Berbual-bual dgn my mum semalam tentang arwah,mcm2 citer saya dga.Yelah kan dh beberapa bulan berlalu ofcourse my mum still rindu dgn arwah.Bukan senang u nak adapt balik.Tgah berbual2 tu saya tanya
Me:Ape istimewa ayah tu mak?
Mummy:Emm..yg special tu ayah ko leh memasak msakan kampung.Akak kan pernah rasa dulu ayah masak.
Me:Aa..=P
Ayah leh masak mcm mak2 jgk kt dapur tu tapi time die masak xleh sape2 kacau.Nnt tak jadi katanya.Hah tau2 dh terhidang masak lemak pucuk ubi,kerabu mangga and mcm2 lagi menu kampung.
Ape yg istimewanya pasangan anda??
Tuesday, November 30, 2010
SAMA-SAMA KITA MERASA.
Thanks guys yg slalu jenguk blog saya yg xseberapa ni.Buat masa ni saya tak dpt nak jenguk blog korang dulu coz xde cukup masa darl.Ada banyak bende yg nak kene settle dulu.Ape pun thanks ya!=)
Disebabkan ade rezeki lebih hujung minggu lepas saya planning utk buat makan2 ckit dgn my family kt kpg.Yelah biar sama2 merasa walaupun ckit.Takde lah nak wat besar2 cuma auntie sekeluarga,atok and nenek jer.Kebetulan auntie balik musim cuti sekolah ni.
Disebabkan ade rezeki lebih hujung minggu lepas saya planning utk buat makan2 ckit dgn my family kt kpg.Yelah biar sama2 merasa walaupun ckit.Takde lah nak wat besar2 cuma auntie sekeluarga,atok and nenek jer.Kebetulan auntie balik musim cuti sekolah ni.
Food pun bese2 jer.Yang penting kenyang!=)Hahahaha.
Monday, November 29, 2010
LAPPY TUA
Lappy tua dan dah banyak berjasa dgn tuannya=)Lappy nilah yg tolong haku buat assigment,buat online bisnes buat chatting.=P Dan paling penting updated blog.
Selama 4 tahun bersama rasanya baru 2x buat haku pecah pale.
**teringin nak cari pengganti yg lama**winkwink
DAFI DAN FARAH PUN JOIN MLM
Dafi dan Farah dikatakan begitu serius dalam menyertai program MLM Power Impian,anak syarikat PowerRoot sejak April lalu.
Setelah dilantik sebagai duta Power Root,secara automatik keduanya turut menjadi ahli Power Impian.Aktor Rosyam Nor juga terlibat dlm perniagaan tersebut.
Farah:Agak sukar utk mengendalikan perniagaan MLM kerana kami perlu mencari org dibawah kami.Namun setelah dibantu oleh ketua,saya semakin seronok utk menerokai perniagaan ini.
Dafi:Saya masih cuba utk melakukan MLM dan pihak Power Impian banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.
PROJECT END=)
Miss..miss..misss.my blog.Penat menghadap ramai customers.Alhamdulillah semalam sume dah settle=)Disamping sibuk tu ade jugak bad things yg berlaku.My friends still kat hospital lagi disebabkan denggi.Dah seminggu dia disitu.Semoga ko cepat sembuh yang!
Sorry kali ni xde pic nak letak.Tak sempat sgt2.Selepas ni my family akan continue without me.Syukur rezeki=)
Sorry kali ni xde pic nak letak.Tak sempat sgt2.Selepas ni my family akan continue without me.Syukur rezeki=)
im really tired!
Friday, November 26, 2010
PROJECT FULUS!!
Bzzzzzz...bzzzz...yeah..mai..mai...sudah start project DC kami.Project nak tambah income..Sudah discuss sama Puan Besar and die setuju=)
Thursday, November 25, 2010
HAKU JAMMING??
Pening pale eh.Tak dpt nak citer mcmane.Semalam pun sama.Ini sume pasal budak dekat2 rumah nilah.Aiyoo mak pak die tak ckap ke?Ke dh cakap tapi buat tak tau jer.
Dari semalam sampai malam buta pun budak2 ni jamming kat rumah depan ni.Ya Allah bisingnyer takleh nak cakap.
Hujung minggu ni our family akan join food fiest!!Bukan semata2 food ade byk lagi.So agak bz dlm masa terdekat ni.Harini knelah ikut my mum cari bahan masakan.Yipiiii!!!
SITI NURHALIZA:SAYA TARIK DIRI.
googled
Datuk Sti Nurhaliza dikatakan telah menarik diri darripada bertanding di dalam Anugerah Bintang Popular(ABP) ke-13 tahun depan.Siti telah menemui pengurusan ABP dan telah menjelaskan sebab musabab dia tidak menyertai anugerah itu.
Keputusan muktamad itu diinspirasi daripada Tun Mahathir Mohammad yg suatu ketika dahulu berada di puncak kejayaan dan mengambil keputusan utk meletak jawatan,serta percaya akan terus diingati sampai bila-bila.Katanya lagi,suatu hari nanti akan ada pengganti dirinya.
Wednesday, November 24, 2010
FAZURA GORGEOUS DALAM INTREND!!!!
I love her
because of
her hair
her smile
her teeth
her height
and
her natural beauty
dalam banyak2 artis perempuan di Malaysia ni i adore her most besides Siti lah.
**larik p kedai mag nak carik Intrend.Dah kuar ke issue ni??
USIA KAMU PANDAI MASAK NASI???=P
googled
Klu ditanya kat saya nak jawab pun malu**blushblush**Okeh kita buat intro ckit,saya mula masak nasi sendiri masa saya ditugaskan kt sebuah pulau dulu.Kat ctu kene segala mende buat sendiri.Org pun tak ramai,nasib baik ade lektrik and air klu tak ke lautlah saya cari air.Hehehe.Bfr tu pernah jugak buat tapi mcm tak menjadi jer.Lembiklah keraslah tak masak pun ade.(janganlah gelak=P)Siap saya call my mum tanya mcmane.Hahaha..my mum gelak besar klu ingatkan perangai saya tu.=P Semua tu jadi masa saya 20 years old!!!!Okeh dh leh gelak.=PKorang lak??
DAH NAMANYA ORANG KAMPUNG....
Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri.Lebih baik kt tempat sendiri kan.Saya tinggalkan tempat asal saya sejak umur 13 tahun lagi.Okeh story start at boarding school.Then terus ke sana ke mari till now.Ye ade jugak balik tetapi tak lama.
Bila cuti kita gunakn sebaik-baiknya.
i love nature,i choose pergi sungai.Air sungai ni leh buat kita rasa fresh!
actually ade air terjun atas gunung.Tapi cam tak sanggup jer nak naik atas.
Cuci mata kat cni pulak.
Last sekali kat cni.Tempat melayan jiwa sambil menikmati tiupan angin laut.Auuuwww!!!=)
Saya lebih memilih desa dari kota.=P
Saya lebih memilih desa dari kota.=P
TIPS RAMBUT ALA HANIS ZALIKHA
Semalam kureng ckit pasal entry artis kerana saya ade byk citer pasal diriku yg nak ditulis(3 entry jer punn).Sekarang saya dah boleh tulis entry dgn tenang kerana hal yg satu itu sudah settle.Alhamdulillah.
Saya pasti ramai reader blog Hanis Zalikha kan.Tgk rmbut Hanis tu waaa bila akak nak ade rambut gtu yer!!Dalam satu entry dia ada ckp nak dpt rambut cantik gtu.Cuci rambut malam jer,bsk bangun tak yah cuci.Cmfirm rambut cantek.Iyer sememang btul.Sesape yg tak try lagi tu lehlah cuba.Nescaya husband anda jatuh hati lagi pas tgk rambut korang tu.
Hari ni saya cuba petua dari nenek.Katanya nak buang panas di kepala.Sesuai utk kt budak2 yg tgh demam.Jom!mudah sgt=)
semangkuk air
dan
Pucuk muda pokok bunga raya.Rumah nenek ni melambak pokok bunga raya.
Kemudian,daun tersebut diramas di dalam air sehingga ia menghasilkan lendir.Pastu korang letaklah kt kepala mcm org pakai shampoo tu.Sejukk...
TERKENA DENGGI
googled
Saya diberitahu dia terkena denggi!!
dia bgtau nasib baik cepat bwk jumpa doc klu tak
OMG!!!
**Hope everything going well=((
psst--->jaga kesihatan uall readers!
Tuesday, November 23, 2010
KUIH TANGGA
Mula2 tgk saya heran pasal pe org panggil ni kuih tangga.Takde rupa tangga punnnn!!Bila rasa mcm sedap pulak.kat dalam tu ada inti Kismis yg di blend.Murah jer 4 keping tu RM1.20.Oklah kan.Dapat ni pun masa my mum g kedai2 kecil kat pengkalan feri tu.Nyumnyumnyum.
CINTA JARAK JAUH KAMI.
googled
Cinta jarak jauh gtu.Saya rasa saya sudah mengalaminya terlalu lama.Saya sendiri pernah without him for almost 1 year++.Tak pernah ''face to face'' selama setahun tu jugak and hanya dengar suara saje.On that time die byk outstation so mmg xdenye nak YM/skype.Mcmane nak gambarkan tu yer.For the first time,mmg payahlah and banyak pakai ongkosss loh.Yelah for calling plus ''SmS''ing.
Dan semestinya kne put a BIG trust on your patner.Suffer giler!Mungkin dh takdir Tuhan we managed to be together walupun hanya sekejap2 pas saya sambung my degree.Alhamdulillah we are going to reach 6 years relationship.Bravo!
Ape yg baiknya pasal long distance love ni?
Learn to TRUST people.
POSITIVE minded.
Ye banyak gune KOS for calling,tetapi save money from sosial matters.
For me long distance love is sweet=)!
MENINGGAL DUNIA KETIKA MENDENGAR TAKLIMAT SPM.
Takziah buat keluarga pelajar tingkatan 5 yg meninggal dunia awal pagi tadi semasa taklimat exam SPM dijalankan.Pelajar tersebut dilaporkan sesak nafas,sebelum disedari guru disitu.Pelajar itu disahkan menghidap penyakit jantung.Maaf saya xdgar pulak dari sekolah mane tadi.
Moral--->Ajal maut boleh berlaku dimana2 sahaja.
TO ALL CANDIDATES:TIPS OF THE DAY.
T.I.P.S OF THE DAY
DONT STRESS YOURSELF.RELAX AND CALM DOWN.
IF YOU FACING 'BLANK' SITUATION,BREATH IN AND OUT NORMALLY.
MAKE SURE TO RECITE PRAYS BEFORE ENTER THE EXAM HALL.
BE CONFIDENCE!YOU'LL BE FINE.
LASTLY GUDLUCK IN YOUR SPM EXAM!
=)
Monday, November 22, 2010
SIAPA ARTIS YG BERCINTA DGN KERABAT TU??
Pelakon dan pengarah filem muda sudah temui cintanya dgn seorg wanita,berketurunan kerabat diraja terengganu.Sape ye????
Pierre Andre mengakui hatinya sudah terikat dgn wanita berusia 23 tahun itu sejak dua tahun lepas.Menurutnya dia berkenalan dgn wanita tersebut tanpa mengetahui latar belakangnya sewaktu wanita itu bekerja dlm sektor perbankkan.
Malahan Pierre tidak menolak jika hubungannya di lanjutkan ke gerbang perkahwinan,dan jika diizinkan Tuhan dia ingin menamatkan zaman bujangnya dlm tempoh 2 tahun lagi.
Malahan Pierre tidak menolak jika hubungannya di lanjutkan ke gerbang perkahwinan,dan jika diizinkan Tuhan dia ingin menamatkan zaman bujangnya dlm tempoh 2 tahun lagi.
LOOKS DOWN TO THE EARTH
My monday starts with a bad story.Tak semua hari kene happy jer kan.Something yg i dont know how to handle on it.Even i never have a chance to face the person.
Hope everything gonna be ok=)
googled
In order to cool down my feeling,im more on listening to musics,pray and pray.
Hope everything gonna be ok=)
DATUK LEE CHONG WEI TEWAS KEATAS LIN DAN
googled
Jangkaan sememangnya tepat,pemain badminton No,1 China,Lin Dan menang bergaya di tanah air sendiri.Kehebatan Lin Dan amat sukar utk dipatahkan oleh Datuk Lee Chong Wei,dan ini menunjukkan pemain badminton negara memerlukan extra latihan utk memperkukuhkan lagi sukan badminton Malaysia.
Ape-ape pun tahniah buat Chong Wei kerana telah berjaya sampai ke Final.
Sunday, November 21, 2010
SENARAI PEMENANG SHOUTAWARD 2010!
Berikut adalah senarai pemenang malam kemuncak Shout! Award 2010:
Rockstar Award (Rock Award) - Bunkface
Favourite TV Personality Award - Zizan Raja Lawak
Breakthrough Feature Award - Lagenda Budak Setan (Sharad Sharan)
Popstar Award (Pop Award) - Yuna
Power Vocal Award (Powerful Vocal Award) - Faizal Tahir
Fresh TV Series Award - Nur Kasih (Filmscape)
Favourite TV Program (Non Drama) - Showdown 2010
Music Video Award - Prom Queen (Bunkface)
Flava Award (Hip Hop/R&B Awards) - Mizz Nina
Hot Guy Award - Henry Golding
Hot Chick Award - Scha Al-Yahya
Coolest Radio Announcer Award - Phat Fabes (Fly FM Pagi Show)
Favourite Radio Show - HotFM AM Krew (Fara, Faizal & A.G)
Best On-Screen Chemistry Award - Afdlin Shauki & Liyana Jasmay (Papadom)
Mobile Artist Of The Year - 6ixth Sense (Tanpa)
Break Out Award (Best New Act) - Yuna
NAK CARI MUSUH KER?
googled
Trafik hari ni berkurang sedikit dari biasa maklumlah sekarang hujung minggu.Yelah hari minggu utk rehat2kan minda,bercuti bersama keluarga lebih2 lagi sekarang dh start cuti sekolah.Agak2 dh ade planning nak buat ape cuti sekolah ni?=P
googled
Pastinya korang sume ada facebook dan twitter kan?Saya juga ada,tetapi saya agak kurang update di kedua laman sosial network tu.Bukan ape kadang2 tu mcm xde menda yg nak diupdate.Hehehe.Biasanya seseorg itu akan update keadaan/lokasi/perasaan/minat dia saat itu.Dan terus tekan butang SHARE.
Selepas itu laju jer komen yg dtg lebih2 lagi klu U famous orgnyer.Share rasa suka,sedih,marah,kecewa dan sebagainya.Yang paling 'seram' bila seseorg itu share perasaan tidak puas hati mereka.Ada yg boleh meluah dgn cara yg profesional tetapi ade yg direct caci-maki terus.Itu yg kdg kala mengundang masalah.Kita cari kawan bukan cari musuh.
psst--->Orang dengki paling payah nak handle.Nak mudah??abaikn jelah=P
Saturday, November 20, 2010
BANYAKNYA ORANG BERCERAI.
Baru-baru ini bintang Hollywood,Eva Longoria dikhabarkan telah berpisah dgn pasangannya,Tony Parker.Sebelum ini saya lihat pasangan bahagia ni mmg secocok dan tidak ada angin bertiup/gosip buruk mengenai mereka.Tup-tup dh bercerai.Bercerai ni umpama trend sekarang.
Artis Malaysia berkoyan-koyan dah bercerai-berai belum dengar citer org yg bukan artis pulak,lagilah ramai.Adakah pasangan itu sukar utk mengekalkan dan mengawal masalah/godaan yg terjadi di zaman moden ini lalu membawa kepada penceraian?.Walhal kes sebegini jarang didengar zaman tok nenek kita dulu.
Cakap mmg senang kita bukan tahu masalah pasangan tersebut.Betul!Jalan terbaik adalah perbincangan secara damai antara pasangan dan tidak mementingkan diri sendiri.Fikirkan juga kebahagian anak-anak.Besarkan anak2 dalam sebuah keluarga yg lengkap dgn ibu dan bapa.
sumber:org dulu2
HUJUNG MINGGU DISINI TAK SAMA DGN YG DISANA.
Kerana didesak my sis nak mandi sungai saya turutkan jugaklah.Jadi ambik kesempatan nak ambik batu sungai.Nak buat treatment kaki gtu.Hehehe.Mmg sejuk pekena air sungai.Sesuai klu nak bawak anak2 dtg picnic ke bbq ke.
Ni yg saya suka klu balik kampung g kebun limau atok.Atok ade tanam 2 jenis pokok limau klu tgah musim limau tu fuyooooo!!!saya suka!!=P Skarang ni limau tgah hijau lagi jadi dtg kebun buang2 rumput yg panjg tu je.
-->hari dh mendung tu baik angkat jemuran cepat.
ELYANA DAH JADI ISTERI ORANG!!
Jumaat,bertempat di Duchess Place,Jalan Ampang Erneelya Elyana Emrizal,23 atau lebih dikenali sebagai Elyana selamat diijab kabul dgn pasangannya Khairul Anuar Husin,36 dgn sekali lafaz sahaja.Tahniah diucapkan!
Pasangan pengantin tiba diiringi dgn tujuh dulang hantaran bagi pihak lelaki dan dibalas tujuh dulang juga bagi pihak perempuan.Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran sebanyak RM22,000.Majlis persandingan akan diadakan pada harini,jam 12 tengahari utk jemputan keluarga dan pukul 8 malam utk media dan rakan-rakan.
Nak lihat lebih gambar dan info klik SINI
Pasangan pengantin tiba diiringi dgn tujuh dulang hantaran bagi pihak lelaki dan dibalas tujuh dulang juga bagi pihak perempuan.Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran sebanyak RM22,000.Majlis persandingan akan diadakan pada harini,jam 12 tengahari utk jemputan keluarga dan pukul 8 malam utk media dan rakan-rakan.
Nak lihat lebih gambar dan info klik SINI
TAK SEDAR DIRI!!
Amboiii tajuk macam marah jer.Takdelah marah cuma itu hanya sekadar tajuk utk menyedarkan diri sendiri dan sesape jua yg dah terpesong tu.
--->Bila kita nak awek/pakwe cantik je.....sedarkn diri cikit kita tu cantik ke tak.
--->Bila kita dah pinjam wang org lain....sedarkan diri tu nak bayar balik.
--->Bila ada org buat kita marah.....sedarkn diri supaya bersabar.
--->Bila kita gagal dalam kehidupan......sedarkan diri peluang itu masih banyak
--->Bila kita kaya......sedarkan diri ada org miskin yg tgah menderita.
--->Bila kita bijak.....sedarkan diri ilmu didada itu umpama setitik air laut sahaja.
--->Bila kita sihat....sedarkan diri besok2 mungkin kita sakit pulak.
--->Bila kita dinugerahkan suami/isteri yg baik.....sedarkan diri utk menghargainya.
--->Bila kita semakin tua.....sedarkan diri untuk beramal kepada yg Satu.
psstt--->jgn ade pulak yg sentap tau=P
Friday, November 19, 2010
BILA MUMMY KITA DH PANDAI ONLINE SHOPPING
Harini first time my mummy shopping online youuu.Hahaha.Sape yg ajar????Anak mummy loh=P
Ingat senang ke nak handle org shopping online ni.Ohh sgt mcm2 yg my mum nak.kejap2 nak ni kejap2 nak tu.Rambang mata my mum nak pilih yg mana satu.Satu family suka sgt beli tudung,tak kisahlah ape jenis pun.Kami keluarga pengumpul tudung=P
PENYERAHAN TAG DAN UNIFORM AIRASIA KEPADA RICHARD BRANSON(PEMILIK VIRGIN ATLANTIK)
Akibat kedudukan terakhir Virgin Racing dalam F1 mac lalu,pemilik Virgin Atlantik,Richard Branson telah bersetuju menyahut cabaran Datuk Seri Tony Fernandez untuk bekerja sebagai pramugari Airasia.Richard akan ditugaskan utk menjadi 'pramugari' utk penerbangan jarak jauh AirAsia X.
Tony sebelum ini berkata, uniform (pakaian pramugari AirAsia) dilihat begitu sesuai dengan Richard dan penumpang pasti akan gembira untuk menerima layanan daripadanya.
Tony sebelum ini berkata, uniform (pakaian pramugari AirAsia) dilihat begitu sesuai dengan Richard dan penumpang pasti akan gembira untuk menerima layanan daripadanya.
Tag Airasia
uniform Airasia utk Richard
BOLEH ANDA TERIMA LUNA MAYA KEMBALI???
googled
Aktres jelita,Luna Maya yg sedang berhadapan dgn kes video lucah bersama vokalis Peterpan sudah berani untuk muncul semula dalam dunia hiburan setelah beberapa bulan bersembunyi.
Luna kini muncul dgn single terbarunya yg berjudul ''Tak Bisa Bersamamu'' dan kemunculannya bertujuan utk mempromosi album terbarunya itu.
“Setakat ini saya sudah buat promosi ke semua stesen televisyen dan bakal ke stesen radio pula selepas ini. Saya tidak kisah apa yang masyarakat anggap tentang saya sama ada kebangkitan atau apa. Saya hanya menjalankan tanggungjawab dan selesaikan hutang-hutang saya sahaja,” katanya.
SAYUR TUMIS PAKU+DAGING MASAK HITAM
Cuaca panas betul kat cni.Klu pekene ABC pun sedap!!Pagi tadi bangun agak lewat ckit penat packing semalam.So memasak pun mana yg sempat jer.Nasib baik lauk semalam pun ada lagi.
daging masak hitam
Sempat jugak masak tumis sayur paku.Saya tak snap lak pic tu dh habis kene ratah.Hehehe.
Thursday, November 18, 2010
BERSAMBUNG???
Akhirnya bersambung jua..semalam sehari-hari tak update blog kerna broadbandku yg ntah ape2 je.Huhuhu.Aku rindu!
Saya dah letak satu page Linked@Delour untuk korang yg nak submit link kat saya.Lebih mudah kan.Leh tgk kt tabs atas tu ye.
Takleh lama2 ni ada email yg nak direply.Nanti2 saya update lagi k=)
xoxo
Saya dah letak satu page Linked@Delour untuk korang yg nak submit link kat saya.Lebih mudah kan.Leh tgk kt tabs atas tu ye.
Takleh lama2 ni ada email yg nak direply.Nanti2 saya update lagi k=)
xoxo
Tuesday, November 16, 2010
KAWAH KETUPAT SEKELUARGA
Lap2 peluh jap..Huh penat yg oi memasak..
Tadaaaaa..Ni je yg tinggal lauk lain dah hampir siap.Kacau2 ketupat dalam kawah ni.Laparnyerrrrrr=P
QUICK UPDATE!!
HAVE A WONDERFULL DAY COOKING WITH MY FAMILY
***winkwinkwink=P
DEAR MY BELOVED READERS
WISHING ALL OF YOU
SALAM EIDUL ADHA
FROM DELOUR AND FAMILY.=)
JANA PENDAPATAN WALAUPUN SUDAH MATI
Senarai selebrities yg telah meninggal dunia namun masih menjana pendapatan yg tinggi.
1-Micheal Jackson(50)
Pendapatan-RM880 juta
Punca kematian-Pengambilan dadah berlebihan
2-Elvis Presly(42)
Pendapatan-RM192 juta
Punca kematian-Serangan jantung
3-J R R Tolkien(81)
Pendapatan-RM160 jutaa
Punca kematian-Pendarahan Ulser
4-Charles Schulz(77)
Pendapatan-RM105.6 juta
Punca kematian-Barah Usus
5-John Lennon(40)
Pendapatan-RM54.4 juta
Punca kematian-Dibunuh.
Untuk senarai seterusnya
QASHA ENGGAN AMBIL TINDAKAN ,ISU GAMBAR CIUM
First sekali saya tidak kenal siapakan pelakon yg bernama Qasha ni.Tau2 dah meletup nama sebab isu gambar ''panas'' bersama Nabil tu.
"Buat apa saya nak ambil tindakan? Saya lebih selesa untuk mendiamkan diri dan biarlah orang nak fikir apa-apa pun kerana saya telah menafikannya.
"Sekarang ini, walaupun saya menidakkan gambar tersebut, ia telah pun tersebar dan orang boleh melihatnya pada bila-bila masa. Jadi, kalau kita nak ambil tindakan, ia tak mendorong apa-apa pun.-source
Katanya lagi gambar itu adalah gambar yg diolah dgn teknik ''superimpose'' utk menjatuhkan kerjaya mereka.
LAUK RAYA HAJI KIRA KAW TEAM JER.
Dok memerah otak nak masak ape Raya Haji ni.Senang citer masak rendang je ye tak.Hehehe.Tapi dh plan awal2 nak masak something yg lain dr biasa.Saya dan adik dh pakat2 masak sorang satu lauk.Jadinya blog DTS yg menjadi sumbernye.My mum suka btul nengok resepi2 kat ctu.
Kat cni xde budak2 jadi riuh dgar suara kiteorg jerlah.My mum kadang2 mengasuh budak2 jugak.Tapi kadang2 jer payah nak kuar katanya klu dh jadi pengasuh ni.Yang pic kat atas tu namanya Nana,yg suka ikut adik saya.Mengasuh dia sekejap coz mummy dia ade keje ckit.Saya paling suka dgn budak2 yg perangai ala2 nak tiru org dewasa ni.Hah lagi kuat haku gelak!=P
**Saya gelak kdg2 terlepas jugak sora jantan tu..hahaha.
MANA SATU??
Awal pagi sudah nak blogwalking or taip entry or buat keje yg tak beres siang tadi or nak tido????
Monday, November 15, 2010
ANGIN BERTIUP:JIMMY SHANLEY KE MAHKAMAH SYARIAH.
googled
Belum pun sampai 2 bulan usia perkahwinan mereka sudah ada ura2 mengatakan yg rumahangganya sedang bergolak.Pengacara Jimmy Shanley dengarnya akan hadir ke mahkamah syariah dalam masa terdekat ini bagi membimcangkan isu rumahtangganya.Isterinya pula baru disahkan mengandung sebulan.
Hope khabar angin ini hanya tinggal khabar angin sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)