Monday, October 31, 2011

Pantang Real Steel!

Baru berkesempatan menonton Real Steel.Syabas Atom walaupun kalah menentang Zeus tapi pecah jugak sebelah muka robot terhebat abad ini tu.Ramalan aku mengenai filem tersebut nyata meleset rupanya lebih hebat dari yang disangkakan.Lihatlah siapa heronya.Filem itu menghiburkan jadi kanak-kanak pasti suka.Bijak Shawn Levy mencari target market mereka.


Setelah usai menonton syukur hujan pun berhenti saya terus pulang ke rumah.Jadi singgah di gerai Otai Burger untuk bekalan malam saya yang selalu lapar ini.Tiba-tiba ada salah faham sedikit diantara peniaga dan customer.Customer complain lain yang dipesan lain yang dia dapat.Apa yang membuat aku menoleh si customer marah-marah kerana makanan itu adalah pantang untuk dia makan.Siap bawa ''bodyguard'' lagi untuk menuntut wang dia semula.

Saya agak ini cuma salah faham si peniaga tidak mendengar dengan jelas pesanan si customer.Namun apa yang silapnya makanan itu adalah PANTANG!Masakan peniaga tidak tahu?Kita hidup dalam pelbagai bangsa ini sepatutnya lebih peka akan perkara asas begini.Tidak boleh pandang sebelah mata sahaja.

Sunday, October 30, 2011

Akal kata CEPAT! Hati kata SABAR!

Semalam tidur pukul 4am dan paginya bangun 8am tapi terasa sangat segar.Kemudian saya mengemas,menyapu,mengemop dan sekarang rumah saya ''blinkblink'' hasil kerja tangan saya yang jarang-jarang sekali berlaku.Sarapan pun saya sudah sediakan seteko teh dan roti gardenia berinti se-kaya.Maklumlah ini sarapan orang bujang.


Beberapa minggu lepas saya pernah menulis tentang saya yang berpindah rumah.Boleh baca di Lost Connection .Walaupun sudah berminggu namun masih ada lagi barang yang belum diangkat keluar.Kadang-kadang saya geram dengan perangai bertangguh saya ini namun saya tidak boleh nak kata apa-apa memandang saya pun bergantung kepada orang lain untuk membantu saya membuat kerja-kerja pindah tersebut.Akal yang bijak kata cepat supaya semuanya selesai namun hati ini masih boleh bersabar.

Apa yang menarik hari Ahad ini?Hanya kerja-kerja pindah barang dan saya dapat kesemua bag saya kembali=)


Keputusan Rasmi Arsenal vs Chelsea & Final Piala Malaysia 2011

Sebelum bermulanya Final Piala Malaysia saya terlebih dahulu menonton Arsenal vs Chelsea.Memandangkan Arsenal ialah team favorite saya,maka wajib tonton setiap perlawanan mereka.Puas rasa hati selepas full result Arsenal 5-3 Chelsea.Bagi saya game kali ini sangat mengujakan kadang-kadang nampak tangan saya menutup muka gara-gara takut Chelsea akan mendapat gol.Nasib menyebelahi Arsenal kali ini=)


Robin Van Persie dianggap wira kerna menjaringkan 3 gol buat Arsenal.

Kemudian saya hanya sempat menonton Final Piala Malaysia pada 45 minit yg kedua.Rasa agak berlainan kerana larian pemain kita nampak terlambat sedikit dan kelihatan bola bergolek diatas tanah berbukit.Ape yang ingin dinyatakan disini ialah permukaan padang untuk FINAL PIALA MALAYSIA adalah sangat tidak memuaskan!Bagaimana kalau ditakdirkan hari ini hujan?



Mungkin tidak ada siapa yang peduli kerana Piala Malaysia sudah pun ada pemenangnya.Namun dikemudian hari padang juga harus dititik beratkan.Mungkin hasil kutipan tiket dapat digunakan untuk penyelenggaraan padang.Apa kata anda?N.Sembilan 2-1 Terengganu.Tahniah buat N.Sembilan pasukan anda hebat!Tahniah jua buat Terengganu kerna pasukan anda memberikan saingan yang sangat best untuk kami peminat bola tonton. 


Pic kredit to Mstar & BBC Sport

tweet..

Followers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers