Monday, August 20, 2012

Ketupat,Lemang,Rendang...Selamat hari Raya darlings!

Salam my readers!
Wow lame giler saya tak menulis disini.Oppsss first of all saya nak wish all of you Selamat Hari Raya Aidilfitri=)Mohon ampun dan maaf sekiranya selama saya menulis ini saya ada menyinggung perasaan my readers.FYI saya cuma dapat online kat CC jer since my lappy dah takdek ni.Kene tunggu orang hadiahkan baru leh online selalu ye tak=P

kad raya untuk korang=)

Orait my dear saya akan aktif berblog kembali after raya.Rindunyer nak blogwalking kat blog uolls.See you darlings!


Monday, July 2, 2012

Alamak tinggi lagi!

Heylu readers!

Meleset sama sekali tekaan saya mengenai result Final Euro2012 awal pagi tadi.Saya teka Sepanyol 2-1 Italy tapi rupa nya 4-0 Italy kene.Mesti tersenyum lebar penyokong2 setia Sepanyol kan.Ape nak buat bukan rezeki Italy nanti cuba lagi yer=)

Harini saya ke klinik sekali lagi untuk checking tekanan darah.Alamak tinggi lagi!Takkan sebab Italy kalah kut.=P Dalam keluarga memang ade sejarah darah tinggi mungkin jugak itu salah satu sebabnya.Nampaknya saya kena jaga lagi cara pemakanan ni.Itulah sekarang saya dah memberanikan diri ke klinik & hospital untuk pemeriksaan kesihatan.Korang mesti pegi checking jugak tau kalau ada tanda2 tak sihat ke cepat2 pegi klinik.

Kesihatan itu penting untuk hari tua bak kata mak saya.Hehehe


kredit to Arabiawedding

Malam tadi juga saya sempat belek2 satu blog ni yang sangat memberi inspirasi kepada saya.Rasanya nanti saya nak buat satu segmen khas di blog ni untuk idea saya itu..Hope korang suka yer..


Saturday, June 30, 2012

Pesta Flora Putrajaya (FLORIA) 2012.

Yay Pesta Flora Putrajaya datang lagi!!Teruja betul saya.Itu pun saya hampir2 tak tahu tapi nasib baik kawan saya bagitau dia buat shoot di Putrajaya harini.

Sekiranya saya jejak lagi ke Pesta Flora tahun ini maka secara rasmi 3 tahun berturut-turut saya join Pesta tersebut.Saya adalah peminat tegar bunga-bungaan dan nature sebab tu saya tak nak lepaskan peluang macam ini.Sesiapa nak baca kisah Pesta Flora beberapa tahun lepas boleh klik Pesta Flora Putrajaya 2010 & Pesta Flora Putrajaya 2011.

Disini saya sertakan maklumat ringkas untuk korang yer

PESTA FLORA PUTRAJAYA(FLORIA) 2012
Tarikh : 30 June-8 July 2012
Masa : 9.00am-10.00pm(Isnin-Khamis)/ 9.00am-12.00 tghmlm (Jumaat-Ahad)
Tempat : Persisiran TasikPresint 2,Putrajaya.
Bayaran Masuk : PERCUMA
Tema : Bunga Kertas-Tetap Menawan.(kalau Mak ada ni mesti dia suka)

Untuk maklumat lanjut korang boleh KLIK SINI..

Magic Of The Night 2011-kredit to Maklimah

Yang paling saya tunggu2 sekiranya berkesempatanlah kan saya nak tengok sekali Tourism Floral Parade 2012 pada malamnya.Mesti cantik,bercahaya & penuh warna warni.Oh ya Kementerian Pelancongan juga mengadakan Pertandingan Photografi dengan subjek utama adalah Perarakan Bot Flora tersebut.Kprang yang pandai snap2 tu jangan lepaskan peluang tau.Tarikh tutup adalah 5 Julai 2012.Info lanjut boleh klik Kementerian Pelancongan.


Friday, June 29, 2012

Handsomenya suami dia!

Suami siapa pulak yang saya puji handsome ni?Bukan saya yang cakap yer tapi komen2 pembaca di blog hiburan disana.

Tahniah buat Irma Hasmie kerana telah rasmi bergelar isteri buat Redza Syah Azmeer.

klik utk lebih jelas

Cantik bukan pakaian nikah Irma Hasmie ni rekaan dari Halta Dolmat.Manis,sopan dan yang penting auratnya tertutup.Bertuah suami Irma!

Saya taknaklah tulis lebih2 sebab di blog hiburan semua info ada.Ape??Korang nak tengok husbandnya yang handsome itu??Samalah kita sebab tu wujudnya entry ni..hahaha..

klik utk lebih handsome=P

Nah saya tepek sekeping.Handsome tak??=P Yang mata sepet2 ni selalu orang nampak handsome tau.Buktinya cuba korang tengok K-PoP berapa ratus juta peminatnya.Penangan mata sepetlah katakan.

Pic kredit to OhBulan.


Final UERO 2012 : Spain vs Italy

Heylu readers!

Saya baru berkesempatan nak menaip entry baru harini.Maaflah dalam seminggu dua ni sibuk sedikit jadi penghuni klinik katakan.

Lepas orang habis solat Jumaat tadi tiba2 datang semangat saya nak menulis.Ada sesiapa yang tengok bola awal pagi tadi?Saya awal2 lagi dah padam jadi kene tengok game ulanganlah jawabnya.Tak sangka pulak Italy yang menang itulah bola,bulat, jadi kene tengok luck masing2.

"Lihatlah dunia" aksi Balloteli selepas menyumbat gol yang ke-2 untuk Italy.

Dan semestinya penyokong Italy sangat berterima kasih buat beliau.Semakin mahallah harga ko Balloteli lepas sumbat 2 gol kemenangan tu.Walaupun Balloteli ni nakal tapi dalam bola ni ke'terer'an tu lagi penting tau=P 

Jadi untuk final, Italy akan bertemu dengan Sepanyol awal pagi Isnin nanti.Aduh esoknya kan nak kerja..Bos cuti bolehhhh??=P 

Kalau ikutkan gerak hati saya agak2 keputusan final nanti Sepanyol 2-1 Italy kut..tapi yang pasti game ni mesti menarik sebab penuh dengan dramaaaaaaa...korang pepahamlah kan=p

Malam tadi sebelum game mak call saya.Jadi saya pun bagitau mak yang saya nak tengok bola awal2 pagi.Nak tau ape mak cakap?Mak kata dia tiba2 teringat dengan arwah ayah sebab perangai kami anak beranak sama je=)Anak ayah katakan..hehe..

Pic kredit to Abc.Net


Friday, June 22, 2012

Please Save Me!!!

Heylu Readers!

Lets do something good today=)!!Saya nak menyeru rakan-rakan semua untuk bersama-sama saya dalam usaha untuk menyelamatkan Mr Turtle dan spesisnya.

google
Tahukah anda Mr Turtle tergolong dalam spesis haiwan yang terancam??Mungkinkah satu hari nanti cucu cicit kita tidak mengenal paras rupa Mr Turtle lagi??

Alaaa kesian dekat anak cucu kita=( Jadi mari kita sama-sama berjanji untuk tidak menggunakan sebarang bahagian badan penyu mahupun memakan telur mereka serta bersama-sama menyokong untuk mengharamkan semua penjualan Mr Turtle.


klik untuk lebih jelas

Nampak tak anak panah kaler pink tu?Ahaaa anda perlu isi kotak kosong tersebut dengan ur details k.

Turunkan cop mohor anda DiSINI.

Terima kasih=)


Thursday, June 14, 2012

Hebat Pawang dari Kedah..

Hari ini Khamis malam Jumaat maka amat bersesuaianlah saya nak bercerita mengenai seseorang.Seseorang yang bernama Pawang .Sebelum itu saya ingin maklumkan yang saya mendengar khabar ini semalam sambil tu mata tengok Euro=)

Seorang rakan telah pergi berubat dengan Pawang yang berada di Kedah.Mereka kata Pawang ini bagus boleh ubat pelbagai penyakit.Antaranya orang patah kaki,sakit2 dalaman,orang bisu,dan penagih dadah pun dia pernah tolong pulihkan.


lebih kurang mcm gambar ini *google*

Rakan saya ini ada beguk(betulke ni?) di tepi leher.Mendengarkan kehebatan Pawang ini maka rakan ini datang untuk berubat.Diceritakan lagi sebelum berubat kita diminta pasang satu niat.Selepas itu Pawang tu datang pada rakan saya dan terus ubatkan.Tiba2 beguk ditepi leher itu pecah dan darah memercik pada muka sahabat yang duduk disebelah.Rakan saya terkejut,lalu Pawang itu memberikan cermin untuk melihat lehernya.Tetapi rakan saya menolak sebab takut nak tengok katanya.Semasa berangkat pulang barulah rakan saya berani tengok lehernya di cermin bas.Alhamdulillah katanya tidak ada apa2 yang mengerikan dan beguk itu pun tiada lagi sehinggalah sekarang.

Ada lagi yang diceritakan tapi ini sahaja yang mampu saya taip.Rakan saya memberitahu harini Pawang itu datang ke Selayang untuk ubat orang.Sesi ini dibuat di dalam dewan.Tidak pula saya tanya dewan mana.Ini kali ketiga Pawang itu datang ke sini.Sebelum ini Pawang itu pernah datang ke Rawang,beratus orang jugak yang datang berubat.Setakat malam tadi ada 75 orang yang sudah sahkan hendak datang.

Bagi saya selagi orang itu berniat baik untuk membantu sesama manusia dengan cara yang baik tidak salah untuk kita mencuba bukan.



Wednesday, June 13, 2012

Revamp my blog!

Seriusly aku nak tukar wajah blog ni tapi aku ni tak sekreatif mana pulak.Setakat yang simple2 tu boleh la.Selain tu aku nak tukar cara penulisan and bahasa aku dalam ni serius macam bosan jer.Word ''aku'' tu pun agak2 nak tukarlah jadi i ke saya ke nama ke sebab ade orang sangka aku ni 'dude'okehhhhhhhhhh T___T

Sudah salah sangka disitu..jadi kenelah jadi lebih feminin tak gitu..Okeh2 idea cepatlah maiii...


Monday, June 11, 2012

Sape nak Flowy Dress??




Agak2 ade antara dua tu yang korang minat tak??Kalau ade meh cepat2 roger akak di delour87[at]gmail.com ..Ni akak share sekali detail2 yer..

Material : Chiffon with lining
Length : 100cm
Bust : 76-90cm
RM47.00 siap pos!

Sape nak cepat2 email akak yer..
TQ=)


Thursday, June 7, 2012

Ikan Patin Ni Mentah Ke?

Heylu readers!

Tengahari ni aku ingat nak try makanan baru iaitu ikan patin.FYI aku ni tak minat sangat ikan minat aku kat ayam jer.Hohoho.

kredit to Kakisaizlapan

Lebih kurang macam ginilah rupa gaya masak ikan patin tu.Mahal jugak lauk ikan aku nih!Jadi aku startlah makan...bila aku cubit sikit isi ikan tu aku tengok kaler merah2 macam ikan mentah tu bah.Pastu ada lendir ckit.Memang isi patin macamtu ke??Ke tekak aku yg tak lain ni..

Lima minit aku terus stop makan..aku rasa macam nape tak sedap ek..


Wednesday, June 6, 2012

"The Live Great Programme" untuk Hidup Sempurna!

Tau tak ape yang lebih penting selain wang??Ahaaa yang lebih penting dari wang ialah kesihatan.Banyak wang tapi tak sihat tak guna jugak.Tetap jugak hidup sengsara bukan?

googled

So dizaman yg segala macam bergerak pantas ni ada banyak yg abaikan kesihatan sendiri untuk mencari wang.Jadi untuk memudahkan uolls yg "tiada masa utk kesihatan" ni sama2 untuk join The Live Great Programme.Program yg sememangnya sangat berguna utk diri aku sendiri dan jugak uolss..

Nak tau macamana program tersebut jom tengok SINI..


Monday, June 4, 2012

The Journey

My journey starts today..wish me luck frens...=)



xoxo 

Wednesday, May 30, 2012

Fazura Gorgeous di Pelancaran House of Doll!

Orang kalau dah cantik pakai ape pun tetap cantik..love ur shocking pink dress Fazura!




Fazura dah ade butik uuu..ohh tu salah satu impiankuuuu..Butik House of Doll ini adalah milik Fazura sepenuhnya!Congrates2x!! and yg nak beli baju2 rekaan Fazura ini bolehlah singgah di butik tersebut di Jalan Telawi Bangsar.

Ok ini address nyer
House Of Doll.
No 10,Jalan Telawi 3,
Bangsar Baru,
KL.

Pic kredit to beautiful nara & buahmulut

Takleh tido..hazabnyerrr=(

Morning uolls..entry ni aku taip seawal jam 6am tadi..hehehe..sebabnya aku dah 3 hari tak dapat tido malam..hazabnyerrr menahan ngantuk tenghari nanti=(

googled

Especially lepas lunch mata automatik on of on of jer.Agak2 ape ubatnyer orang takleh tido malam ni ehh..uolss ade tips tak??Ke aku dah terkena insomnia..tidakkk!!!


Monday, May 28, 2012

Short vacays only RM28 biar betul??

Cameron Highland?Pangkor?or Port Dickson?Yer beria2 aku senaraikan nama tempat best tu siap buat survey lagi..Hehehe..Sebenarnya kan uolls lama sudah aku tidak "terbang".Meaning kat sini aku nak bercuti ko.Short vacay jer pun tak ape janji leh hilang stress..

Cameron Highland June 2011

Memula aku rasa nak pegi cameron jer sebab last visit kat situ macam tak berape puas arr..Lagipun aku dah tau tempat tu macamana cuma yg azab sikit tue bila drive naik atas.Korang pepahamlah kan jalannyer macamana.

Tapi fikiran aku macam berubah jer bila tengok deals "Hot deals for Genting Highland"!!!Banyak jimat tueeee..!!!Cepat2 aku calling adik aku tau..Heh jadi tak jadi kene tanya orang tua dulu nih..Yang nak tau lebih boleh tengok kat "Hot deals for Genting Highland" .

Sunday, May 27, 2012

Lazy Sunny Sunday..

Rasa nak tido sampai petang jer since petang ni sure hujan punyer..laalala tak cukup tido!badan and otak letih!kalau dapat massage ni mesti best.=)

Nak update jugak blog ni walaupun hanya dua tiga ayat..hehe

Happy sunday guys!

Thursday, May 24, 2012

Tiba-tiba dia bawak besi...!

Yer betul aku tak tipu depan mata aku tuh..

1am
Aku rasa macam takleh nak tido jadi aku dengan kawan aku pusing KL jap pastu singgah ke Dataran Merdeka.Kebetulan orang ramai lagi kat situ sebab ada sambutan Colors Of Malaysia hujung minggu tu.Polis pun ada parking sekali kat citu..

tempat kejadian

Dari jauh aku nampak budak2 jalan ala2 gangster jer lalu depan aku pastu die panggil budak pompuan sebelah aku ikut dia.Kat hujung tu aku nampak die tolak budak pompuan tu siap terduduk budak tu atas simen.Tiba2 aku dengar budak lelaki jerit2 sambil larik bawak batang besi!Aku agak die nk pukul budak yg ala gangster tadi tu..

Menyirap darah aku!Selama hidup ni aku tak pernahlah tengok orang gaduh pukul2 live gni..aku nampak depa dok tunjuk2 pastu aku toleh tempat lain takutlah nak tengok..

Pastu aku dengar kawan aku cakap ''Bila nak start ni?''
''hahhh??''

Rupanya depa dok gaduh mulut jer aku agak sebab polis ade ctu kut!Alahh drama tullaaa...


Wednesday, May 23, 2012

Date with Shaheizy Sam..

Tengah bersiap-siap nak date dengan Shaheizy Sam tueee..

Sesambil tu ngap biggg donut utk hilangkan nervous katakan.=)Teringat pulak dedulu kala aku cakap ngan mak aku suruh jual donut cokelat cenggini kat kampung.Sekali jual pergghhh beratur bebudak sekolah wa cakap sama luuu..Jadi tokey donut jap mak aku=P


Orait dah 4.10pm dah jadi jom date dengan Shaheizy Sam kat TGV jer uollss kan last entry kata nak Wednesday Movie Dating..Sebab dulu dah tengok Ngangkung sekarang Nongkrong pulak..Layan jerlahh..Ringan jer movie ni takdelah kelakar sangat pun cuma kekadang tu terlepas jugak aku gelak..Next KL Gamgster pulak bila nak kuar nihhhh..

p/s Sebut pasal KL Gangster aku nak citer kat korang pasal kejadian kul 2am kat dataran..Tungguuuuuuu


Wednesday movie dating..

Jom movie dating korang...bisa ngak??

Setelah aku belek TGV pilihan yg ade cuma Nongkrong or MIB jerrr..MIB takleh lu kene tunggu minggu depan kott.Apesal takde citer best hujung2 bln Mei ni..


Nongkrong pun Nongkronglah janji leh layan hatiku yg lara ini..chewahhhhhh=P!


Thursday, May 17, 2012

Putus tali!



Sejak laptop takde nih aduh payah na nak update blog=(Time2 gnilah buffered earning datang pulak..jom buat duetttttt..


Saturday, May 12, 2012

Grilled Turkey Yang Menggoda!

Yay hari tengahari dah..!!baru sedar nak g mandi..hahaha..layan FB jap tu yang sampai lupa nak mandi..hohoho..dah tengahari dah ek jadi jom citer pasal makannnnnn.....

Sesambil belek email pagi tadi aku dptlah email dari MyDeal..alah yg email diskaun kaw-kaw tu..ada diskaun dining,travel,gadjet and memacam lagilah..Terus klik CNI..

kredit to MyDeal

Ntah macamana hati ni macam tertarik jer kat Grilled Turkey Breast tueeeeee.Aduh dish ni mengoda banget!.Rasa nak try jerr..Only RM18 jer koo..

nak taknak nak taknak??

Friday, May 11, 2012

Hari Terakhir Aku Bersama Dia...

Elok-elok aku p bersihkan sampai berkilat,aku lap2 buang debu2 semua..lama aku tengok laptop aku ni..banyak jasa dia kat aku dari aku U dulu sampailah sekarang..Laptop ni tak pernahlah susahkan kepala otak aku..Tak pernah rosak pun selama 6 tahun aku pakai..

Inilah satu2 pemberian atok aku time aku tengah pokai kering atok aku yg dulukan duit dia utk mudahkan aku blaja katanya..Betapa sayang aku dengan dia ni..perghhhh..!!!


Tapi harini aku kene ucapkan selamat tinggal buat selama-lamanya kat dia..Sedih aku dooooo..Dek kerana salah orang lain aku yg merana aku yang dipijak kepala T__T 


Wednesday, May 9, 2012

Hadiah Hari Ibu..

Still tercari-cari lagi hadiah Hari Ibu??Kalau macam tu samalah macam aku blur jap ape yer best nak kasi kat mak2 kita ni??

Actually aku tak berkesempatan lagi nak keluar survey barang so salu carik2 online jer.


Mungkinkah ini??Olay Regenerist..

Adik aku asyik bagi cadangan kain ela dan tudung jer..Bukan ape dah slalu sangat mak aku dapat kain ela .Anak buah,makcik aku kain ela selonggok bagi kat mak tu yang baju kurung dua almari jadinya..hehehe..Agak2 ape lagi yang best ohh??

Pic kredit to google.


Friday, May 4, 2012

RM48 for iPhone 4s??

Sekarang adalah zaman smartphone dan bagaikan satu kemestian.Bila tengok orang pakai "wahh best-best nak jugak!" tapi harga dia alahai mahal betul..Nak campak 1K-2K sekali untuk smartphone saje dah gigil kepala lutut ni..

google

Jadi dicni ada satu jalan penyelesaian.Hanya RM48 for iPhone 4S!!!Biar betul??iyer donggggg..Untuk mengetahui lebih lanjut lehlah ke RM48 for iPhone 4S .Sape lambat memang tak dapeklah barang hot niiii!!!!


Rahsia Jumaat..

Baru ada kesempatan nak update blog..Ehh dah Jumaat rupanya..maaflah yerr aku sedang mengusahakan satu lagi sumber pendapatan sampingan aku sebab tulah blog ni macam terabai jer..namun aku nak berterima kasih buat pembaca blog ni yang setia juga datang melawat blog aku ni..

google
Orang kata kalau nak dapat banyak mestilah dari sumber yang pelbagai satu sumber saje mana cukup tulah yg sedang aku usahakan...sesambil tu nak mendapat keberkatan Hari Jumaat itu sendiri..aku harap semua ini dipermudahkan oleh-Nya.

Oh yer aku baru terbaca berita mengenai pemergian Bob Kuman semalam.Al-Fatihah buat arwah dan takziah aku ucapkan buat keluarga arwah..Semoga rohnya dicucuri rahmat..Aminn..

Orait semua tak naklah bebel panjang2 jom kita sambung kerjaaaaa...


Tuesday, May 1, 2012

Selamat Hari Pekerja!!!cuti tak???

Selamat pagi readers!Dah breakfast?


Selalunya kalu breakfast aku akan amik meehoon  tak pun nasi lemak.Jarang benarlah breakfast setakat roti bakar or telur separuh masak plus teh tarik semuanya nak yg berlemak aje..biaselah rakyat Malaysia katakan..=P



Tapi pagi harini lain pulak.Malas nak pegi kedai punya pasal jadi makan jerlah baki kurma and kismis semalam.Aku dapat ni pun orang yang bagi depa baru balik umrah kira kurma mekahlah buat sarapan gtu.Makan 3 bijik kurma jer dah kenyang koo..plus secawan teh o..korang sarapan ape tadi?

p/s Selamat Hari Pekerja!!!

Monday, April 30, 2012

Kenapa kod iklan Nuffnang tak berfungsi??

Sesambil makan cokelat ni mehlah citer ckit pasal nuffnang.Lama dah rasanya takde cerita Nuffnang dalam blog ni.

Korang dah sedia maklum yang Nuffnang haritu ada buat kod baru utk iklan depa jadi aku nak trylah kut2 ade kelainan.Aku masukkan kat blog yang lagi satu.Dah insert kod iklan hukaloh tak jadi pulak.Jadi aku tukar kod yang lama punya pun tetap tak jadi.Aduh gimana ni??Nasib baik tangan aku tak gatal nak tukar kod dalam blog ni kalau tak haram tak jadik.

Nape yer?Korang ade mengalami masalah yg sama ke?Ke takleh daftar banyak blog??

Ape-ape pun aku tetap happy sebab BE aku capai jugak target walaupun dari tiga dah jadi satu..=P Oklah aku nak setup kedai lu nanti bebel lagi....




Sunday, April 29, 2012

Kereta Terbaru dari Jerman..

Orang Jerman ni tak dinafikan kalau dalam bidang kejuruteraan mereka sangat hebat.Lebih-lebih lagi bab design kereta.Mereka ni mempunyai pelbagai macam idea untuk design terbaru mereka.
google

So yang minat dengan kereta apa kata anda??Dah lihat hasil seni mereka.Kalau belum apekata skodeng CNI.Letak tanda sokongan anda pula kat CNI.


Saturday, April 28, 2012

Live Streaming dari Dataran Merdeka..

Kalau rasa nak tengok Live Streaming dari Dataran Merdeka meh singgah cni.Setakat yang aku tengok ni orang dah ramai dah kat Dataran tu.

google




Friday, April 27, 2012

Payment ke-5..

Aku berpegang pada peribahasa orang tamak selalu rugi so inilah payment ke-5 aku dapat dari iPanel.Ckit-ckit pun jadilah dari takde langsung kan.

click utk lebih jelas

Keje kita cuma jawab survey jer yang diberi kemudian boleh redeem ikut point yang ditentukan.Payment minimum serendah Rm 5 saje..Sape2 berminat tu leh join CNI.


Thursday, April 26, 2012

Bunga dan Bunga..

Petang2 gni kita citer pasal mungelah yer.Antara tempat yg paling aku suka pegi ialah kedai bunga.Aku kalu tengok bunga rasa nak borong semua jer.Semalam aku sempat jejak kat satu kedai ni.Bukan kedai bunga actuallyy macam kedai cenderahati gtu.Tujuan ke situ aku nak survey somethinglah untuk adik akuu..Adik aku tu nak...hmmmm nantilah aku bagitau nak ape tue=P

Ni bunga pelestik yer bukan fresh flower.Kalau mak aku ada ni sejam dua pun boleh duduk kat kedai ni jer.

Nak rembat ni jgk kasi ade variasi ckit.

Duh kabur pulak biaselah camera phone jek.

Yg putih tu asyik memangil-manggil jer.Nanti datang lagi aku pasti borong!Terus aku msg adik aku cakap aku dah jumpe something tuuu.Tapi bukan bunga ni tauu....Time nak ambik gambar ni Ya Allah kemain aku cover habess takut amoi tu nampak..

Pengumuman!

2 hari merempit dalam hujan hantar barang haini aku dah tak sihat dah..Sekarang ni dok tunggu kawan aku bawak balik ubat..

google

Nak buat pengumuman ckit sapa-sapa yang buat order di Trick-UP harini aku mohon maaf sangat2lah sebab mungkin email korang tu lambat ckit aku nak reply yer..Hope lepas makan ubat ni cepat baik den nak merempit lagi ni uiii..


Monday, April 23, 2012

Tiba-Tiba Tejun Bangunan..

Bila aku baca satu berita dalam surat khabar tadi mengenai ''Mati Terjun Separa Sedar'' mengingatkan aku tentang ceita yang sama jadi masa aku study dulu.

pic kredit to google.

Mangsa tutor aku sendiri.Memang kiteorang kenallah dia and selalu borak2 jugak.Petang tu sebelum kejadian kami ada class dengan dia,takdelah pulak ape2 perubahan kat dia.Dia ceria orangnya,selalu gurau2 and rapat dengan pelajarnya.

Tuptup malam tu aku dapat berita dia meninggal terjun dari tingkat 4 kalau tak silap aku.Kami student dia memang mati2 tak percayas ebab esok kan kami ada class dengan dia pastu nak discuss pasal exam lak tu.Dia dah pesan awal2 semua wajib datang.Last2 dia sendiri yang tak dapat datang.

Malam kejadian tu budak2 yang ada kat tandas dengar suara orang meraung2 kat hujung bangunan.Pastu depa nampak tutor aku tu macam orang meracau2 sambil garu2 kepala.Pastu dia terus lari ke hujung bangunan sebelah sana pulak pastu terus tejun.Mana tak tekejut budak2 yang tengok tu sekelip mata je kejadian tu berlaku.Dia disahkan meninggal di tempat tu jugak.

Ini antara peristiwa time study dulu yang aku tak dapat lupakan.



Thursday, April 19, 2012

Sapa nak???

Kehulu kehilir harini hantar barang..ni aku nak clear kan stock handbag ni..Sape nak????

Harga asal Rm39 so aku bagi RM20 jek siap pos!Kalau Sabah/Sarawak tu kene tambah ckitlah utk pos..Ni last piece tau cepat2lah rembat...kalau nak email aku delour87[at]gmail.com ek.

Size : P25.8cm x  L8cm x  T14.5cm






Wednesday, April 18, 2012

Skandal Artis dan Pak Menteri!

I know i know mesti korang tengah baca news tentang skandal sorang artis ni dengan Pak Menteri kan=P Well  sapa depa tu korang searchlah sendiri sebab sesetengah blog dah sebut terang-terang nama mereka tue..Mewahhhhhhh..



Ok2 kita bersangka baik depa dah kahwin kut so tu kira kasi nafkahlahhhhhh..RM1.4 million dalam masa 4 bulan...???Adoyaii

Pic kredit to google.


Tuesday, April 17, 2012

Ada Apa Dalam Mulut Penyu Tu??

"Eh ko pernah tengok dalam mulut penyu tak??"
"Tak terpikir lak aku nak tengok dalam mulut penyu.Nape?"
"Agak2 macamana dalam mulut dia??"
"Macam biase jer kut takde yang special."

Ini penyu belimbing.Spesies penyu terbesar.Jom kita tengok macamana rupe dalam mulut penyu nih..

Tadaaaaaaaaaaaaaa!!!!!


Eeeee aku tak sangka gitu rupa mulut penyu aku ingat macam biasa jer.Sapa pakar2 haiwan tu ape ke nama     benda tajam2 dalam mulut penyu tu.??


Pic kredit to carigold

Monday, April 16, 2012

Pengacara Popular hampir mati akibat minum peluntur pakaian!

Aku tau kat pale otak korang sekarang mesti nak tau "Sape pengacara tue?".Jap2 yer nanti aku bagitau.

Pengacara ini dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Serdang akibat minum peluntur pakaian dan telah pun dipindahkan ke wad pesakit luar selepas keadaannya dikatakan stabil.

Pengacara wanita rancangan gosip tempatan popular yang bersiaran setiap hari minggu itu berbuat demikian akibat tekanan dari masalah yang berlaku pada dirinya.Dia juga sempat memohon maaf di laman Twitter agar dirinya diberi kepercayaan kerana dia sendiri tidak dapat menahan tekanan yang dihadapinya.

Siapakah dia???Akak pun tak tau dikk..tunggu jerlah berita dari orang yang lebih tau..Hope pengacara itu lebih tabah dalam menghadapi dugaan hidup..

Pic kredit to google.


Perempuan memang suka baling2 barang ek??

Perempuan memang suka baling2 barang ek bila gaduh?Itu antara soalan yang ditanya lepas tengok sorang awek  baling handphone pakwe die sampai berkecai..


Memang perangai pompuan gitu baling2 handphone,baling2 pinggan mangkuk and ape jerlah yang boleh dicapai masa die tengah marah tu..

Perempuan ni tak pikir ke kut2 barang yang dieorang baling tuh berharga?Contoh cam handphone tadi tu.

Orang kata kalau tengah marah tu handphone pun depa nampak macam meja.Tapi ade jenis yang dua tiga dua tiga nak baling sebab time tu die dok pikir kalau aku baling handphone pakwe aku ni macamana die nak pujuk aku nanti..So letak balik handphone baling kerusi lak.. 

Tak semua perempuan macamtu yer.Ade jenis yang cool jer tahan marah ade jenis yang guna mulut jer.Macam2lah cara dieorang..Huhu..senang citer perempuan ni makhluk yang tak leh nak diduga perangai die..bersedialah...=P

Pic kredit to google.


Luncheon with Bubble

Lama sudah aku tak update pasal si kecik ni..


Bubble makin sihat dan semakin kuat makan sekarang.Makan pun main pilih2 ikut sedap mulut die jer.Agak-agak ikut tuan dia kot.Hehe..Lunch harini nasi lemak daun pisang yang aku beli pagi tadi jer.Sesambil aku makan tu bubble pun dok join sebelah makan sekali.=P Korang lunch pe tadi??



Sunday, April 15, 2012

Nak tengok kapal drift tak??


Apa macam teuja tak nak tengok kapa drift??Bukan kete jer boleh drift tau..So kat mana nak tengok kapal drift ni??



Senang jer harini korang lehlah serbu panggung reramai sebab kapal drift cuma ada dalam movie Battleship yang tengah hot skarang.Aku jamin movie Battleship ni bestttt ooooo!!

Pics kredit to google

tweet..

Followers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers