Friday, May 16, 2014

Happy Teacher's Day & My Stories.


Selamat Hari Guru Buat semua guru2 dimana jua anda berada.Terima kasih atas semua ilmu yang guru2 ajarkan kepada saya sehingga saya mampu ke menara gading.Jasamu tidak akan ku lupa.

Ni special wish utk guru yang amat aku sanjung cikgu addmath aku dulu,Cikgu Lim.Nama dia mmg melekat kat kepala aku ni sebab sebodoh2 aku addmath dari E dia boleh ajar aku sampai dapat A1.Aku sendiri pun tak percaya.Masalahnya bukan aku saje tapi sume kawan2 sekolah aku.Paling teruk pun C lah.Mana tah nak carik cikgu macamtu.Hi cikgu!

Buat cikgu yang pernah suruh korek tangki tandas,jalan itik pusing bangunan sekolah,denda ketuk ketampi seragam, & macam2 lagilah.Aku nak wish tanpa cikgu tak meriahlahlah zaman sekolah saya.Tq cikgu!

Ape citer korang lak?

pic kredit to HERE

Wednesday, May 14, 2014

Betul ka ni??



Betul ka ni???
Mak aii besar sungguh KLIA2 ni!
Merasalah aku exercise balik raya nanti=P

ceh macamlah kampung ku di london sana.

FA Cup Final 2014 : Arsenal vs Hull City

Tak kesabaran nya aku nak tengok game ni.Hope Arsenal dapat Cup lah wei tahun ni.Kalau menang FA Cup ni kedengarannya Arsene Wenger akan stay kalau kalah die bersara.Dan ada berita sedih pulak tu lepas FA Cup ni Bacary Sagna nak bla dah tinggalkan Arsenal..Wuaaaaa.

Steve Bruce vs Arsene Wenger

Untuk korang yang nak tau info pasal FA Cup Final 2014 : Arsenal vs Hull City korang boleh dapatkan dibawah.

FA Cup Final 2014
Arsenal vs Hull City
Date : 17 May 2014
Time : 11.30pm (Malaysia Time)
Live : Astro Supersport CH816
Place : Wembley Stadium London
Ticket :  Yang ni aku tak tau..

Pic kredit to uk eurosport.

Cara mendidik yang betul.


1-Tidak boleh memandang rendah kepada orang yang telah membuat kesalahan.Benda yang salah diperbetulkan.

2-Kesalahan yang diperbetulkan secara lembut pasti akan berkesan paling2 pun tidak mendatangkan mudarat.

3-Kalau diperbetulkan secara kasar lagilah dia akan membuat salah.Setiap kekasaran pasti akan membawa kepada keburukan walaupun niatnya untuk kebaikkan.


-Habib Ali Zainal-

pic kredit to google.

Tuesday, May 13, 2014

Baju 25 hengget..

Haa aku ni jenis jarang2 beli baju.Kemain cerewet nak rasa nak telek2 dulu baju tu sampai puas hati.Baru lah berbaloi dengan ape yang kita bayar ye tak?

Kalau baju aku tak pernah lagilah shopping online.Yang berkenan tu ade saje aku hold dulu.


Ha inilah baju Rm25 nyaaaaa
Aku ambik terus sebab kenan dengan color harap muatlah sebab takleh nak try pun.Aku pandang dua kali dalam hati kata cantek!Serius tak tipu mmg cantik aku rasa mmh rezeki aku haritu.Sampai rumah terus try!Bestnyaaaa kau baju ni selesa!!Kainnya macam lycra macam jersy pun ade.

Dah aku pikir nak rembat lagi color lain dikemudian hari.Cepatlah gajinya bajet kain baju dah kering dah.

maaflah atas gambar yg menyakitkan mata tu.

Idea@ cadangan Hadiah untuk Hari Guru.

Hari Guru akan tiba tak lama lagi.So mesti adik2 kat luar tu sibuk pikir nak bagi hadiah apa kat cikgu korang kan.Meh baca entry akak ni sampai habis so adik2 semua takyah pening2 kepala cari idea,akak sedia membantu bagi idea kat korang.Idea yang akak bagi ni badjet2 punye xdelah mahal pun sesuai untuk badjet para2 student..kehkehkeh..

Brooch
Ade macam2 pesen brooch kat luar sana.Tapi akak bagi cadangan yang special ckit lah.Handmade brooch macam dalam gambar ni.Murah pun murah.Kalau nak brooch macamni korang boleh dapat kat cni.



DIY Mug
Yang ni korang kene beli plain mug & permenant maker or permenant pen.Khas untuk student2 yang kreatif tu.Korang leh lukis/hias gambo2 comel kat mug tu.Biar jadi kebabommmmmm!



Card
Yang ni semua orang tau buat tapi ape yang jadikan die special adalah korang buat macam scrapbook tu.Tepek gambo korang n cikgu pastu hias cantik2.Kat bawah ni antara contoh yang ade.

Cookies/Cake/Candy in a Jar
Adik2 hanya perlu carik jar or ape2 je bekas yang comel.Contoh macam kat bawah ni.Kalu nak guna zakka tin yang vintage2 tu pun cantek jugak.Korang boleh dapat kt Mr DIY.


Zakka tin

Stationaries
Kalau adik2 bagi yang ni memang berguna sangat2lah.Cikgu2 ni kan banyak guna alat tulis so korang dah jimatkan belanja cikgu tuh.Kehkehkeh.



Akak harap ideas kat atas tu berguna utk adik2 sekalian.Selamat Mencuba!


Monday, May 12, 2014

Siapa pengguna Sunsilk?

Siapa pengguna tegar Sunsilk sila angkat tangan??Sape2??Aku jugak antara penggemar Shampoo Sunsilk tu.Baru dua tiga bulan aku jadi pengguna setia sebab kan shampoo tu buat rambut aku jadi lembut semacam jer.Hahaha!



Aku suka yg botol color pink tu.Serius rambut jadi lembut kan dalam tu ade minyak almond,argan,nyiok,jojoba & olive.Wangi gilerrr!!Sebelum tu korang yang ade hair problem checkout Sunsilk untuk lebih kepastian.Aku dah korang bila lagi??

Rambut gugur,kering jadi lebat & bouncy2 gitu.

Shampoo bawa daku ke Korea.Click

English Premier League Champion: Congrats Manchester City!


Congrats buat Manchester City setelah menjadi champion EPL buat kali kedua!Bangga ah dengan korang!

Tapi kan aku sedih betul lah dekat Liverpool kemain lama tunggu!Tapi sedih aku lagi berganda dekat team fav aku.Arsenal!Bilalah agaknya ko nak pegang tittle champion ni.Hmm xpelah dapat pegi Champion League pun jadilah.

Congrats Manuel Pellegrini!

pic kredit to yahoo.

Blocked!


Dah kenapa pulak blog link aku ni blocked wahai Facebook??Sebab aku lama tak update kew??=P

Kalu buat baru pun blocked jugak kan so takkan nak tukar nama blog aku pulak.Jadinya bye2 Facebook buat sementara ler..

Tragedi Hari Ibu!

Dimulakan dengan Bismillahirahmanirahim..

Wah2 lama sudah aku biarkan blog aku terperuk kat bawah tempurung ni.Citer pun ntah ape2 tak betul dah susunnya.Maafkan aku wahai blog tersayang.

Dan dan kini aku kembali!Yay nak ceriakan balik blog yang dah lama membisu ni.Rasanya belum terlewat lagi aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu kat uolss semua.Moga2 happy lah semalam bersama ibu tersayang kan.Aku wish aje kat mak n mak mentua aku.Mudah gitu=P

Dah baca tajukkan?Hah kes jadi semalam dekat umah aku ni je.Bukan nak menyibuk tp dah depa jerit2 dari xtau jadi tau.Dari xtau nama depa jadi tau ko!Start pagi semalam aku dengar pompuan tu gaduh dengan adik beradiknya.Hal tu dah tak pelik bagi aku sebab hampir tiap2 minggu.Lali dah.Cuma semalam keras sangat bunyiknya and volume jeritnya pun makin tinggi gitu.



Tiba2 pompuan tu aku dengar lari kebahagian dapur pastu ambik pisau kau!Dia jerit nak bunuh diri!!!!"Biar aku bunuh diri aku ni baru korang puas hati".Macamana aku tau dia ambik pisau sedangkan aku tak nampak??Soalan yg bagus.Tu sume aku tau sebab aku dengar adik beradik die jerit "letak pisau tu"!Depa dok ulang2 ayat tu.Pmpuan tu aku dengar suara die makin sayu.Dalam hati aku takkan dah???Ya Allah aku doa mudah-mudahan tak jadi apa2.Hari ini kan Hari Ibu.Hati aku rasa macam nak tepon polis je.Yelah kalu ape2 jadi biar cepat ambik tindakan jangan lambat.

Pastu aku dengar pompuan tu menangis mak die pun sama nangis.Kesian aku dengan mak die kene mengadap masalah gitu hampir tiap minggu.Aku rasa dia dah lepaskan pisau tu sebab aku dengar suara pompuan tu dalam bilik tido dia.Menangis sambil die mengadu2 dengan mak die.Pastu Senyap!

Haaa senyap gitu je.Aku agak dah reda kut aku sambunglah buat keje kat umah ni.Rupa nya tak habis lagi.Pompuan tu dok jerit2 kat adik beradik die gaduh2 sesama mereka sampailah tengah malam tadi baru reda.

Tragedi sungguh Hari Ibu tahun ini.Mintak2 dijauhkan lah dari perkara2 begini lagi takut jadi perkara tak elok je.Eh panjang pulak coming post aku ni.Korang mesti bosan baca cerita aku xda gambar kan? so aku tepek jelah gambar pisau rambo tu kan ade kaitan jugak dengan citer aku kan.

gambar ambik kat google.

Bubye!

tweet..

Followers

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers