Tuesday, December 14, 2010

SOFAZ TUKAR NAMA MENJADI SOFAZR

googled
Selepas tujuh tahun menggunakan nama Sofaz, kumpulan yang dianggotai oleh enam anak muda ini tampil dengan nama baru iaitu Sofazr bersempena dengan kemunculan album terbaru mereka, Maaf Dari Hati Mohd Atlas.

Menurut gitaris kumpulan itu Zimi, selepas kontrak mereka selama tujuh tahun di bawah label Suria Records berakhir baru-baru ini,Sofaz menanggap sudah tiba masanya utk mereka berdikari dan menguruskan sendiri perjalanan seni mereka.


Justeru, penjenamaan semula kumpulan itu disifatkan bertepatan pada waktunya bagi meraikan kemunculan terbaru mereka di bawah label Global Records.
"Keputusan untuk tampil dengan nama baru ini dibuat atas persetujuan semua ahli kumpulan. Seperti yang semua sedia maklum, nama Sofaz diilhamkan hasil gabungan huruf pertama nama setiap ahli kumpulan kami.
"Sebenarnya, sudah lama kami ingin mengubah nama kumpulan ini kepada Sofazr kerana sejak album kedua lagi pemain keyboard iaitu Rodie sudah menyertai kami.

No comments:

tweet..

Followers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers