Monday, October 31, 2011

Resepi Hebat dari Program Master Chef Malaysia.

Saya sangat gemar makan lebih-lebih lagi kalau makanan itu tidak pernah saya cuba.Saya akan cuba segala yang halal kecuali makanan eksotik contoh seperti belalang goreng mahupun ulat pokok nipah.Awal-awal saya tolak walaupun diberi 1K!

Ayam Cendawan dengan Sos Putih Pandan

Ok kita tolak tepi dulu tentang makanan eksotik.Kamu sudah menonton Master Chef Malaysia?Channel 104 setiap Ahad-Rabu pada pukul 9pm.Yang minat memasak wajib tonton lagi pula peserta adalah dari latar belakang yang berbeza pasti akan tambah menarik.

Lempeng Pisang dan Cucur Udang Ayahanda

Ape kata sesekali kamu klik ke Website Master Chef Malaysia.Sangatlah berguna kerana resepi-resepi peserta turut dipaparkan disitu.Saya dah dapat banyak resepi mudah yang ingin saya cuba nanti.Dengar ni Udang Menari di atas Sos Bawang,Gigal Ayam dengan Sayur dan ade banyak lagi.Klik Master Chef Malaysia untuk resepi hebat.


Pic kredit to Master Chef Malaysia

Pantang Real Steel!

Baru berkesempatan menonton Real Steel.Syabas Atom walaupun kalah menentang Zeus tapi pecah jugak sebelah muka robot terhebat abad ini tu.Ramalan aku mengenai filem tersebut nyata meleset rupanya lebih hebat dari yang disangkakan.Lihatlah siapa heronya.Filem itu menghiburkan jadi kanak-kanak pasti suka.Bijak Shawn Levy mencari target market mereka.


Setelah usai menonton syukur hujan pun berhenti saya terus pulang ke rumah.Jadi singgah di gerai Otai Burger untuk bekalan malam saya yang selalu lapar ini.Tiba-tiba ada salah faham sedikit diantara peniaga dan customer.Customer complain lain yang dipesan lain yang dia dapat.Apa yang membuat aku menoleh si customer marah-marah kerana makanan itu adalah pantang untuk dia makan.Siap bawa ''bodyguard'' lagi untuk menuntut wang dia semula.

Saya agak ini cuma salah faham si peniaga tidak mendengar dengan jelas pesanan si customer.Namun apa yang silapnya makanan itu adalah PANTANG!Masakan peniaga tidak tahu?Kita hidup dalam pelbagai bangsa ini sepatutnya lebih peka akan perkara asas begini.Tidak boleh pandang sebelah mata sahaja.

Sunday, October 30, 2011

Akal kata CEPAT! Hati kata SABAR!

Semalam tidur pukul 4am dan paginya bangun 8am tapi terasa sangat segar.Kemudian saya mengemas,menyapu,mengemop dan sekarang rumah saya ''blinkblink'' hasil kerja tangan saya yang jarang-jarang sekali berlaku.Sarapan pun saya sudah sediakan seteko teh dan roti gardenia berinti se-kaya.Maklumlah ini sarapan orang bujang.


Beberapa minggu lepas saya pernah menulis tentang saya yang berpindah rumah.Boleh baca di Lost Connection .Walaupun sudah berminggu namun masih ada lagi barang yang belum diangkat keluar.Kadang-kadang saya geram dengan perangai bertangguh saya ini namun saya tidak boleh nak kata apa-apa memandang saya pun bergantung kepada orang lain untuk membantu saya membuat kerja-kerja pindah tersebut.Akal yang bijak kata cepat supaya semuanya selesai namun hati ini masih boleh bersabar.

Apa yang menarik hari Ahad ini?Hanya kerja-kerja pindah barang dan saya dapat kesemua bag saya kembali=)


tweet..

Followers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers