Saturday, November 5, 2011

Ayam Segar untuk Hari Raya Aidiladha

Mula-mula sekali di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca-pembaca blog saya yg beragama Islam.Yang dalam perjalanan pulang ke kampung tu berhati-hati semua ye.

Saya masih setia di sini beraya bersama rakan-rakan saja kerna kampung saya nun jauh di seberang sana.Bagi yang tinggal jauh dari keluarga macam saya ini selalu-selalulah menelefon keluarga supaya tak rasa terasing pula.


Misi hari ini adalah membeli belah bahan dapur.Hope ayam tak habis stok lagi.Jom-jom!

Pic kredit to google

Ragam di Twitter mengenai #ASK2011

Yay Anugerah Skrin 2011 sudah pun berakhir.Saya pasti anda sudah tahu siapa pemenang untuk setiap kategori bukan?Mulanya saya ingin menyenaraikan nama para pemenang Anugerah Skrin 2011 tapi anda boleh dapatkannya dengan hanya meng'google'.Jadi saya ingin buat sedikit kelainan.Mari kita lihat ragam di twitter mengenai #ASK2011







Macam-macam pandangan yg kita dapat dari twitter.Secara keseluruhannya agak hambar dan penonton pun kelihatan hilang semangat.Kenapa ya?Adakah kerna  ''host'' nya atau Anugerah Skrin itu sendiri?

Pics kredit to twitter

Friday, November 4, 2011

Khidmat Bomoh untuk '''Vikingdom''

Banyak rakan-rakan yang bercerita mengenai ''Vikingdom'' sejak Dominic Purcell datang ke Malaysia.Mungkin gara-gara Prison Break siri tv yang popular itu.

Dengarnya perngarahnya Yusry KRU mengakui ada menggunakan khidmat bomoh untuk menahan hujan ketika pengambaran filem tersebut.Maklumlah hujung-hujung tahun kan musim hujan.


"Saya tidak percaya tentang perkara-perkara begini tetapi ia hanya hanya satu usaha sahaja untuk kami melakukan penggambaran dengan lancar.
"Alhamdulillah sama ada betul atau kebetulan penggambaran untuk beberapa babak yang dilakukan di luar kawasan berjalan lancar biarpun hujan lebat turun selepas setiap kali selesai penggambaran,"-Yusry KRU

Bila cerita mengenai menahan hujan dulu sewaktu saya kecil saya pernah menyaksikan seseorang mengalihkan awan gelap ke kawasan lain untuk elakkan hujan.Seakan-akan ada kuasa 'magic' yang mengerakkan awan tersebut.Sebagai budak-budak mestilah saya kagum sangat2.Sekarang orang tersebut pun dah tiada jadi hilang kesempatan saya untuk bertanya.Rahsia tinggal rahsia.


Pic kredit to google

tweet..

Followers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers