Wednesday, March 7, 2012

Champions League Result : Arsenal 3-0 AcMilan..Tetap kalah jugak=(

3 berbalas 0 pun tetap tak layak kerna Arsenal sudah terkena 0-4 masa first leg duluuu dengan Milan..Aduh sayang betul tapi tulah orang kata bola ni kan ikut nasib,walaupun kau main macam five star nyer player tak kemana jugakkkk..Bila tengok muka Rosicky tu kemain kecewa dia..Dia antara yang main peranan dalam game awal pagi tadi..

Tapi ape2 pun semangat Arsenal main awal pagi tadi sangat lain macam Ooooo..Hope lepas ni berterusanlah semangat player tu..Nampaknya takda cup lagilah musim ni..EPL??macam tak tercapai akalkuuuuuuuu=P

**Pagi ni kita sarapan citer bola jerlah yer=P

pic kredit to google.

Monday, March 5, 2012

Fazura cantik dalam Bujang Terlajak

Cantik tak Fazura??Dia adalah sebab musabab kenapa aku relakan hati tengok movie Bujang Terlajak ni..hehe..Kalau bukan Fazura aii tak tengok kut.Movie jenis gini bukan minatku..=P




Malam minggu lepaslah aku chop 2 movie ni Bujang Terlajak & Sumpahan KumKum.Dalam movie Bujang Terlajak tu Fazura gojes gilerr uuuuu..Aku lebih suka dia tanpa mekap tebal2..Ape rahsia ek kak Fazura??=P tak caya p lah tengok...=P Dan Sumpahan KumKum tidaklah seseram yg dikhabar tu..Entahlah mybe meter berani aku ni dah naik ckit kut..muahahaha..

kredit to google & FB

Friday, March 2, 2012

Surirumah yang dot dot dot


Surirumah yang ....... .
Tempat kosong tu korang isi sendirilah yer tapi sebelum tu baca dulu kisah kat bawah ni.Baru tau jawapannya=)

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.



Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Hargailah seorang isteri.. Kerana pengorbanannya tidak terkira..
kredit to FB


tweet..

Followers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers