Friday, December 10, 2010

SAH REBBECA NUR AL-ISLAM KAHWIN DUDA JANUARI 2011

Tidak berapa lama dulu ade terdengar ura-ura mengatakan Rebbeca Nur Al-Islam bakal menamatkan zaman bujangnya.Namun sekarang khabar angin itu akan menjadi nyata apabila Rebbeca akan melangsungkan pernikahan dgn seorang peguam,Nor Azam Datuk Sulaiman,42 pada 14 Januari 2011.


Menurut Rabecca, dia akan mengadakan tiga majlis berturut-turut iaitu pada 14 Januari bagi acara pernikahan sementara 15 dan 16 Januari pula bagi acara persandingan.

"Pada 14 hari bulan, pernikahan akan diadakan di rumah baru saya di Ampang, Selangor manakala majlis resepsi sehari selepas itu di Hotel Flamingo, Ampang berkonsepkan tradisional.
"Manakala 16 hari bulan pula ia akan diadakan di Menara Kuala Lumpur berkonsep Inggeris, di mana hanya 250 tetamu sahaja yang akan hadir.
"Syukur alhamdulillah setelah tiga tahun bercinta, kami bakal disatukan," katanya pada sidang media pengumuman perkahwinannya di butik Harrods, KLCC di sini, Jumaat.

No comments:

tweet..

Followers