Tuesday, November 1, 2011

Harus Baca!! Berhati-hati di Stesen Minyak!!!


sekadar gambar hiasan

Pertama sekali saya tidak pasti akan kebenarannya namun perlu anda baca supaya

anda lebih berhati-hati dikemudian hari.Ini khas buat wanita.

Harus baca!

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat 

seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai 

memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin 

meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker 

dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke 

dalam untuk membayar tunai.



Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan

kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan 

bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita 

tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit 

marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas 

tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu 

bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut 

sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan 

bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. 

Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki 

itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.


Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah 

terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang 

wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan 

dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen 

minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / 

buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan 

mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian 

menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama-wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada 

waktu malam.

Kedua-Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin 

mendapatkan tempat letak kereta percuma!

Ketiga-Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi 

sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua 

berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :

1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.

2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.

3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu 

lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam

kredit to SharizanShafie

No comments:

tweet..

Followers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers