Sunday, September 12, 2010

POLIS SAHKAN DATUK SOSILAWATI DAN TIGA RAKAN MATI DIBUNUH!

Gempar kisah kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati kini sudah terjawab apabila pihak polis mengesahkan yang empat mayat yg dijumpai rentung adalah milik Sosilawati(47),pemandunya Kamaruddin Samsudin(44),pegawai bank Noorhisham Mohammad(38) dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim(32).Keempat-empat mangsa dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berkata,kesemua suspek iaitu seorang peguam bergelar Datuk,adiknya serta enam pekerja kelapa sawit milik mereka terlibat membunuh mangsa  sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang kedalam sebuah anak sungai Ladang Gadong,Tanjung Sepat.

Hasil siasatan polis mereka mengaku membawa mangsa ke ke kebun kelapa sawit sebelum memukul mereka hingga mati dan membakar mayat mangsa.Pihak polis berkata motif kejadian adalah persaingan perniagaan dan urusniaga kewangan antara suspek utama(kedua peguam ) dan Sosilawati.

No comments:

tweet..

Followers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers