Tuesday, November 1, 2011

Telur Separuh Masak yg Sempurna..

Masak telur separuh masak sangat mudah hanya perlukan air yang mendidih dan telur.Namun tak semua boleh masak telur separuh masak yang sempurna.Ada yang ragu-ragu dah masak ke belum ni?Bila kupas kulit telur ''Ala dah keras''.Begini caranya:

1-Pastikan telur tersebut dalam suhu bilik bukan keluar dari peti sejuk terus letak dalam periuk.Sekiranya telur dikeluarkan dari peti sejuk biarkan 30 minit dulu sebelum dimasak.Ini untuk mengurangkan kebarangkalian telur pecah apabila terkena air panas.

2-Setelah air mendidih masukkan telur.Untuk telur bersaiz medium memerlukan 3 minit manakala untuk saiz besar pula perlukan 4 minit untuk masak.

3-Keluarkan telur dari tempat masak dan basuh telur dengan air paip selama 30 saat.Siap untuk dimakan.


Pic kredit to Google.

No comments:

tweet..

Followers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers