Monday, September 19, 2011

Sinopsis Slot Akasia Soffiya



Aku sukerlah top yg die pakai tu..plus lagi dengan jaket kat luar ohh macam artis youuuuuuuuuuuuuuu..Baru ku tahu nama pelakon ni Izara Aishah baru 19 tahun ko.Izara Aishah jugak salah seorang pelakon dalam Drama Soffiya yg akan disiarkan di TV3 bermula 21 September ini.

Sebelum drama start jom baca sinopsis dulu.

Sinopsis drama Soffiya

Ikuti kisah Soffiya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.
Nasib buruk terus mengikuti dirinya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara. Baru mula mengenal erti cinta, namun, dia terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri. Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahannya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri. Bagaimanakah dia mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya?
Drama Soffiya turut dibintangi Tiz Zaqyah(Soffiya),Fizo Omar(IIyas),Azhar Sulaiman(Kamal),Syazwan Zulkifli.
pic kredit to MyStar
sinopsis kredit to OhGempak


No comments:

tweet..

Followers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers