uncle ni berjaya menamatkan race haritu dengan keadaan yg lebih  cergas dari biasa=D


Itu jerlah gambar2 yang aku dapat dari bro Aqmal.Kita tunggu next Jamboree untuk minggu ni pulak yer.Sesiapa yang ingin mencuba Rocktape / ingin menjadi dealer anda sangat2lah dialu-alukan.Boleh contact Bro Aqmal k(019-2042974).

Quick Update

Orang cuti blog aku pun ikut sama cuti..hehehe..aku update lambat ckit eh pics satu pun aku tak tranfer lagi..dok kelam kabut carik gambar ni..=P

see u later readers!


Monday, February 6, 2012

Broadband coverage sampai tingkat 5 sahaja..

Aku baru ingat masa aku sebok cari broadband sebulan lepas ade sorang amoi ni cakap

Amoi : Tinggal tingkat berapa?
Aku : Tingkat 9.
Amoi : Broadband coverage sampai tingkat 5 saja.Klu lagi tinggi nanti slow oo..
Aku : Oh yeke?Tak pelah.

Aku and member bla dari ctu and macam putus asa jer.Mana nak carik lagi ni??Carik punya carik nampaknya jodoh aku dengan si dia HERE.


Soalannya betul ke ape amoi tu cakap ni first time aku dengar..??

Pic kredit to google

Sunday, February 5, 2012

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1433H

Sabda Rasulullah,
''Orang yang paling dekat denganku pada hari Kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku''


Marilah kita sama2 memperbanyakkan selawat ke atas baginda Rasulullah(SAW) semoga kita memperoleh syafaat baginda di Masyar kelak.

Salam Maulidur Rasul 1433H

Saturday, February 4, 2012

Surat untuk Mr S...

Beberapa minggu ni hati ni bercampur baur dengan geram,marah dan sakit hati.Aku paling geram kalau ada orang paksa dan seolah2 nak atur arah kehidupan aku ni.


To you Mr S..

Walaupun before ni saya tak pernah bantah apa saja yg keluar dari mulut Mr S,tapi kali ini saya terpaksa bantah kerana ini melibatkan masa depan saya.
                                 delour87

Adakah patut suruh aku stop kerja and cari kerja kt kampung.Ingat senang ke nak dapat kerja sekarang ni.!

Pic kredit to google.

Friday, February 3, 2012

Rocktape di Peace Ride 2012~

Aku nak buat pengumuman ckit..

Kepada korang yang nak tahu lebih lanjut tentang ROCKTAPE boleh kunjungi booth ROCKTAPE besok,4 Februari 2012 di :


PEACE RIDE 2012/GUA TEMPURUNG JAMBOREE 2012
Tempat : Gua Tempurung,Perak
Masa : Seawal jam 6pagi.

Kat sane korang leh jumpe sendiri dengan Bro Aqmal(0192042974) yer..
Sesiapa yang nak jadi dealer sangatlah dialu-alukan

Current Obsession..


Thanks for the song..even u nyanyi tak macam Richard Marx pungg..hahaha..jahatnya akuu..=P

Video kredit to youtube

Wednesday, February 1, 2012

Wishing you Selamat Hari Wilayah.

Sebenarnya ada banyak perkara yg nak aku cakap tapi rasa susah sangat aku nak luahkan.Dalam kurang 24 jam ni macam2 pulak yg terjadi hmmm takpelah dugaan kot.


Sape cuti harini???Bestlah korang yer..Pape pun Selamat Hari Wilayah untuk penghuni2 wilayah semua.Aku tak cuti tau walaupun dok area2 KL ni banyak kerje nak buat hujung minggu nanti nak bukak booth lagi.Yay!!!Nantilah aku ceritakan yer.

Have a nice day uolls!

tweet..

Followers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers