Monday, April 23, 2012

Tiba-Tiba Tejun Bangunan..

Bila aku baca satu berita dalam surat khabar tadi mengenai ''Mati Terjun Separa Sedar'' mengingatkan aku tentang ceita yang sama jadi masa aku study dulu.

pic kredit to google.

Mangsa tutor aku sendiri.Memang kiteorang kenallah dia and selalu borak2 jugak.Petang tu sebelum kejadian kami ada class dengan dia,takdelah pulak ape2 perubahan kat dia.Dia ceria orangnya,selalu gurau2 and rapat dengan pelajarnya.

Tuptup malam tu aku dapat berita dia meninggal terjun dari tingkat 4 kalau tak silap aku.Kami student dia memang mati2 tak percayas ebab esok kan kami ada class dengan dia pastu nak discuss pasal exam lak tu.Dia dah pesan awal2 semua wajib datang.Last2 dia sendiri yang tak dapat datang.

Malam kejadian tu budak2 yang ada kat tandas dengar suara orang meraung2 kat hujung bangunan.Pastu depa nampak tutor aku tu macam orang meracau2 sambil garu2 kepala.Pastu dia terus lari ke hujung bangunan sebelah sana pulak pastu terus tejun.Mana tak tekejut budak2 yang tengok tu sekelip mata je kejadian tu berlaku.Dia disahkan meninggal di tempat tu jugak.

Ini antara peristiwa time study dulu yang aku tak dapat lupakan.



No comments:

tweet..

Followers