Monday, October 31, 2011

Pantang Real Steel!

Baru berkesempatan menonton Real Steel.Syabas Atom walaupun kalah menentang Zeus tapi pecah jugak sebelah muka robot terhebat abad ini tu.Ramalan aku mengenai filem tersebut nyata meleset rupanya lebih hebat dari yang disangkakan.Lihatlah siapa heronya.Filem itu menghiburkan jadi kanak-kanak pasti suka.Bijak Shawn Levy mencari target market mereka.


Setelah usai menonton syukur hujan pun berhenti saya terus pulang ke rumah.Jadi singgah di gerai Otai Burger untuk bekalan malam saya yang selalu lapar ini.Tiba-tiba ada salah faham sedikit diantara peniaga dan customer.Customer complain lain yang dipesan lain yang dia dapat.Apa yang membuat aku menoleh si customer marah-marah kerana makanan itu adalah pantang untuk dia makan.Siap bawa ''bodyguard'' lagi untuk menuntut wang dia semula.

Saya agak ini cuma salah faham si peniaga tidak mendengar dengan jelas pesanan si customer.Namun apa yang silapnya makanan itu adalah PANTANG!Masakan peniaga tidak tahu?Kita hidup dalam pelbagai bangsa ini sepatutnya lebih peka akan perkara asas begini.Tidak boleh pandang sebelah mata sahaja.

No comments:

tweet..

Followers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers